CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3338|Reply: 13

Fadh Majid Mula Berlakon

[Copy link]
Post time 1-3-2021 12:28 PM | Show all posts |Read mode
Siapa sangka, walaupun rezeki dalam bidang nyanyian sedikit menyusut disebabkan kehadiran pandemik Covid-19, rezeki lain pula yang datang buat penyanyi, Fadh Majid.


Fadh atau nama sebenarnya Muhd Fadhlullah Abd Majid berkongsi mengenai satu lagi minatnya yang kini mula membawa kepada sumber pendapatan.




Foto: Harian Metro


"Selepas selesai dengan program realiti Big Stage pada tahun lalu, karier seni saya berkembang agak perlahan kerana patuh dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan.


"Namun, alhamdulillah kerana Allah gantikan dengan tawaran lakonan yang sedikit sebanyak membantu saya menjana pendapatan," katanya.


Berkongsi mengenai minatnya terhadap lakonan, Fadh yang menjadikan Allahyarham Tan Sri P Ramlee sebagai idola tidak pernah menyangka berpeluang mencuba nasib sebagai pelakon.


"Sebenarnya, saya memang dah lama meminati bidang lakonan. Idola saya adalah P Ramlee kerana pada saya, Allahyarham adalah anak seni yang versatil.


"Dia boleh berlakon, menyanyi, mengarah, mencipta lagu dan banyak lagi.


"Saya sendiri pun tak pernah menyangka akan ditawarkan untuk berlakon. Antaranya, telefilem berjudul Kifarah Buta yang sudah ditayangkan saluran Astro Citra.


"Satu lagi karya yang saya dah selesai jalani penggambarannya adalah drama bersiri 13 episod berjudul Aku Seorang Perempuan," katanya.


Ingin lebih serius dalam menggalas tanggungjawab sebagai pelakon, Fadh merancang untuk menyertai kelas lakonan bagi memperbaiki kemampuan dan skilnya.


"Bagi saya, proses pembelajaran tidak akan pernah terhenti. Jadi, saya merancang untuk menyertai kelas lakonan selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan.


"Bukan sahaja kelas lakonan, saya juga nak menyertai kelas vokal untuk menambah ilmu dalam bidang muzik yang juga menjadi punca rezeki saya," katanya.


Terbaharu, Fadh akan hadir dengan single kedua berjudul Tak Mungkin Mendua ciptaan komposer, Ajai dan lirik oleh Ahmad Fedtri Yahya.


"Lagu ini adalah kesinambungan daripada single pertama saya berjudul Bukan Takdirku. Lagu ini adalah hasil ciptaan saya sendiri, tapi, untuk single kedua pula saya bekerjasama dengan Ajai dan Fedtri.


"Ini menjadi peluang berharga buat saya sebab sepanjang aktif dalam bidang nyanyian, sememangnya saya mengimpikan untuk bekerjasama dengan kedua-dua mereka.


"Alhamdulillah, proses penghasilan lagu dan rakaman berjalan dengan lancar dan Insya-Allah, saya akan pertaruhkan lagu ini tidak lama lagi serentak dengan video muziknya," kata Fadh. -CARI


Sumber: Harian Metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2021 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Sado dah ok

Muka je basic
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2021 01:26 PM | Show all posts
ni yang suara tua tu kan?
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2021 01:29 PM | Show all posts
boleh la berlakon jadi gangster pakai jaket letak spek rayban lepas tu letak colek gigi... sesuai.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2021 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
pelakon pembantu boleh la. kalau target hero tu, sila ukur baju di badan sendiri. berhenti berangan!
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2021 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
abang towing bawak lori yach bak kata forumer cari
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-3-2021 11:20 PM From the mobile phone | Show all posts
berlakon muzik bideo kalina pompom je la dek
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2021 11:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Suara sedap..perangai pon hello..tapi susahla nak Naik Kat mesia...ummah pilih rupa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2021 01:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Oklah tu ada gak job
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2021 01:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Cari lagu best2 Fadh oi.
Bak kata Mummy Mas. Semua dah ada, x factor je kena cari. Tu memang xdapat nak tolong. Jangan kau pergi buat video bebird sudah

Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2021 09:48 AM | Show all posts
Bnyak retis aku tak kenal..
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2021 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
GegarVaganja replied at 2-3-2021 01:10 AM
Cari lagu best2 Fadh oi.
Bak kata Mummy Mas. Semua dah ada, x factor je kena cari. Tu memang xdapat ...

Klu nalla silakan







Hahaha

Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2021 08:36 AM | Show all posts
x leh survive ni....kalau jadi mcm shajiriy pun dah ok sesekali muncul
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2021 01:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Erm anak ikan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2025 01:32 PM GMT+8 , Processed in 0.087210 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list