View: 5458|Reply: 42
|
Parents kritik cikgu pakai t-shirt ketika PdPR sedangkan pelajar suka cara santa
[Copy link]
|
|
sinarharian.com.my
Guru dikritik pakai t-shirt ketika mengajar PdPR
NORAFIZA JAAFAR
3-4 minutes
KUALA LUMPUR - Seorang guru berkongsi luahan perasaan susulan menerima kritikan pihak luar yang mempertikaikan kaedah pembelajaran yang dilakukan secara dalam talian.
Menurut hantaran dikongsikan di Facebook Mohd Fadli Salleh, beliau berkongsi beberapa teguran diterimanya yang mempersoalkan mengenai konsep dan imejnya memakai t-shirt yang sepatutnya perlu lebih formal dengan memakai kemeja serta tali leher.
Menjelaskan berhubung perkara itu, guru berkenaan berkata, teguran tersebut seolah-olah memandang rendah kelayakan beliau yang memiliki diploma berbanding pengkritik yang memiliki sijil universiti luar negara.
"Ada dah pendapat-pendapat agung kata cara itu salah, cara ini salah. Yang betulnya begitu begini.
"Aku senyum saja baca kondeman-kondeman (komen) daripada bijak pandai ini. Malas nak berhujah, malas nak kata apa.
"Down? Tidak sesekali. Aku mangli (biasa) dah dengan golongan serba tak kena ini. Aku kalis dah dengan sindiran dan kecaman daripada golongan pendapat mereka sahaja yang betul," menurut perkongsian di Facebooknya pada Jumaat.
Dalam perkongsian sama, beliau mengajak kelompok pengkritik itu turut serta mengadakan kelas dalam talian untuk berkongsi kepakaran mereka.
"Cuma aku hairan yang kuat kritik dan kata itu salah, ini salah, mereka satu usaha pun tak ada nak mengajar dengan cara yang paling betul seperti yang dikata.
"Dah hebat sangat, dah lulusan tinggi melangit sangat, buat lah kelas Live dan ajar cara yang paling betul atas dunia dengan imej paling terampil dan kemas.
"Buatlah. Aku nak ikut juga kelas itu ambil ilmu. Buatlah. Pasti ramai murid-murid suka," sindirnya.
Katanya lagi, walaupun kaedahnya dipertikai namun pihaknya menerima reaksi positif dalam kalangan pelajar yang seronok mengikuti kelasnya.
"Aku macam ini saja. Cikgu sekolah rendah lulusan diploma saja pun. Untuk kelas Live aku pakai santai sahaja. Pakai kemas masa mengajar di sekolah, ini kelas sampingan sahaja.
"Tapi walau hanya guna pen dakwat (marker) dan papan putih (whiteboard), walau hanya lulusan rendah, murid-murid suka dan seronok. Sambutan Masya-ALLAH di luar jangkaan.
"Anak-anak sampai sanggup keluar rumah mencari capaian internet untuk belajar dalam kelas Cikgu Fadli yang lulusan rendah ni. Budak-budak usia tiga hingga enam tahun pun turut serta ikut kelas aku dan bergembira.
"Yang lulusan luar negara dengan sijil tinggi itu buatlah juga kelas macam ni. Jangan pandai komen dan kritik saja," katanya.
Mengakhiri perkongsian tersebut beliau berkata, pihaknya mengalu-alukan teguran namun biarlah nasihat tersebut bersifat membina dan bukannya menghina.
"Ada teguran secara baik tentang kesilapan aku daripada seorang rakan guru. Sangat aku hargai teguran itu dan terus perbetulkan dalam kelas terbaru. Aku yang silap masa itu. Aku memang alu-alukan teguran.
"Teruskan menegur kawan-kawan tentang kesilapan sebegitu. Status ini bukan ditujukan kepada kalian yang ikhlas menegur tetapi buat mereka yang rasa serba tak kena dengan apa yang orang lain buat," katanya.
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Biasalah mak bapak jenis ni, biadap je lebey. Tu yang rezeki tak berkat. |
|
|
|
|
|
|
|
Parents nak semua perfect dari sekolah untuk anak mereka... Kira bagus juga lah ada kesedaran.
Tapi kawan aku (seorang guru) cerita...masa bagi duit RM100 hari tu, dia tanya parents perkembangan anak ikut online classes. Ada parent yang yakin sangat anak tak tuang kelas. Tapi bila kawan aku cakap anak tulis nama kehadiran saja lepas tu kerja tak buat tak hantar, parent tu terus jadi kerang busuk... |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau pakai tshirt berkolar n tampil kemas,tak rasa boleh jd satu isu kot.. parents dah start rasa entitled,cikgu2 pn sama..komplen kt socmed..skrg semua benda nak kena luah kt socmed kan..halaaaaa halaaaaaa~ |
|
|
|
|
|
|
|
Cikgu sk mmg smart
Cikgu sjkc mmg pakai tshirt je..
Hahahah
Tang semangat..dua dua sama... |
|
|
|
|
|
|
|
Berkolar...okla tu.....mak pak bgtau la kat ank2 ...bg pemahaman kat ank2..napa masa ni cikgu x pakai formal cam kat bilik darjah/kelas. |
|
|
|
|
|
|
|
pakai t shirt pon boleh smart ... dan boleh mengajar dgn baik .... |
|
|
|
|
|
|
|
Ok je pakaian cikgu tu.
Serba tak kena cikgu skrg |
|
|
|
|
|
|
|
Parent bodoh skng melahirkan anak2 yg bodo jgk akhirnya.
Soal baju cikgu ko nak persoalkan knp? Kalo cikgu tu x pki baju atau pakai baju yg ada motif unsur2 negatif blh la ko nak bengkeng.
Aku menyampah btl org yg complicated mcm ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Ok je, selagi tak pakai singlet nmpk bulu ketiak ke, tak pakai bra saja ke...
|
|
|
|
|
|
|
|
Biar mati cepat aje parents yang tak habis2 komplen pasal cikgu ni..... |
|
|
|
|
|
|
|
ntahnye. cikgu patut cmni! baru pak sedara pun sanggup attend sama assist anak buah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Cikgu mana pakai tali leher dah oiii....tu tahun berapa...nih kalo parents nih tgk waktu sekolah biasa...cikgu pj releks je pakai seluar joging baju t-shirt kebangsaan mau terbuntang mata...tu belum lagi pakai baju bola mai keja |
|
|
|
|
|
|
|
Bermula dari viral kak dib mocking rinamon, akan ade la siri2 penghinaan kpd cikgu, menteri,acik kantin, acik driver especially tang pronunciation ittew..dah jadi satu budaya org melayu plak menghina org di khalayak ramai...akak sinyun sinis jah dek!! Backup la lagi si retis terpaling terer english tu,makin mengepak la dorg nnti |
|
|
|
|
|
|
|
R2D2 replied at 20-2-2021 05:54 PM
Adik kecik pun ikut sama blaja.. haha |
|
|
|
|
|
|
|
Lagubestbest replied at 20-2-2021 07:08 PM
ntahnye. cikgu patut cmni! baru pak sedara pun sanggup attend sama assist anak buah.
Pakai cengginilaa |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Lagubestbest at 20-2-2021 08:53 PM
org nak attend kelas bukan sugarbook. Attire kelas biar kena la dengan environment dia. Tu bukan sempoi tapi low class, uncultured. |
|
|
|
|
|
|
|
Byk bunyik betul mak bapak nihhh..semua x kena |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|