CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1578|Reply: 3

Adik Hati Kental Mula Sekolah, Abang Yang Hati Tisu Menangis Sebab 'Sunyi'

[Copy link]
Post time 2-3-2021 11:08 AM | Show all posts |Read mode
Semalam, merupakan hari pertama sesi persekolahan secara bersemuka diadakan pada tahun 2021. Jika dilihat, saban tahun sudah pastinya terdapat kes di mana murid-murid darjah satu akan membuat ‘hal’ semasa hari pertama mereka di sekolah.


Menerusi status yang dimuat oleh seorang ibu, Rifana di Kumpulan Sepahkan Apa Hari Ini? tampil menceritakan situasi berbeza yang berlaku apabila anaknya mula bersekolah.







Kredit foto: FB




Menerusi dua keping foto yang dikongsi, dapat dilihat reaksi si abang yang ‘sebak’ apabila adiknya sudah mula menjejakkan kaki ke sekolah.


Jelas si ibu, anak perempuannya begitu bersemangat ke sekolah dan sama sekali tidak menangis seperti murid yang lain.


Apa yang melucukan, apabila si abang bertanyakan bila adiknya akan tamat waktu persekolah. Bahkan, si abang sempat juga meluahkan rasa sunyi kerana ketiadaan si adik di sisi.




Kredit foto: FB




Namun, kerinduan si abang terhadap si adik tidak berkekalan lama apabila mereka kembali bergaduh sebaik adiknya pulang.


Perkongsian tersebut telah meraih ratusan komen daripada netizen yang rata-rata geli hati melihat telatah adik beradik ini.


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut memuji tindakan anak lelakinya yang disifatkan sebagai penyayang dan mampu menjaga adiknya dengan baik.




Sumber: OhBulan

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2021 12:41 PM | Show all posts
Alamak sayu nya, sangat comel
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2021 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Sayang abang kat adik dia
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2021 02:00 PM | Show all posts
Sunyi sebab dah hilang kawan bergaduh.  Bila start turn dia kena gi sekolah nanti hilanglah rasa sunyinya tu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 09:47 AM GMT+8 , Processed in 0.170155 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list