View: 1893|Reply: 15
|
Lelaki Sorok Belakang Divider, Seronok Baling Batu Pada Kereta Lalu-Lalang
[Copy link]
|
|
Seorang lelaki ditahan selepas dipercayai terbabit membaling batu ke arah kenderaan di sekitar Ayer Tawar, di sini, semalam.
Lelaki berusia 30-an itu ditahan di Kampung Paya Nibong, Ayer Tawar, di sini pada jam 6.10 petang.
Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, suspek didapati positif methaphetamine.
Foto: Harian Metro
"Suspek melakukan kegiatan khianat itu berseorangan dan mendakwa hanya untuk berseronok selepas mengambil dadah.
"Dia mengaku membaling batu ke arah kenderaan di sekitar Ayer Tawar dan ditahan ketika menunggang motosikal dalam keadaan khayal.
"Lelaki itu mendakwa menyorok di pembahagi jalan dan belakang pokok untuk membaling batu ke arah kenderaan yang melalui kawasan itu," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Nor Omar berkata, polis turut menemui enam ketul batu dalam bakul motosikal suspek.
Katanya, pemeriksaan pada poket belakang seluar suspek turut menemui satu tiub straw berisi ketulan kristal disyaki syabu.
"Suspek bersama rampasan dibawa ke Balai Polis Ayer Tawar untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya. -CARI
Sumber: Berita Harian |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
org gila rupanya. ingt kan budak2 |
|
|
|
|
|
|
|
tak guna, menyusahkan org |
|
|
|
|
|
|
|
ni bangsat.. dah mendadah lepas tu menyusahkan orang.. eihhh dia ni |
|
|
|
|
|
|
|
Kasi hayun cota kat punai dia
Baru bawak pi balai |
|
|
|
|
|
|
|
knp lah masa kecik dulu dia tak mati tersedak susu |
|
|
|
|
|
|
|
besar gak batu tu kalu kena full face mau terbang bersama motor.... |
|
|
|
|
|
|
|
besar gak batu tu kalu kena full face mau terbang bersama motor..
|
|
|
|
|
|
|
|
Tumpang simpati pada mangsa2 dia |
|
|
|
|
|
|
|
celaka macam ni elok rejam dengan batu beramai2 jaa. mati lg baik dr menyusahkan org. dah laa ngisap dadah |
|
|
|
|
|
|
|
Wire nya dah banyak yang putus mungkin sebab dah lama sangat jadi penagih dadah, mujur dah ditangkap. |
|
|
|
|
|
|
| |
|