|
Orangnya berbadan kecil molek, namun siapa sangka dia memiliki bakat yang besar?
Muhammad Ikram Hakimi Abdul Samad, 20, pelajar yang membuat kerja sambilan sebagai jurugambar turut berkongsi cabaran yang dilalui kerana keadaan fizikalnya itu.
Kredit foto:
Mesra disapa Kimi, dia yang menetap di Shah Alam, Selangor mendedahkan pernah berdepan dengan individu yang tidak yakin dengan bakat yang dimilikinya, hanya kerana dia berbadan kecil.
"Ada pengalaman sebelum ini, client tak cam apabila saya datang untuk ambil gambar di majlisnya.
"Mungkin dia fikir saya budak-budak, tetamu yang datang. Kemudian dia hantar mesej tanya saya kat mana. Bila dah jumpa depan-depan, dia kata... la awak rupanya, kecilnya. Saya pun gelak je la.
"Kemudiannya, ada satu lagi peristiwa yang agak sedih sebab kena reject. Saya dah jumpa client masa meeting, lepas balik je terus lost contact, dia block saya. Jadi saya faham-faham sendiri je la," ujarnya kepada mStar.
Menurut Kimi yang berketinggian 158 sentimeter dengan berat 41 kilogram itu, dia hanya melihat apa yang berlaku dari sudut positif sahaja.
Malah, dia yang turut menawarkan khidmat video hanya mampu membuktikan bakat yang dimiliki dengan karya-karya yang sudah dihasilkan sebelum ini.
Bercerita mengenai dirinya, pelajar sebuah kolej swasta di Subang itu berkata, dia mula membuat kerja sambilan ini sejak setahun lalu.
Malah, dia bersyukur apabila ia sedikit sebanyak dapat membantu untuk menampung kos pengajian dan tidak perlu bergantung sepenuhnya dengan keluarga.
"Saya sekadar cari pendapatan sampingan, nak berdikari. Saya tak nak la selalu minta duit dengan mak ayah.
"Alhamdulillah setakat ini dapat tampung pengajian saya. Keluarga pun beri sokongan. Mereka percaya dengan apa yang saya lakukan," katanya lagi.
Menurut penuntut bidang pengajian media itu, dia juga perlu bijak membahagikan masa antara kerjaya dan akademik.
Namun kerana minat, dia tidak kisah untuk bersengkang mata sehingga ke tengah malam.
"Dah terbiasa bersengkang mata sampai malam. Alhamdulillah, ia berbaloi. Sebab dah minat, kita jadi tak kisah. Rasa seronok.
"Tapi agak mencabar bila nak kena siapkan tugasan, selepas itu nak fokus edit gambar dan video client pula," ujarnya.
Dalam pada itu, video yang dikongsi Kimi mengenai dirinya menerima hampir 100,000 tontonan di TikTok.
Katanya, dia bersyukur dengan komen positif netizen yang mana ia memberi semangat dan keyakinan buat dirinya untuk meneruskan kerjayanya itu.
Sumber: mStar
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|