Edited by piao at 16-2-2021 01:53 PM
wanita ajak Ayda Jebat bermadu
Tidak dapat dinafikan, lelaki berstatus suami orang sering menjadi dambaan segelintir wanita bujang kerana disifatkan lebih berpengalaman dan penyayang. Berikutan itu, suami kepada penyanyi dan pelakon Ayda Jebat iaitu Nabil Mahir juga tiba-tiba menjadi ‘mangsa’ seorang individu yang tertarik dengan karakter lelaki tersebut.
“Nak jadi madu tak boleh”
Umum mengetahui, penyanyi lagu Parah Parah itu sememangnya gemar berkongsi saat-saat indah dan ‘sweet’ bersama suaminya sehingga ada yang menghantar mesej menerusi Instagram untuk menjadi madunya. “Nak jadi madu Ayda boleh tak? Sebab nak cari lelaki macam ni la tapi, tak jumpa-jumpa lagi,” tulis pemilik akaun tersebut.Meskipun agak tidak masuk akal, namun jawapan yang diberikan oleh aktres drama Cindai itu kekal tenang dan tidak melenting selain turut mendoakan wanita tersebut dikurniakan jodoh yang baik-baik.
“Salam, hahaha! Awak ni comel la. Jadi madu tak bolehlah. Saya cubit awak karang. Nakal eh.”“Saya doakan awak dapat jodoh yang lebih baik, sempurna dan terbaik untuk awak. InsyaAllah. Istikharah! Good luck sis,” balasnya.Pada 1 Januari lalu, pasangan berkenaan selamat bergelar suami isteri dan memilih Langkawi sebagai tempat percutian untuk untuk bulan madu.
|