CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1792|Reply: 2

Syahmi Sazli Hadiahkan Motor Y15 Kepada Yoe Dan Bedul

[Copy link]
Post time 22-2-2021 12:50 PM | Show all posts |Read mode
Penerbit, pelakon dan Youtuber popular, Syahmi Sazli melakukan kejutan apabila menghadiahkan motosikal jenis Y15 kepada dua pelakonnya iaitu Yoe Parey dan Bedul.


Syahmi, 26, yang menerbitkan filem Mael Totey The Movie (MTTM) berkata, pemberian ini adalah sebagai tanda terima kasih buat mereka yang sering terbabit dengan produksinya.


"Hadiah ini pun diberikan kerana mereka selalu minta motosikal Y15. Kedua-duanya, Yoe dan Bedul berhajat sangat nak beli motosikal jenis ini. Jadi, saya pun tunaikan sebagai hadiah tahun baharu.


"Manakala Asif pula, sebenarnya dah belikan juga motosikal baharu. Tapi, disebabkan dia tak pandai naik motor, maka saya hadiahkannya barangan  kelengkapan rumah.


"Saya hadiahkan dia penyaman udara dan set kelengkapan rumah termasuk televisyen serta membuat sedikit ubahsuai rumahnya. Tujuannya, saya memang nak bagi mereka gembira," katanya kepada Harian Metro.




  



Difahamkan harga untuk sebuah motosikal Y15 ialah RM11,000.


Terdahulu, Syahmi menghadiahkan basikal buat pelakon veteran, Pok Tar yang kini ditampilkan dalam dramanya di saluran YouTube.


Terdahulu, Syahmi berjaya mencatat sejarah apabila filem MTTM, memegang rekod 'box office' di Astro First dengan kutipan sebanyak RM6.4 juta.


Dalam pada itu, Syahmi juga memaklumkan dia akan tampil dengan projek filem terbaharu sekitar penghujung tahun ini.




Kredit foto: IG





"Saya bercadang nak tayangkan pada Oktober atau November nanti. Kalau tak sempat hujung tahun ini, tayangannyqa mungkin dibuat pada awal 2022.


"Filem ini bergenre aksi komedi. 'Materialnya' belum lengkap dan cuma ada idea. Saya pun tak kembangkan lagi jalan ceritanya ke arah macam mana.


"Bagaimanapu, insya-Allah jika ada rezeki penggambaran dirancang akan dibuat pada sekitaru Julai atau Ogos akan datang," katanya.




Kredit foto: IG




Syahmi berkata, tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekarang dimanfaatkannya dengan menambah ilmu penerbitan secara maya dengan sebuah produksi tempatan.


"Saya beli perisian yang mengandungi kelas menulis skrip, arahan, suntingan dan pelbagai lagi. Apapun, saya tak berani janji apa kelainan yang akan ditampilkan nanti dalam filem terbaharu itu.


"Saya masih lagi giat belajar. Namun, apa yang pastinya karya itu akan ada kelainan dari naskhah MTTM," katanya. -CARI


Sumber: Harian Metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2021 02:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Berapa lah payment dia byr kat dorg
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 02:36 AM | Show all posts
cepatnya gemuk yoe... sebab pkp ke...
tahniah...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 04:00 PM GMT+8 , Processed in 0.189009 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list