Umum pasti mengetahui tentang perceraian yang diumumkan pelakon Zarina Anjoulie pada Januari 2021. Terbaru, pada 17 Februari 2021, Zarina telah dijemput menjadi tetamu bersama Geng Pagi Hot di Hot FM.
Kredit foto: Instagram Zarina Anjoulie
Walaupun sentiasa dikenali kerana kontroversi, beliau kedengaran sangat ceria dan boleh berkongsi cerita dengan pemikiran yang sangat positif. Dalam temubual itu, Zarina turut berkongsi kisah dirinya pernah tinggal di Brunei selama 3 tahun.
Apabila ditanya mengenai soalan peribadi, Zarina memberitahu beliau kini baik-baik saja dan merasakan telah membuat keputusan terbaik mengenai penceraiannya.
Malah beliau juga gembira untuk bekas suaminya yang sudah kembali dengan bekas kekasihnya sebelum ini. Menurutnya ia berlaku ketika mereka masih lagi bergelar suami isteri.
Walaubagaimanapun Zarina menegaskan ia bukanlah menjadi punca penceraian mereka. Zarina menganggap keputusan mereka berkahwin sebelum ini adalah agak terburu-buru.
Namun, Zarina tidak menyimpan dendam pada bekas suaminya dan mengharapkan bekas suaminya berbahagia dengan kekasihnya kini.
Apapun, Zarina benar-benar terlihat tenang dan semoga beliau dapat mengharungi segala cabaran hidup berbekalkan kekuatan yang dimilikinya. Kisah penuh tentang perkongsian Zarina ini boleh ditonton di YouTube Hot TV.
|