CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2580|Reply: 1

Ketahui Tanda Kereta Perlu ‘Overhaul’

[Copy link]
Post time 19-2-2021 12:15 PM | Show all posts |Read mode
Ketahui Tanda Kereta Perlu ‘Overhaul’

Setiap kali kereta bergerak dalam jarak yang jauh, anda perlu membuat pemeriksaan dengan sebaiknya supaya keadaan kereta anda masih berada dalam keadaan baik.
Namun apabila kereta anda yang sudah “berusia” atau melebihi “mileage” 150,000 km, anda disarankan untuk membuat “overhaul” pada kereta anda.
Overhaul atau turun enjin merupakan membaik-pulih secara menyeluruh pada sesebuah enjin kenderaan.

Setiap komponen enjin akan dileraikan satu-persatu oleh mekanik daripada komponen luar sehingga dalaman.
Mereka akan membuka komponen, membersihkan, membaiki kerosakan, memasang kembali komponen dan penyelarasan akhir.
“Mileage” 150,000 km itu adalah cadangan yang disarankan, namun ia bukanlah kewajipan untuk melakukan “overhaul” apabila mencapai angka tersebut.



Terdapat beberapa gejala yang dapat anda perhatikan untuk mempertimbangkan proses turun enjin iaitu:


1. Ekszos keluar asap putih
Apabila anda mengesan asap putih keluar daripada ekszos, ia merupakan petanda bahawa terdapat minyak yang masuk ke ruang pembakaran. Gejala ini berlaku disebabkan “ring piston” sudah haus pada “bowring piston” .






2. Enjin tidak teratur akibat dalam pencucuh berkerak
Gejala enjin mula tidak teratur apabila anda merasakan prestasi enjin mengalami penurunan, bunyi enjin yang ganjil, tersengguk-sengguk ketika memecut.  Salah satu penyebab enjin pincang adalah palam pencucuh yang tidak mampu bekerja secara maksimum atau mengalami penurunan percikan api.  Ini disebabkan terdapat kerak yang melekat kerana minyak naik hingga ke palam pencucuh.



3. Minyak berkurang
Enjin mula “makan” minyak. Gejala ini boleh dikesan dari jumlah minyak dalam tabung.
Anda boleh menggunakan besi pengukur untuk melihat paras minyak sama ada sudah sampai ke had minimum atau belum.


4. Suhu enjin sering panas
Tidak hanya kerosakan pada sistem penghawa dingin, malah suhu enjin yang kerap berada pada had “overheat” juga boleh menjadi petunjuk kepada nisbah mampatan yang bocor.  Ini boleh disebabkan “packing” kepala silinder yang sudah patah dan menyebabkan air radiator terus berkurang kerana memasuki ke ruang pembakaran.  Akhirnya suhu enjin menjadi lebih panas hingga berisiko mengalami “overheat”.



Sesebuah enjin itu tidak perlu dibuat overhaul sehingga ada kerosakan pada komponen dalaman di bahagian paling dalam enjin iaitu enjin tengah.  Contohnya komponen pada bahagian itu ialah “Crankshaft” dan untuk keluarkannya, semua komponen lain perlu dikeluarkan terlebih dahulu.
Antara sebab lain enjin perlu di overhaul ialah “Rod Jammed”, “bearing jammed”, masalah Gearbox, “Crankcase” pecah dan bocor minyak hitam.

[msnnews]

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2021 11:09 AM | Show all posts
top overhaul = bila dah mula makan minyak hitam. asap ada warna kebiruan sikit, minyak hitam selalu kurang dan kena topup. valve seal, piston ring mungkin kena tukar tengok keadaan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kajian Institut Kajian Pasaran (IPSOS) yang melihat Malaysia antara negara yang merekodkan insiden buli siber tertinggi.
YgBenarKajian Institut Kajian Pasaran (IPSOS) y
Views : 6748 Replies : 3
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 41959 Replies : 326
Tiada gambar kampus di OZ, Shuhada sahkan sambung belajar di kolej swasta bukan universiti (UPDATE)
JoyahMengayahTiada gambar kampus di OZ, Shuhada sahka
Views : 137478 Replies : 3897
Syamsul dan Ira sah bercerai talak 1
Glass_shoesSyamsul dan Ira sah bercerai talak 1
Views : 43684 Replies : 661
SAMPAH BAGIMU, HIDANGAN KELUARGAKU.
intan_smsbSAMPAH BAGIMU, HIDANGAN KELUARGAKU.
Views : 26528 Replies : 13
Ruhainies diminta jadi Orix
Glass_shoesRuhainies diminta jadi Orix
Views : 61414 Replies : 49
Turkish delight vs singkong, acik gagah tersenyum bangga
ModngengadeTurkish delight vs singkong, acik gagah
Views : 828 Replies : 1
kuiz dan Kenali Borneo
Vellfirekuiz dan Kenali Borneo
Views : 21492 Replies : 505
[tvN/Netflix] Love Next Door - Jung Hae In, Jung So Min (Mulai 17 Aug 2024)
xyla73[tvN/Netflix] Love Next Door - Jung Hae
Views : 26713 Replies : 118
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 103148 Replies : 1632

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-9-2024 06:57 PM GMT+8 , Processed in 0.044460 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list