"Hati-hati sis.. Sejuk pula badan ni tengok sis tarik besi macam gitu."
Ramai pula netizen berasa seram sejuk apabila melihat video yang dikongsikan selebriti, Azrinaz Mazhar Hakim membuat latihan angkat berat.
Maklumlah dengan kandungannya yang memasuki usia 32 minggu, senaman sedemikian kelihatan agak 'berat'.
Memandangkan ini kehamilannya yang keempat, Azrinaz bersetuju bahawa senaman akan membantu ibu dan bayi untuk berasa lebih sihat. Selain itu, ia juga membantu proses kelahiran yang lebih mudah, cepat sembuh dan juga bagus untuk perkembangan bayi.
Foto : IG
Bagaimanapun, Azrinaz turut menasihatkan senaman beban ini hanya boleh dilakukan jika sudah biasa. Jangan buat sesuatu di luar kebiasaan hanya kerana melihat dirinya boleh mengangkat beban.
Foto : IG
Tambahan lagi, Azrinaz memaklumkan yang dia sentiasa melakukan senaman tersebut dengan diperhatikan oleh jurulatih profesional, jadi ianya tidak memudaratkan pun.
Foto : IG
Jadi, ibu hamil yang lain pun digalakkan bersenam ya, cuma jika mahu mengangkat berat, pastikan pernah melakukannya sebelum ini dan ada pakar yang boleh memantau. Semoga semuanya dipermudahkan ya. - CARI
|