CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3960|Reply: 15

"Saya Sedar Kedudukan" - Dr Say Nafi Jadi 'Influencer Potong Line' Vak

[Copy link]
Post time 26-2-2021 02:41 PM | Show all posts |Read mode
Media sosial kecoh mengenai laporan yang mendakwa Hospital Serdang mengutamakan 'influencer' sebagai antara penerima awal suntikan vaksin Covid-19.



Kekecohan itu menyebabkan pengurusan kanan hospital dipersoal kerana dikatakan dilihat tidak membantu menaikkan semangat kakitangan barisan hadapan hospital tersebut.


Timbul tanda tanya dalam kalangan netizen sehingga nama doktor selebriti, Dr Say Shazril yang juga Instafamous dikaitkan sebagai antara tiga 'influencer' berkenaan.







"Doc ke influencer potong line tu?" antara persoalan yang dibangkitkan netizen memandangkan Dr Say merupakan influencer di media sosial dan mengikut rekod, Dr Say pernah berkhidmat sebagai doktor pelatih (houseman) di Hospital Serdang, beberapa tahun lalu.


Dr Say atau nama sebenarnya Dr Muhammad Shazril Shahruddin tampil menjelaskan bahawa beliau berhasrat untuk menggalakkan lebih ramai menyertai Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Rabu lalu.

"Terus-terang saya cerita, kalau boleh, memang saya nak sangat dapatkan vaksin Covid-19 ni seawal mungkin dengan niat agar saya dapat galakkan lebih ramai sertai Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

"Tapi saya sedar kedudukan saya. Walaupun saya seorang doktor, saya tiada direct contact (urusan secara langsung) dengan pesakit Covid-19," tulis doktor berusia 32 tahun itu di laman Instagram beliau.


Dr Say berpendapat adalah tidak adil kepada kumpulan frontliners yang mengendalikan kes-kes Covid-19 jika dirinya menjadi salah seorang daripada individu terawal menerima vaksin tersebut.


Jelas Dr Say lagi, beliau akan menunggu gilirannya untuk menerima suntikan vaksin Covid-19 apabila tiba masanya nanti.

"Menjawab soalan hangpa, saya bukan influencer nak potong line tu. DG (Ketua Pengarah Kesihatan) dah beritahu so called influencers tu adalah ketua jabatan Hospital Serdang mereka sendiri untuk menggalakkan staf frontliners mereka mengambil vaksin Covid-19. Cukup-cukuplah sebar berita palsu ni, hangpa tak penat ke?" katanya.




Kredit foto: IG Dr Say




Menerusi satu kenyataan, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah membuat penafian dengan menyifatkan laporan berita itu sebagai palsu dan tidak benar.


Beliau berkata, semakan awal dengan Hospital Serdang mendapati bahawa sebagai menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak buah di hospital, pihak hospital tersebut bercadang untuk memberi vaksin Covid-19 kepada beberapa orang ketua jabatan klinikal selain frontliners yang lain.

"Ketua jabatan klinikal merupakan pakar perunding klinikal bidang masing-masing dan sememangnya terdedah kepada risiko Covid-19 dan kerap mempunyai kontak dengan pesakit mahupun waris semasa menjalankan tugasan.

"KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) ingin menegaskan bahawa pemberian vaksin akan diberi mengikut keutamaan seperti yang telah dinyatakan sebelum ini. Isu 'memotong barisan' (cutting queue) bagi mendapatkan vaksin adalah tidak dibenarkan dan ia akan disiasat untuk tindakan," tegas Dr Noor Hisham.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2021 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Hospital shaden.

Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2021 03:30 PM | Show all posts
dia masih masih berkhidmat dlm kerajaan ke?
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2021 06:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni buat mak turn off nak tengok hello Doktor. En.Say,awak tu doktor,bila ada doktor lain bagi informasi kesihatan/kecantikan tak payah la nak teruja tetek sangat.awak tu buat talk,bukan tengah berlakon.buat relax da lerrr... Cipet betul.
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2021 07:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Say who?????
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2021 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni doc kat hospital gov lagi ke..? Aritu iols baca mana tah kata nya dah bhenti.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-2-2021 03:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Ooo dia owrnah kerja hospital serdang
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2021 02:59 PM | Show all posts
so sapakah doktor influancers tu. meols tertinggal bas
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2021 09:39 AM | Show all posts
berjela2 karangan
dah mcm pin jamal / mosus dah
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2021 10:27 AM | Show all posts
wife cousin iolss nurse kat Hospital Serdang. patutnya kena cucuk Jumaat lepas. tapi sebab dia pregnant, tak dapat la.
cousin iolss tak sure lak bila dia punya turn. dia tu bomba. ehh??? bomba pun kira frontliner kan?
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2021 05:06 PM | Show all posts
dr say ni dah benti doktor gomen kan. doktor sosial media lagi banyak duit buat apa penat2 jadi doktor gomen. maybe heols taknak buat specialist pun. tapi ramai la doktor gomen benti sebab tak tahan. jadi doktor locum je. dr influencer ni maybe mcm dr sakinah sulong, dr rafidah ke apa nama yang annoying sikit tu. dr imelda balchin ke
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2021 05:06 PM | Show all posts
amyfaha replied at 26-2-2021 06:17 PM
Dia ni buat mak turn off nak tengok hello Doktor. En.Say,awak tu doktor,bila ada doktor lain bagi in ...

iols baca heols gelabah tetek mcm betul2 menggelabahkan tetek heols dikaca tv ya hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
nanasno replied at 1-3-2021 05:06 PM
dr say ni dah benti doktor gomen kan. doktor sosial media lagi banyak duit buat apa penat2 jadi dokt ...

dr rusya.....ni ke? doc tu kasar lg dari dr rafidah. dr rafidah ni mcm more to tegas

Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts
tayah la nk pki influencer dlm hal vaksin ni. sape tanak tu lantak jela. skrg nk travel pn negara lain nk tgk rekod vaksin. nk pi umrah haji pn wajib vaksin.

yg tanak tu dok jela dendiam kt umah
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 06:50 PM | Show all posts
well klu dah bhenti, so apa fungsi dia dpt vaksin as a frontliner? ko rasa klu ko suntik vaksin org nak berpusu2 beratur nak vaksin ker. ikut jer lar turutan, kat sini klu ada kabel semua beres, marhaen daftar and tunggu
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2021 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Untung la dpt vaksin awal ehhh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:21 AM GMT+8 , Processed in 0.054475 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list