CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1140|Reply: 4

Takut Dibunuh, Lelaki Jual Buah Pinggang Langsai Hutang Kahwin

[Copy link]
Post time 2-3-2021 08:43 AM | Show all posts |Read mode
Seorang lelaki di kawasan penduduk miskin di pinggir Herat, bandar di barat Afghanistan sanggup menjual buah pinggang demi melangsaikan hutang perkahwinan.


Najbullah, 32, dilaporkan menjual organ badannya itu pada harga AS$3,875 (kira-kira RM15,700).


Dalam adat tempatan, lelaki perlu menyediakan sejumlah wang untuk mengahwini pasangan dan kegagalan melunaskan bayaran itu boleh menyebabkan si suami dibunuh.




Gambar hiasan




Justeru, dia berbuat demikian kerana khuatir terhadap keselamatan keluarganya, lapor The Telegraph.

"Jika tidak dibayar ia boleh menyebabkan pergaduhan dan lapan orang mungkin terbunuh, jadi lebih baik saya menjual buah pinggang," kata lelaki itu.


Buah pinggang itu dijual kepada hospital tempatan yang sering menjalankan pembedahan pemindahan organ berkenaan.


Seorang lelaki di Kabul menjadi penerima buah pinggang berkenaan dengan beberapa syarat dipersetujui bersama.


Namun, apa yang menyedihkan, selepas selesai pembedahan pemindahan organ itu, Najbullah masih tidak mampu untuk bekerja selain masih menanggung hutang.

"Satu lagi buah pinggang saya masih sakit selepas pembedahan," keluhnya.


Kebanyakan rakyat Afghanistan yang menjual buah pinggang adalah mangsa perang yang bekerja sebagai buruh.


Di Herat, tidak kurang daripada 32 individu daripada 150 keluarga mempunyai kesan luka pembedahan kerana menjual buah pinggang, kata seorang lelaki Ebrahim Hakimi.


Ada sekumpulan lelaki juga memiliki kesan luka pembedahan dengan kesan parut sepanjang 30 sentimeter di perut mereka.


Hakimi berkata, tindakan lelaki itu disebabkan desakan hidup sehingga individu terbabit terpaksa menjual organ itu di pasaran gelap. Namun, tindakan itu boleh mengundang bahaya kepada mereka yang memutuskan untuk berbuat demikian.


Ia memandangkan ia memberi risiko terhadap kesihatan seseorang dan mereka masih tidak bebas daripada belenggu hutang.




Sumber: Harian Metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2021 08:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak mampu tapi nak kawen...
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2021 09:01 AM | Show all posts
jd x payah la kawin.. ko ingat isteri nk jaga ke kalau dh sakit? bkn semua pasangan sanggup susah senang bsama
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2021 09:38 AM From the mobile phone | Show all posts
dh x mampu nk kawen duk je diam2 sana ni sibuk jgk nk kawen
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2021 10:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Murahnya buah pinggang sedangkan lepas ni kalau satu lagi rosak belum tentu dia dapat buah pinggang baru.

Organ badan yg takleh tumbuh baru ni kalau nak jual better berjuta2 baru berbaloi.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 08:03 AM GMT+8 , Processed in 0.054415 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list