View: 1263|Reply: 1
|
Beli iPhone Tapi Dapat Yogurt Epal, Petugas Syarikat Kurier Ke Dalangnya?
[Copy link]
|
|
Wanita yang membuat tempahan iPhone model terbaharu kecewa apabila hanya terdapat yogurt epal dalam bungkusan gajet berkenaan.
Menurut wanita yang dikenali sebagai Liu dari Timur China itu, dia membuat tempahan iPhone 12 Pro Max pada 16 Februari lalu menerusi pembelian dalam talian, lapor Daily Star.
Kredit foto: We Video
Dia yang teruja menerima bungkusan itu beberapa hari kemudian bagaimanapun kecewa apabila menyedari dirinya ditipu.
Malah, dia turut berkongsi kisah itu menerusi muat naik video di laman Weibo.
Pada 25 Februari lalu, polis mengesahkan mereka sedang menyiasat kes itu.
Dalam pada itu, netizen di Weibo turut membuat spekulasi mengenai insiden itu. Malah, ada yang mendakwa petugas syarikat penghantaran sebagai dalang di sebalik kejadian itu.
Ada juga yang berkongsi kisah sama, mendakwa pernah menjadi mangsa kejadian serupa.
Sumber: mStar |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kt malaysia pun ada kes cmni brg kemas handphone laptop. Nak selamat nak tahu siapa curi
Buat qr code antara seller buyer. Qr code tu wajib isi berat awal gmbr awal masa pos.
Bila sampai scan qr code kalau berat xsama maksudnya kurier rembat. |
|
|
|
|
|
|
| |
|