Pelik tapi benar. Seorang isteri tertangkap kerana curang apabila doktor menemui kondom di dalam kemaluannya sedangkan suaminya telah dimandulkan lima tahun sebelum kejadian itu.
Kejadian itu diceritakan semula oleh Dr Aminidhan Thekkar dan dilakonkan semula dalam program Sex Sent Me To The ER.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202102/27/234622vgv95n0f2ptvbgps.jpg) Dr.Aminidhan bersama para pelakon kisah benar - TLC
Bermula dengan isteri tersebut mengalami sakit dalaman di bahagian rahim dan lelehan luar biasa di kemaluan lalu bertemu Dr Aminidhan.
Dalam babak tersebut, si isteri juga bimbang mungkin dijangkiti penyakit kelamin lalu menyalahkan suaminya yang didakwa membawa penyakit tersebut.
Bagaimanapun, apabila dibuat pemeriksaan, Dr.Aminidhan telah mengeluarkan kondom dari vagina nya. Kejadian menjadi janggal. Si suami sangat terkejut apabila menyaksikan situasi tersebut.
Doktor dan jururawat juga terkejut kerana mereka sendiri yang membuat pembedahan pemandulan ke atas suaminya dahulu.
"Saya tak pernah pakainya, mana datang semua ni perempuan?"
Isterinya menafikan situasi tersebut dan menjelaskan yang kondom tidak memberi makna apa-apa.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202102/27/234735i2l1gbgc2jcf4wwe.jpg) Foto : TLC
Mereka berdua bertengkar namun akhirnya Dr.Aminidhan terpaksa masuk campur lalu menegaskan risiko lebih serius akan berlaku pada organ pembiakan si isteri jika kondom tersebut tidak dibuang.
"Jadi, awak patut bersyukur kerana tiada penyakit berbahaya. Berbincanglah."
Macam-macam cerita ya. Anda ada cerita yang lebih pelik ke? - CARI
|