Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) membantah penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW oleh salah seorang wakil dalam Parti Bharatiya Janata (BJP).
Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, pemimpin BJP, Kalyanaraman pada 31 Januari lalu di Tamilnadu, Mettupalayam dengan sengaja menyampaikan ucapan mengejek dan menyebarkan kepalsuan terhadap Nabi Muhammad SAW dalam ucapannya.
Kredit foto: FMT
“Ucapan itu telah dirakam dalam sebuah video yang menjadi bukti provokasi terhadap Islam,” katanya dalam memorandum khas untuk Perdana Menteri India, Narendra Modi semalam.
Menurut Azmi, pihaknya tidak dapat menerima kerana perkara itu bukan kejadian pertama seumpamanya di mana Islam diserang di India semasa pemerintahan BJP.
“Pemerintah BJP telah menunjukkan agenda yang jelas untuk mempromosi ideologi Hindu yang menolak hidup harmoni dengan agama minoriti di India.
“Kami menyesal bahawa India kini mengambil jalan permusuhan dengan 200 juta umat Islam di India,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambah Azmi, sikap kumpulan ekstrimis Rashtriya Syawemsevak Sangh (RSS) yang mendokong BJP tidak akan bertahan sebagai pemerintah India jika meneruskan polisi berbahaya di tengah-tengah sebilangan besar minoriti beragama yang haknya diakui oleh undang-undang antarabangsa dan perlembagaan India.
“Bagaimanapun, diingatkan umat Islam di India tidak bersendirian dan akan bersatu padu dengan saudara-saudaranya sekiranya Islam diserang.
“Diharapkan anda mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang mengambil sikap kebencian terhadap Islam di khalayak ramai,” tegasnya.
Sementara itu, Azmi juga menyeru semua ahli politik dan masyarakat madani India untuk bersatu menentang kempen kebencian yang dilancarkan oleh RSS-BJP.
Menurutnya, rakyat India tidak boleh berkompromi dengan prinsip hak dan martabat semua kepercayaan tanpa mengira kelas dan bangsa.
“Oleh demikian, kami menyeru negara-negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk memperhatikan keadaan di India dan bersikap proaktif dalam mengawasi hubungan Muslim-Hindu di India yang semakin tegang,” ujarnya.
Baguslah pemimpin India berani demi bangsa dan negara.
Pemimpin kita ada berani buat mcm tu demi bangsa agama dan Negara?
kuil haram pun takut nak robohkan.
Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, pemimpin BJP, Kalyanaraman pada 31 Januari lalu di Tamilnadu, Mettupalayam dengan sengaja menyampaikan ucapan mengejek dan menyebarkan kepalsuan terhadap Nabi Muhammad SAW dalam ucapannya.
Post time 7-3-2021 12:42 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Di masjid atau mana2 perhimpunan orang Melayu juga biasa aje ucapan berbaur kebencian pada agama dan kaum lain. Tapi jumpa depan2 biasa kita hokeh, rilek je walau di belakang kutuk mengutuk.