View: 2170|Reply: 15
|
Presiden PAS, Haji Abdul Hadi Awang dikejarkan ke hospital akibat sesak nafas
[Copy link]
|
|
Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang telah dikejarkan ke Hospital Putrajaya malam tadi dipercayai akibat sesak nafas.
Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary menerusi laman Facebook beliau, malam tadi.
"Tuan Guru telah dimasukkan ke Jabatan Kecemasan Hospital Putrajaya pada 7.50 malam ini akibat sesak nafas.
"Doktor memaklumkan bahawa keadaan beliau stabil. Jantung beliau lemah berkemungkinan penat" katanya.
Doktor turut memaklumkan Abdul Hadi akan dirujuk ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk rawatan susulan.
"Beliau akan membuat ujian swab di IJN nanti," tambahnya lagi.
Turut hadir di Hospital Putrajaya adalah Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan, Menteri JPM (Undang-Undang). - CARI
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
macam dah banyak kali juga baca berita tok guru masuk hospital sblm ni. mungkin penat sngt kot kerja. berapa umur tok guru ek... moga2 cepat sembuh |
|
|
|
|
|
|
|
Ajal maut ditangan tuhan . |
|
|
|
|
|
|
|
Syaitan apa yg sedang merasuk beliau? |
|
|
|
|
|
|
|
Masa sesak napas tu ingat2 la lidah yang dulunya lancang (sekarang dah kurang sebab dah jadik gomen) tu yah. |
|
|
|
|
|
|
|
Lain aura dgn allahyarham nik aziz.... |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga cpt sembuh..sy ingt beliau sedang berada di Tanah Arab.. |
|
|
|
|
|
|
|
Abdul Hadi dirawat di IJN, dalam keadaan stabil
Diterbitkan 16 Feb 2021, 8:21 am
Presiden PAS Abdul Hadi Awang dikejarkan ke Hospital Putrajaya setelah mengalami sesak nafas malam tadi.
Beliau kemudian dipindahkan ke Institut Jantung Negara (IJN) kira-kira pada pukul 9.30 malam dengan menaiki ambulans untuk rawatan lanjut.
Perkara itu dimaklumkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Ahmad Marzuk Shaary di Facebook.
"Doktor memaklumkan bahawa keadaannya stabil. Jantung beliau lemah berkemungkinan disebabkan dalam keadaan penat," katanya.
Pagi ini, anaknya yang juga Adun Batu Buruk, Muhammad Khalil Abdul Hadi memaklumkan bapanya kini dalam keadaan stabil.
"Saya baru bercakap dengan ayahanda tuan guru sebentar tadi. Keadaannya stabil dan perlukan rehat. Mungkin kepenatan kerana jadual yang padat.
"Mohon doa dari semua semoga beliau terus sihat untuk berkhidmat kepada ummah," katanya kepada Malaysiakini.
Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man juga menyatakan perkara sama dan berharap semua pihak dapat mendoakan kesihatan Ahli Parlimen Marang itu.
Abdul Hadi, 73, pernah menjalani pembedahan menggantikan injap jantung di IJN pada 2017.
Minggu lalu, beliau menyatakan kesediaannya untuk menjadi kalangan pertama yang menerima vaksin Covid-19.
Katanya, ia ia sebagai tanda sokongan terhadap usaha kerajaan memerangi wabak tersebut. |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga cepat sembuh dan dipermudahkan urusan. |
|
|
|
|
|
|
|
macam mana nak jadi antara yg pertama ambil vaksin ni. agak berisiko. moga cepat sembuh |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillah .. moga cepat sembuh |
|
|
|
|
|
|
|
dess402 replied at 16-2-2021 02:05 AM
Ajal maut ditangan tuhan .
Siapa yang mati?
|
|
|
|
|
|
|
|
Harini hari cabutan nombor bertuah ..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|