View: 1557|Reply: 9
|
China keluarkan rakaman pertempuran dengan tentera India
[Copy link]
|
|
Beijing: Media rasmi China mengeluarkan rakaman menunjukkan pertempuran antara tentera negara itu dengan dengan tentera India, di sempadan kedua negara, pada tahun lalu.
Kementerian Pertahanan China pada Jumaat mengesahkan bahawa empat tenteranya terbunuh dan mendakwa membunuh sekurang-kurangnya 20 tentera India.
Rakaman disiarkan CCTV menunjukkan tentera India meredah sungai ke arah tentera China di Pergunungan Karakoram yang dilitupi ais.
Mereka membawa bersama kayu dan perisai tertulis 'Police'.
Perjanjian dua hala kedua negara tidak membenarkan penggunaan senjata api, dan pertempuran antara kedua pasukan tentera di sempadan lazimnya menggunakan kayu dan batu.
"Mereka kini memindahkan satu lagi khemah di sini," kata seorang anggota tentera di dalam video, yang mendakwa tentera India melanggar perjanjian dan menceroboh sempadan sebagai 'provokasi' kepada askar China.
Rakaman sama kemudian menunjukkan segerombolan askar daripada kedua-dia pasukan bertempur dalam suasana gelap, sebelum tentera China dilihat merawat seorang lelaki yang kepalanya berlumuran darah.
Pertempuran di kawasan sempadan tanah tinggi di lembah Galwan itu disifatkan paling serius antara kedua-dua negara, dalam tempoh beberapa dekad lalu.
Beijing mengakui pertempuran itu menyebabkan kehilangan nyawa tetapi tidak mengesahkan ada tenteranya yang meninggal dunia, sehingga minggu lalu.
Media rasmi China melaporkan usia paling muda askarnya yang meninggal dunia dalam kejadian itu adalah 19 tahun.
India dan China terbabit dalam perang sempadan sejak 1962 dan masing-masing saling menuduh askar negara asing menceroboh negara di sempadan di wilayah Ladakh, India.
Sumber : Harian Metro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Harap Ip man dapat membantu. |
|
|
|
|
|
|
|
bergaduh mcm org zmn batu pakai kayu dan batu, kelakar pulak |
|
|
|
|
|
|
|
Tang ni boleh pulak ikut peraturan kan. Boleh pulak jujur tak guna senjata api.
|
|
|
|
|
|
|
|
teringat ms aku travel ke Ladakh dulu
mmg area himalaya belah sana penuh dgn indian military jaga border kat atas area gunung sana.
ni military india-china bertembung kt area himalaya karakoram kat galwan valley.
and masa pegi Pagong Lake yg jadi tempat scene shooting 3 Idiots yg ending scene tu, tasik tu melunjur dr ladakh,india smpi masuk ke Tibet, china.tp so far tourist takde kene kaco pun.
tp byk la lori Indian troops ni keluar masuk dr area tasik tu.
plg best kat sini ialah dpt tido betul2 bawah glacier (kat camping area)..so sejuk namateyyy
|
|
|
|
|
|
|
|
cmf_premierleag replied at 22-2-2021 08:46 AM
teringat ms aku travel ke Ladakh dulu
mmg area himalaya belah sana penuh dgn indian military jaga b ...
Travel sendiri2 or ikut travel agency sis? |
|
|
|
|
|
|
|
aku penah baca kt reddit nelayan2 vietnam gi bakar bot china. redditor cakap mmg video tu takdenye cina nak release sbb jatuh maruah katenye |
|
|
|
|
|
|
|
wirazam replied at 22-2-2021 09:16 AM
Travel sendiri2 or ikut travel agency sis?
ms gi ladakh tu ikut my ex-kolig.she is Indian national la ni zmn i keje dgn MNC dulu.
weols amik flight dr new delhi - srinagar (kashmir..cikcur kt kashmir 3h 2m) - leh (capital city for ladakh state)
mmg travel on road dr srinagar to leh
so ms kat ladakh, dia bwk travel smpi ke hujung utara india (turtuk village) - border pakistan
and pagong lake - border china
|
|
|
|
|
|
|
|
Yakjuj dan Makjuj sudah beraksi, anda pula bagaimana? |
|
|
|
|
|
|
| |
|