CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5250|Reply: 52

[Tempatan] Pos Malaysia siasat video posmen melastik anjing

[Copy link]
Post time 23-2-2021 08:27 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 22-2-2021 04:28 PM

Pos Malaysia siasat video posmen melastik anjingJason Thomas -

February 23, 2021 12:07 AM



Rakaman CCTV menunjukkan seorang lelaki berpakaian seragam Pos Malaysia didakwa melastik seekor anjing dalam perkarangan sebuah rumah.



PETALING JAYA: Pos Malaysia sedang menyiasat aduan seorang posmen didakwa mencederakan mata seekor anjing dengan melastiknya dari luar pintu pagar sebuah rumah.

“Pos Malaysia sedang menyiasat kejadian itu dan akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap posmen itu jika didapati bersalah,” kata jurucakap Pos Malaysia kepada FMT.

Dalam satu rakaman CCTV selama 21 saat yang dimuat naik ke Facebook “Malaysia Independent Animal Rescue”, seorang lelaki berpakaian seragam Pos Malaysia yang menaiki motosikal melihat seekor anjing dalam perkarangan rumah pemiliknya.

Lelaki itu kemudiannya menggunakan alat dilihat seperti lastik untuk melastik anjing itu, yang bergerak ke tempat lain. Catatan Facebook itu menyatakan mata kiri anjing itu cedera. Kejadian itu didakwa berlaku di Kluang, Johor pada Isnin.

Sebuah kumpulan hak haiwan menyifatkan kejadian itu “sangat mengejutkan dan membimbangkan”, serta menggesa Pos Malaysia memohon maaf kepada keluarga terbabit dan menghukum pelakunya.

Rajesh Nagarajan daripada kumpulan Peguam untuk Hak Haiwan berkata, pemilik anjing itu memaklumkan beliau akan membuat laporan polis.
Katanya, Pos Malaysia juga perlu membuat laporan polis bagi memastikan pelakunya didakwa.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/02/23/pos-malaysia-siasat-video-posmen-melastik-anjing/




Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-2-2021 08:40 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 08:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Posmen tu nk pertahankan dirinya...knp nk salahkan posmen...bukan dia bunuh anjing tu...sekadar bawa getah lastik ...tu spesis anjing garang tu..kalau posmen tu kena kokak cemana??
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 08:47 AM | Show all posts
noor2 replied at 23-2-2021 08:43 AM
Posmen tu nk pertahankan dirinya...knp nk salahkan posmen...bukan dia bunuh anjing tu...sekadar bawa ...

Pertahankan diri? Pagar tu dah ada, buat apa nak pertahankan diri lagi?????? LOL!
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 08:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Meols takde lah suka sangat kat anjing coz anjing2 kebun dok bunuh kucing2 area I duduk ni. Tapi posmen ni salah coz anjing tu dalam kawasan kediaman bukan anjing liar or lepas keluar rumah.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 08:50 AM | Show all posts
uii byk kes.. yg posmen kene kejor anjing x nak pulak diviralkan ni “Malaysia Independent Animal Rescue”pulak nak diviralkan.. bese gol 'c' yg suke bela anjing gini.. dibiar lepas dlm pagar dan menyalak2 waima org cuma lalu je.. kadang iols sergah je balik anjing gini... terus menikus
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-2-2021 08:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Rockafella replied at 23-2-2021 08:47 AM
Pertahankan diri? Pagar tu dah ada, buat apa nak pertahankan diri lagi?????? LOL!

Oh..ada pagar ke...mata aku x perasan..sorry...huhu...kalau beepagar tu x sepatutnya dilastik....
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 09:15 AM | Show all posts
tkpela abg posmen, lain kali takyah tunggu, suruh je tuan rumah tu ambil sendiri barang kat pusat mel...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2021 10:03 AM | Show all posts
anjing bersifat pelindung, jadi dia mmg akan lindungi tuan dia.

mana lah dia tau ko posmen ke, ko org saja lalu dpn rumah jke.

yang dia tau, kalau org tak dikenali, dia kena bersiap sedia.

yang komer nak marah anjing tu kenapa?

anjing dlm pagar aja nye pun..
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Cari jangan tak cari. Posmen bodoh
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 12:33 PM | Show all posts
Dalam pagar berani lah ye nak lastik segala.. Amendelah.. Biasalah dia menyalak and garang2 gitu. Dah tugasnya protect rumah. Anjing tu tak kaco ko pun la...
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Anjing tu dlm pagar. Tak perlu la nak lastik anjing tu. Kalau mata anjing tu buta siapa nak bayar kos perubatan dia? Harap tuan dia saman posmen tu.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 01:01 PM From the mobile phone | Show all posts
kucingitam replied at 23-2-2021 10:03 AM
anjing bersifat pelindung, jadi dia mmg akan lindungi tuan dia.

mana lah dia tau ko posmen ke, ko ...

Ya saya setuju. Anjing tu tahu buat kerja dia ja. Bodoh betul yg duk membela posmen bodoh tu. Gitew I bitter. Anyways, mmg posmen tu bodoh.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by lavendernovella at 23-2-2021 01:19 PM

Anjing ni ada instict istimewa. They can smell a slightly hint of something off. They can smell your fear, dan kejahatan (niat tak baik) walaupun ko tak tunjuk sikit pun. Sekali ko dah tunjuk ko tu bukan "kawan" dia. Abislah dah kena mark. Pergi mana2 pun anjing akan aim.

Kalau ko tunjuk ko takut, dia akan bertindak. Basically ko kena rise above them, kena tunjuk ko tu alpha. Tgk kat cesar millan kalau nak paham lanjut.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts
kucingitam replied at 23-2-2021 10:03 AM
anjing bersifat pelindung, jadi dia mmg akan lindungi tuan dia.

mana lah dia tau ko posmen ke, ko ...

Aku kalo boleh bela anjing.. lama aku bela dahh.. awat hang lastik dia.. sian dia..
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Jangan esok2 kat akhirat tuhan cakap sape dere anjen msok nerake..  Sape bela anjen masok syulege..  Sudah la.

Tambah pulak yang rajin samak.  Orang rajin ni tuhan suke tau..  Bukan orang yang halau anjen sebab malas bersuci.  Kah2..  Tengok2 tuhan sekadar nak uji ja..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2021 02:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Rockafella: Pertahankan diri? Pagar tu dah ada, buat apa nak pertahankan diri lagi?????? LOL!


Lastik sampai mata anjing tu rosak. Siaplah ko salah kt dunia dn juga tanggung dosa kat akhirat
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 02:08 PM From the mobile phone | Show all posts
SecretLuv replied at 23-2-2021 11:38 AM
Anjing tu dlm pagar. Tak perlu la nak lastik anjing tu. Kalau mata anjing tu buta siapa nak bayar ko ...

Betul. Kalau buta, cacat kekal tak pasal. Nampak dr video anjing tu nyalak biasa je xpun agressive sampai nk roboh pagar ke apa.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 02:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by kelapaparut at 23-2-2021 02:25 PM

iols sokong posmen..




kalau posmen diserang anjing
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 02:15 PM | Show all posts
Tau je tkt dgn anjing garang ni cemane.
Tp anjing tu still dalam pagar.
So ttp salah weh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:04 AM GMT+8 , Processed in 0.369406 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list