View: 2150|Reply: 12
|
Ben Ladin Tak Kisah Dilabel Sendu, Asalkan Duit Sentiasa Masuk
[Copy link]
|
|
Penyanyi Ben Ladin, 20, mengakui dia banyak memberi fokus pada kerja belakang tabir termasuk membuat projek lagu iklan sekali gus menepis dakwaan dirinya yang pernah dilabel 'sendu' oleh segelintir netizen.
Ben atau nama sebenar Muhammad Benladen Munshi Shaihan berkata dia dilabel 'sendu' berikutan kurang muncul di media serta berkongsi apa sahaja foto membabitkan kisah serta aset peribadinya di media sosial.
Foto: IG
"Tak dinafikan, sejak Covid-19 melanda negara pada tahun lalu hingga sekarang, nama saya dan kerjaya nyanyian dilihat seakan sepi. Apatah lagi, saya jarang berkongsi segala aktiviti sebenar yang dibuat dalam media sosial.
"Sebenarnya, rezeki saya banyak di belakang tabir membuat projek lagu iklan. Cuma, saya ini sejenis tidak akan menguar-uarkan lebih awal di media sosial sebelum projek berkenaan betul-betul siap dihasilkan.
"Malah, saya juga tidak selesa dan kurang gemar memuat naik foto dan perkongsian video membabitkan kisah serta aset peribadi di media sosial hanya untuk mendapat komen, tanda suka dan meraih perhatian netizen," katanya kepada Harian Metro.
Penyanyi yang popular dengan lagu Hikayat Benladin dan Rampung ini memberitahu dia sangat bersyukur apabila kehidupan serta punca pendapatannya tidak begitu terjejas akibat penularan Covid-19.
"Walaupun saya nampak sendu, tapi alhamdulillah syukur kehidupan bersama keluarga lancar dan rezeki tak putus. Meski tawaran menyanyi tiada, saya masih mencari rezeki dalam cara lain.
"Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu, selama beberapa bulan itu saya aktif menjalankan perniagaan menjual barang basah seperti ikan-ikan, sotong, ketam, ayam, sayur-sayuran dan sebagainya secara dalam talian.
"Saya menerima apa sahaja tempahan yang dibuat pelanggan tidak kira dalam jumlah banyak atau sedikit. Bagi saya, asalkan ada rezeki dan tidak melihat keuntungan yang banyak. Ketika itu, alhamdulillh dapat untung sekitar RM300 hingga RM500 sehari pun, saya okay," katanya.
Walaupun jumlah itu tidak banyak seperti bayaran biasa diterima untuk satu-satu persembahan nyanyian dijayakan, itu tidak mengapa. Apa yang pasti, rezeki tetap ada jika kita terus berusaha.
Ditanya mengenai perasaan malu, Ben berkata dia tidak perlu malu untuk berusaha mendapatkan rezeki halal. Katanya, lagi pun dia menerima tempahan pelanggan sahaja dan yang menghantar adalah 'rider' diupah.
"Ketika PKP itu, saya cuba berkongsi rezeki dengan orang lain mengikut cara sendiri. Ditambah, tempahan yang dibuat pelanggan menerusi kumpulan WhatsApp dan Telegram itu tidak menggunakan nama saya.
"Saya guna nama lain seperti Pak Leman, Pak Belalang dan apa-apa nama yang sesuai. Bagi saya, itu lebih senang dan memudahkan untuk urus niaga dengan pelanggan dibuat," katanya.
Berbicara juga mengenai lagu baharunya, Ben berkata dia kini dalam perancangan teliti. Ujarnya, dia tidak mahu terburu-buru dan gemar membuat perancangan terlebih dahulu. -CARI
Sumber: Harian Metro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Dekat benang pun sendu..... |
|
|
|
|
|
|
|
Laaa, wujud lg ke lesbian ni |
|
|
|
|
|
|
|
Selalu dgar die kt radio johor fm nyanyi lagu tema johor fm pagi2 |
|
|
|
|
|
|
|
cm tak pernah dgr lagu lain selain lagu hikayat ben ladin tu |
|
|
|
|
|
|
|
bisnes jual barang basah online memang masyuk kalau dpt harga borong... lagi satu jual buah door to door orang tak kisah bayar delivery sbb malas nak angkut buah besar2 tu + malas cari parking |
|
|
|
|
|
|
|
Kalo tade apa nak citer lbh baik senyap drp citer bnd2 mengarut merepek mcm yg artis lain selalu buat. Chil2 sudah.
|
|
|
|
|
|
|
|
dia ni yg tak sekolah tu kan...
start dari tingkatan 1 tak sekolah da...
homeschooling gitu...
sbb time tu konon2 nya job lebat la kan....
sanggup putus sekolah tuh...
|
|
|
|
|
|
|
|
yang sebetulnya bisnes apa pun masyuk kalau rajin usaha, ada ilmu dan dont give up. |
|
|
|
|
|
|
|
Budak gila mana ni haa??? |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan setakat ko tu sendu, acik porem pun malas nak layan ko kat sini |
|
|
|
|
|
|
|
you gooo dikkk...
yes! tak bermakna kena jadi artis je untuk duit masuk...
buat je lah apa cara pun even jadi cleaner macam nor albaniah pun tak perlu lah di hiraukan kata2 orang janji rezeki tu halal...
yang rezeki dari sumber tak herlokkk kerja show off sana sini tu biasa la... duit pun senang dapat...
nak2 yang bisnes suruh agen borong banyak2 lepastu biarkan dan aniaya orang tu terkandas nak habiskan stok...
sambil tu up pic sedekah satu dua... baik ko sedekah dekat agen sendiri dengan beli balik barang dia yang tak laku tu... bukan senang dia nak dapat duit nak borong barang tu... |
|
|
|
|
|
|
|
slyfynx replied at 22-2-2021 01:07 PM
Laaa, wujud lg ke lesbian ni
Hahaha
Klu berckp pun gedik pondan wanabe
Dlm rncgn ape tah hr tu
Guests lain ckp biasa je
Die je mcm ada short circuit
|
|
|
|
|
|
|
| |
|