View: 28772|Reply: 252
|
“Kita Makan Budu, Sambal Belacan. Mesti Lidah Keras Nak Cakap Bahasa Inggeris” -
[Copy link]
|
|
Ketika orang ramai hangat membincangkan mengenai kaedah teguran terbuka bagi kesalahan sebutan bahasa Inggeris, penyanyi Siti Sarah juga tampil menyatakan rasa kurang senang dengan sikap suka mencari salah.
Ujar Siti Sarah atau nama penuhnya Siti Sarah Raisuddin, isu sebutan atau kesalahan tatabahasa adalah remeh yang tidak perlu diperbesarkan.
Menurut penyanyi berusia 37 tahun itu, penutur bahasa Inggeris sebagai bahasa pertama mereka juga tidak menggunakan tatabahasa yang betul ketika bercakap.
Foto: IG
"Kadang-kadang Sarah tak faham kenapa orang kita ni suka sangat nak cari salah orang. Terutamanya apabila orang tu cakap dalam bahasa Inggeris. Alahai, bagi Sarah tak semua orang Melayu boleh sebut perkataan dengan baik dalam bahasa Inggeris.
"Kita makan budu, sambal belacan mesti lidah keras. Bagi Sarah okay saja kalau cakap broken English. Orang putih betul pun berterabur apabila cakap... tak ikut tatabahasa pun! Kita beria kalau cakap Inggeris kena cakap macam dalam buku.
"Sebut tak betul tu okey saja, negara lain relax saja. Apa yang nak dibanggakan sangat dengan bahasa mereka? Mereka belum tentu boleh cakap bahasa Melayu dengan sebutan yang perfect face with tears of joy.
"Kalau orang putih cakap bahasa Melayu salah, kau kata comel... kalau Melayu cakap orang putih salah, kau kata bodoh," kata Sarah menerusi Twitter miliknya.
Sebelum ini, tindakan penyanyi dan pelakon Adibah Noor menegur kesilapan sebutan bahasa Inggeris selebriti, personaliti televisyen serta tokoh politik mengundang rasa kurang senang segelintir pihak.
Terbaharu, Adibah turut menegur kesalahan yang dilakukan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun.
Sehubungan itu netizen melahirkan rasa meluat dan menyampah kerana menyifatkan Adibah terlalu berlebihan dan sengaja mencari kesalahan orang berpengaruh hanya untuk popular.
Menerusi laporan mStar pada Isnin, penyanyi berusia 51 tahun itu bagaimanapun memberitahu kata-kata berkenaan tidak akan mematahkan niatnya untuk mendidik orang ramai dalam memperbaiki sebutan bahasa Inggeris.
Dalam pada itu, isteri kepada pelawak Shuib Sepahtu ini turut memberi nasihat kepada orang ramai yang sentiasa ingin mencuba bercakap dalam bahasa Inggeris untuk membuang perasaan malu.
"Tak payah malu kalau tak reti sebut perkataan Inggeris. Yang penting ada usaha nak cuba. Lama-lama okay la. Kadang-kadang kita ni terikat dengan loghat dan percakapan seharian.
"Sedangkan kalau kita baca al-Quran kalau pelat tak boleh sebut pun, sekiranya kita cuba juga itu pun dapat pahala. Apa yang memalukan, kita ni sibuk cari salah orang, salah sendiri besar gajah pun tak nampak.
"Bukanlah kita tak perlu belajar bahasa Inggeris dengan baik, cuma jangan malu untuk berbahasa Inggeris walau salah. Selain itu sebagai orang yang nak menegur, jangan sampai mengaibkan orang lain. Kita tutup aib orang, Allah tutup aib kita," ujarnya. -CARI
Sumber: mStar Online
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Peliknya muka ko skrg Sarah oii.. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku dh lupa rupa asal siti sarah.. Makeup effect dia memang wow.. |
|
|
|
|
|
|
|
ketahian apakah innehhh??? |
|
|
|
|
|
|
|
motipppp nak main perli2. baguslah dia ngajar cara nak pronounce yang betul. ILMU DIK OIIIIIIIII |
|
|
|
|
|
|
|
statement dari budak kelas belakang.masa sekolah sibuk nk jadi artis..dah tua bg statement bodoh..
|
|
|
|
|
|
|
|
Tapi nak putih macam mat salleh. Habis dah rupanya melayu nya yg makan budu belacan itew. |
|
|
|
|
|
|
|
makeup + filter bergantang.. wow banget yaaaaa final resultnye.. real life tak pnh tgk sarah ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bisingnya kau ni. Duduk diam2 jaga laki ko tu
|
|
|
|
|
|
|
|
tak yah campur kut hal org..diri sendiri pun byk issue lg. hewhewhew |
|
|
|
|
|
|
|
nak mencapub gak la dia ni...dok dendiam je la.. |
|
|
|
|
|
|
|
"Kalau orang putih cakap bahasa Melayu salah, kau kata comel... kalau Melayu cakap orang putih salah, kau kata bodoh,"
Tapi ayat ni cm aku setuju.. tgk la maryam durian kimchi dgn mark adam tu kemain semua kata dia depa ckp comey.. |
|
|
|
|
|
|
|
Elleh... Makan budu belacan pon dlu sibuk gak nk berlakikan mat salleh... Sekali dpt mat banjar je, mula la claim makan budu belacan... Puiiiiii |
|
|
|
|
|
|
|
oh ye ha ah baru teringat zaman dia bertunang dgn mat salleh dulu tu. seksi gila.
|
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
tak paham aku orang-orang yang taknak memperbetulkan diri. |
|
|
|
|
|
|
|
ko memang sekufu la lakibini
|
|
|
|
|
|
|
|
melantun lantun bodoh chukky ni..
ko nak buat contoh 'orang putih cakap x betul' , tp ko letak CR7.
mmg la CR7 tu berwajah matsalleh.. tp dia urg Portugal.. ko paham tak? Ko reti tak? org Portugal x cakap english.. CR cakap portuguese lah ngok...
tu pasal english dia x selancar Beckham.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sejak bila betulkan sebutan org pun jd bukak aib. Adibah layak ape tegur. Bkn dpt tauliah atau lulusan program reality tv ye. Mmg legit bidang dia.
Lgpun baguslah guna ig utk mengajar drpd guna ig utk menipu (read filter 40tingkat) |
|
|
|
|
|
|
| |
|