Beberapa artis sudahpun menyuarakan mengenai PKP dan situasi pandemik Covid-19 yang seakan tidak nampak pengakhirannya. Namun, ianya tiada selantang seniwati Susan Lankester yang meletakkan poster bertulis " OTONG GAJI MENTERI' di laman Twitternya.
Dengan warna merah sebagai latar poster serta huruf besar, ianya jelas menyatakan isi hati pelakon yang mula dikenali menerusi sitcom 2+1 di era 90an itu.
Foto :Twitter
Tiada penjelasan lanjut atau komen daripada Susan mengenai ciapannya itu. Namun, ia berjaya mendapat sambutan daripada pengguna Twitter lain yang turut bersetuju dengan kenyataan tersebut.
 Foto :Twitter
Malahan, ia berjaya mendapat perhatian daripada mantan Menteri Pendidikan Malaysia, Maszlee Malik.
 Foto :Twitter
Nampaknya, ada juga artis meluahkan yang terbuku dalam kalangan rakyat. Jadi, selepas seniwati Susan Lankester, kita nantikan adakah artis lain akan mengikut jejak langkahnya? - CARI
|