CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2647|Reply: 0

NEC Platform Tepat Laksana Tindakan Bersama

[Copy link]
Post time 16-2-2021 04:22 PM | Show all posts |Read mode

Microsoft Malaysia


Harian Metro

PENYERTAAN sektor swasta dan awam dalam Majlis Pekerjaan Nasional (NEC) bukti kukuh komitmen kolaborasi Malaysia untuk meningkatkan kehidupan rakyat dengan menangani cabaran pengangguran dan memfokuskan pada peningkatan kemahiran serta digitalisasi.

Ia pendapat Pengarah Urusan Microsoft Malaysia, K Raman dan Pengarah Urusan Infineon Technologies (M) Sdn Bhd, Chee Hong Lee serta pemimpin industri dan korporat lain serta ahli akademik yang dilantik menganggotai NEC.

Pada 9 Februari lalu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mempengerusikan mesyuarat NEC kedua yang diadakan secara maya dan menyatakan lebih daripada 160,000 peluang pekerjaan baharu dijangka diwujudkan tahun ini melalui pelaburan yang komited, hasil daripada koordinasi erat antara kerajaan dan industri.

Raman berkata, Microsoft menyambut baik pembabitan aktif kerajaan dan koordinasi erat dengan sektor swasta untuk mempercepat pemulihan ekonomi dan meningkatkan daya tahan.

"Penyertaan kami dalam NEC akan menumpukan perhatian kepada mengenal pasti peluang pekerjaan ekonomi digital serta memberikan input untuk mewujudkan persekitaran dasar yang akan meletakkan kedudukan kompetitif tenaga kerja berkaitan digital di Malaysia.

"Malaysia akan kembali aktif dalam aktiviti perniagaan, masa depannya akan berdasarkan ekonomi digital dan tenaga kerja digital akan menjadi pemacu penting bagi pemulihan ekonomi negara.

"Pekerja adalah sumber terbaharu pelaburan yang paling penting kerana kemahiran digital diperlukan dalam setiap pekerjaan," katanya.

Raman berkata, Microsoft komited menyokong kerajaan dan memperkasakan tenaga kerja digital negara.

"Sebagai sebahagian daripada tindak balas Microsoft terhadap pandemik itu, kami mengumumkan komitmen global syarikat untuk memberi kemahiran digital kepada lebih daripada 25 juta orang di seluruh dunia.

"Kami menawarkan akses percuma kepada pembelajaran dan kandungan daripada LinkedIn Learnings, Microsoft Learn dan GitHub Learning Lab.

"Kami teruja kerana lebih daripada 36,000 rakyat Malaysia setakat ini sudah mengakses sumber pembelajaran percuma ini untuk memperoleh kemahiran digital baharu," katanya.

Untuk memastikan Microsoft juga membantu golongan terkesan akibat pandemik Covid-19, Raman berkata, ia secara aktif menjalinkan kerjasama dengan organisasi bukan kerajaan (NGO) untuk meningkatkan dan menyusun semula komuniti, termasuk pencari kerja dan golongan belia yang bekerja dalam ekonomi gig.

Sementara itu, Chee berkata, NEC platform tepat bagi sektor swasta dan agensi kerajaan untuk melaksanakan tindakan bersama.

"Inisiatif yang dikemas kini pasukan petugas yang khusus adalah komprehensif dan agresif. Saya yakin ia berkesan bukan hanya untuk mewujudkan lebih banyak pekerjaan," kata Chee.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 12:27 PM GMT+8 , Processed in 0.041699 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list