CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7670|Reply: 26

Tempuh banyak ujian sebelum nikahi model Rusia

  [Copy link]
Post time 8-2-2021 02:13 PM | Show all posts |Read mode
Tempuh banyak ujian sebelum nikahi model Rusia

Sejak beberapa hari lepas, tular di aplikasi Tiktok apabila seorang jejaka Melayu dikenali sebagai nuaryusli selamat diijab kabul dengan pasangannya, Anna Eltsova di Teluk Panglima Garang, Selangor.

Tular di Tiktok

Video : https://ohmymedia.cc/demi-cinta- ... nikahi-model-rusia/

Video memperlihatkan perjalanan mereka yang bermula dengan lamaran dan diakhiri dengan bersanding di jinjang pelamin itu telah mendapat lebih daripada 1.7 juta tontonan di Tiktok.

Cerita bibit perkenalan
Merujuk kepada Mstar, Mohamad Anwar Mohd Yusli, 27 yang merupakan seorang jurugambar Malaysia telah menceritakan bibit perkenalan dia dan isterinya yang kini berusia 23 tahun.

“Saya berkenalan dengan Anna pada Julai 2018 menerusi satu sesi photoshoot. Masa tu saya shoot dia untuk satu photoshoot baju.”
“Dia memang full time model di Malaysia, dia dah datang sini dua tahun sebelum kami berkenalan.”
Mula-mula keluarga pun was-was. Tapi lama kelamaan, saya yakinkan keluarga. Sebab Anna lain dari yang lain.” Jelasnya




Banyak dugaan sepanjang bertunang
Tambanya lagi, dia mulai melamar isterinya pada 2020 dan memberinya cincin pertunangan. Jelasnya, dia akui sepanjang pertunangan ramai lelaki cuba mendekati wanita Rusia itu namun ditolaknya kerana dia bukanlah seorang yang mata duitan.

“Memang mencabar, macam-macam lelaki datang kat dia. Tapi dia bukan mata duitan. Dia pandang keikhlasan saya dalam hubungan kami.” Tambahnya


Tiada masalah komunikasi
Menyentuh isu komunikasi, Nuar memaklumkan tiada masalah setakat ini kerana Anna fasih berbahasa Inggeris. Dia juga sudah memahami bahasa Melayu kerana lebih mudah untuk dipelajari berbanding bahasa Rusia sendiri.

“Kalau saya berborak dengan sesiapa dalam bahasa Melayu, dia boleh je faham, bahasa Melayu sebenarnya lebih senang dipelajari berbanding bahasa Rusia.” Katanya




Terima kasih kepada semua yang mendoakan
Di akhir bicara, jurugambar yang juga merupakan seorang kontraktor itu mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang memdoakan hubungan perkahwinan mereka.

Dia akui tidak menyangka bahawa dalam tempoh 24 jam sahaja video yang dimuat naik secara suka-suka memperoleh 1 juta tontonan.


Dalam pada itu, Nuar turut berharap pandemik ini segera selesai supaya kita semua dapat hidup seperti biasa dan mereka dapat memilih tarikh untuk meneruskan majlis resepsi yang tidak tahu lagi tarikhnya.

Sumber: Mstar (Mohd Izzat Mohd Khalizan), nuaryusli



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-2-2021 02:14 PM | Show all posts
oh ptut la ramai photographer gigih pm model2 ni rupa nya ada udang sebalik batu

dan ramai juga masuk bidang ni sbb nk mengayat la ni
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2021 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah..dpt beki DNA boyan ntah apa tu...dpt rambut perang mata biru..creamy skin..

Cross breeding ni baguih...
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2021 04:06 PM From the mobile phone | Show all posts
This girl mmg lawa, dapat memperbaiki keturunan heolls
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2021 05:06 PM | Show all posts
ajinomotonosuga replied at 8-2-2021 02:39 PM
Alhamdulillah..dpt beki DNA boyan ntah apa tu...dpt rambut perang mata biru..creamy skin..

Cross  ...

apa imaginasi kawan2 lelaki tu
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2021 05:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Biasa perkahwinan sebegini dpt anak cantik2/handsome2..kalau dua2 good looking jarang menjadi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-2-2021 08:04 PM | Show all posts
Huntungla dpt brg sedap
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2021 09:25 PM | Show all posts
tagas replied at 8-2-2021 08:04 PM
Huntungla dpt brg sedap

klu semua org kwin n wanita2 mix kes cerai akan pupus
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2021 09:36 PM | Show all posts
Comeiii nanti bakal anak
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2021 11:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Comeynyaaa isteri dia. Mesti anak depa nnt lagi berganda comel sbb mix dna.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2021 07:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Cantik warna baju pengantin & pelamin
Aku suka warna2 camni, soothing je tgk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-2-2021 10:46 AM | Show all posts
sukacactus replied at 9-2-2021 07:08 AM
Cantik warna baju pengantin & pelamin
Aku suka warna2 camni, soothing je tgk

komen la pengantin lelaki juga
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2021 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
piao replied at 9-2-2021 10:46 AM
komen la pengantin lelaki juga

Tentang hati & perasaan xleh campur
Pandai kawin, pandai la jaga
Xkisah la kawin dgn bangsa & keturunan apa pun
Sekian kah3
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2021 03:04 PM | Show all posts
aku tengok muka bini dia skali imbas cm si sarah hildebrand yg kuat sentap tu..
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2021 04:43 AM From the mobile phone | Show all posts
pengantin pompuan ni sedara mara @white_musk ke
selamat la budak ni bakalan jd babu ms hari raya nanti
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2021 06:18 AM From the mobile phone | Show all posts
piao replied at 8-2-2021 09:25 PM
klu semua org kwin n wanita2 mix kes cerai akan pupus

Sebenarnya ramai yang berkahwin campuran begini bercarai juga... Ramai... Tetapi mereka tidak kecoh seperti orang malayu ya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2021 06:20 AM From the mobile phone | Show all posts
farhani87 replied at 8-2-2021 11:44 PM
Comeynyaaa isteri dia. Mesti anak depa nnt lagi berganda comel sbb mix dna.

Tidak semestinya... Adik2 orang malayu saja yang merasa begitu..
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2021 06:23 AM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 8-3-2021 04:43 AM
pengantin pompuan ni sedara mara @white_musk ke
selamat la budak ni bakalan jd babu ms hari r ...

Jika bukan bernama Oksana, Selamat menjadi babu juga akak ucapkan... Xaxaxaxa
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2021 11:03 AM | Show all posts
cantik wife nya
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2021 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantikla baju kawen, kaler baju Tu and pelamin dia..macam style pelamin anak ramli ms..dua kerusi rotan besar.  I like!
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 06:22 AM GMT+8 , Processed in 0.098048 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list