CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2664|Reply: 0

Kenal ke? 10 Fakta Meerqeen Yang Ramai Tak Tahu!

[Copy link]
Post time 12-2-2021 09:01 PM | Show all posts |Read mode
Kenal ke? 10 Fakta Meerqeen Yang Ramai Tak Tahu!

Siapa tidak kenal dengan pendatang baharu dalam dunia lakonan, Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Syameer Shauqeen Shaiful Izam, 20, yang kini meletup menerusi drama rantaian, Angkara Cinta siaran saluran Astro Prima.

Bintang hangat yang juga bekas pemenang tempat ketiga Hero Remaja 2020 ini mencatatkan pencapaian yang cukup membanggakan pada tahun lalu, dengan pelbagai tawaran melimpahi perjalanan awal karier seninya, sekaligus mencetuskan inspirasi kepada para remaja yang ingin menceburi bidang lakonan.

Berikut kami kongsikan 10 fakta menarik mengenai beliau yang disebut-sebut bakal menjadi pelapis ‘hero Malaya’ ini.


Kredit foto: Instagram Meerqeen



1. Barangkali ramai yang tidak tahu, Meerqeen merupakan anak saudara kepada penyanyi era 90-an popular, Safura Yaacob.


Kredit foto: Instagram Meerqeen


2. Beliau menanam cita-cita untuk menjadi pelakon sejak berusia lima tahun lagi.


Kredit foto: Instagram Meerqeen


3. Sebelum penyertaan dalam Hero Remaja 2020, beliau pernah menghadiri pelbagai sesi ujibakat iaitu sejak berumur 15 tahun, namun hanya menerima satu tawaran sahaja iaitu tawaran membintangi sebuah iklan pada tahun 2017.


Kredit foto: Instagram Meerqeen



4. Demi memberi tumpuan pada karier seni yang semakin berkembang, Meerqeen terpaksa menangguhkan seketika pengajian dalam jurusan Diploma Insurans di Kolej Vokasional Gombak.


Kredit foto: Instagram Meerqeen



5. Mempunyai dua orang pengurus peribadi yang bertanggungjawab mengendalikan urusan berkaitan kerjayanya.


redit foto: Instagram Meerqeen



6. Namanya ternyata lebih menyerlah berbanding juara Hero Remaja 2020, Nadhir Nasar kerana tawaran dan rezeki yang diterima lebih melimpah ruah!


7. Turut mempunyai bakat dalam bidang nyanyian serta mempunyai perancangan untuk mengetengahkannya, namun diketepikan buat sementara waktu kerana ingin memberi fokus pada bidang lakonan yang diletakkan sebagai karier utama.


Kredit foto: Instagram Meerqeen



8. Merupakan peminat genre muzik RnB.


Kredit foto: Instagram Meerqeen


9. Antara karya yang melonjakkan namanya termasuk drama berepisod, Angkara Cinta, selain filem Kelaster dan Frontliners.


Kredit foto: Instagram Meerqeen



10. Meletakkan pelakon senior, Bront Palarae sebagai idola dalam bidang lakonan.




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 11:28 PM GMT+8 , Processed in 0.242724 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list