CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2050|Reply: 9

Dapat Beribu Permintaan, Lelaki Ini Sewakan Diri Untuk ‘Tidak Buat Apa-Apa’

[Copy link]
Post time 4-2-2021 11:27 AM | Show all posts |Read mode
Dari kecil kita dididik dan diasah minda serta bakat agar dapat membesar dengan kemahiran dan kebolehan tertentu untuk mendapatkan pekerjaan dan menyara diri setelah dewasa.


Walau bagaimanapun, ternyata mencari sumber pendapatan itu bukan hanya bergantung pada pendidikan dan kemahiran seseorang, sebaliknya orang yang kreatif dan pandai mengambil peluang juga mampu menemui pekerjaan yang sempurna untuk diri mereka.


Contohnya adalah seorang lelaki dari Jepun ini yang mendakwa dirinya tidak mempunyai apa-apa kemahiran. Selama dua tahun Shoji Morimoto membuat duit dengan cara menyewakan dirinya sebagai seorang yang boleh menjadi teman makan dan minum atau memberi maklum balas sederhana, tetapi tidak lebih dari itu.




Kredit foto: HCL



Pada mulanya dia memberikan perkhidmatan secara percuma kepada sesiapa yang memerlukan pekerja untuk tidak buat apa-apa, tetapi dia kini mengenakan bayaran 10,000 yen (RM 385) untuk setiap permintaan yang diterima.


“Diupah sebagai lawan air hockey…”





Antara kerja-kerja yang lelaki berusi 37 tahun itu pernah diupah untuk lakukan termasuklah mengambil bahagian dalam sesi permainan video online jika ada kumpulan yang kekurangan pemain, mendengar luahan hati individu yang curang atau melakukan kesalahan, dan menemani seseorang ke Disneyland dengan menaiki helikopter.





Lelaki dari Tokyo itu juga mempunyai beberapa pelanggan tetap yang suka dengan personalitinya kerana tidak menilai kehidupan mereka.


Kini Shoji menerima lebih dari 3,000 permohonan bagi menggunakan perkhidmatannya untuk tidak buat apa-apa. -CARI


Sumber: Himpunan Cerita Lawak

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2021 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah ada cerita ni beberapa bulan lepas....... ..   
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2021 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Ish ishhh.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2021 12:26 PM | Show all posts
Kalau sewa utk 'buat apa2' mesti lg mahal ni..
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2021 12:41 PM | Show all posts
kesian jepun, ramai rakyat dia kesunyian. maju teknologi takde maknanya kalau kemanusiaan tu takde. sedih.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2021 01:37 PM | Show all posts
Aku nak tawarkan servis teman org makan la.. cuma belanja makan je.. hehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-2-2021 10:30 PM | Show all posts
Idea yang menarik ni untuk menjana pendapatan sampingan
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2021 10:46 AM | Show all posts
tak terkejut dengan keadaan dunia zaman sekarang.

kita pun kadang-kadang, teringin nak kawan yang tak judgemental.
just, being there with me. accompany.
teman pun cukup.. tak perlu reply pun takpe, just, hangout, dengar kita cuba bercakap (kita gagap).

kawan untuk disewa..
nak berkawan tak mampu..
nak sewa kawan pun tak mampu.. haih la hidup.. nasib ada forum..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2021 11:04 AM | Show all posts
Yg ptg masyukkkk , bijak mamat nih
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2021 01:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Hmhmm hmm aneh2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:33 AM GMT+8 , Processed in 0.305853 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list