Ibu mengandung memang hebat, terpaksa menempuh pelbagai dugaan sepanjang tempoh tersebut hinggalah saat kelahiran. Sakit, lenguh, loya, mengidam dan pelbagai lagi cabaran yang terpaksa ditempuhi membuatkan wanita sangat istimewa.
Namun, pernahkan anda mendengar tentang sakit tulang kemaluan yang terpaksa dihadapi wanita hamil?
Mungkin bunyinya agak kelakar bagi segelintir orang, namun ianya benar-benar berlaku.
Foto : FB
Netizen turut berkongsi pengalaman mereka ketika menghadapi sakit tulang kemaluan ini. Lebih dasyat kerana ada yang berlarutan walaupun setelah bersalin!
Foto : FB
Dalam artikel Asian Parent, sakit tulang kemaluan adalah normal bagi wanita hamil, terutamanya trimester ketiga. Bahasa saintifiknya ialah symphysis pubis diastasis (SPD) iaitu tekanan pada ligamen yang longgar akibat hormon relaxin.
Ibu hamil akan mengeluarkan hormon relaxin yang berfungsi melembutkan ligamen bagi memudahkan bayi ke laluan pangkal rahim saat bersalin nanti.
Tetapi, ada tubuh ibu yang tidak dapat menerima perubahan ligamen lembut ini, maka terjadilah SPD.
Foto : Asian Parent
Jangan bimbang, ada cara untuk mengatasi rasa sakit itu, antaranya ialah duduk di atas bola gym dengan postur tegak selama 10 minit dan lakukannya dua hingga tiga kali sehari.
Selain itu boleh juga berendam dalam air suam, akupuntur dan juga berehat di katil sahaja.
Apa pun, setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. - CARI
|