CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6041|Reply: 47

[BORNEO] Berita Banjir 2021

[Copy link]
Post time 12-1-2021 07:49 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FanTasyCreaTioN at 15-1-2021 04:49 AM
Semua Update Banjir Semasa di Sabah dan Sarawak

Banjir yang berlaku di daerah Kudat dan Pitas. Berhati-hati kepada semua. Semoga banjir cepat surut.






Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-1-2021 07:51 AM | Show all posts
Lima kampung di Kudat terjejas banjir



KUDAT: Sebanyak lima kampung di daerah ini terjejas banjir dan tanah runtuh berikutan hujan lebat.

Seramai 44 mangsa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Tun Mustapha kira-kira jam 4.20 pagi.

Menurut kenyataan Angkatan Pertahanan Awam (APM) negeri Sabah, kampung-kampung berkenaan termasuklah Kampung Landung Ayang, Sri Aman, Kampung Air, Tanjung Kapor, dan Dampirit.

Banjir terbabit turut mengakibatkan sebuah rumah di Kampung Sri Aman hampir roboh dan berlaku kejadian tanah runtuh di Kampung Air dan Dampirit.

Pihak APM sentiasa menjalankan pemantauan berikutan paras air semakin meningkat.




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-1-2021 06:04 AM | Show all posts
Amaran cuaca buruk, hujan lebat di Sabah dan Sarawak sehingga Khamis


Hujan lebat dijangka berlaku di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah.




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-1-2021 06:05 AM | Show all posts
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca buruk dan waspada dengan hujan lebat dijangka berlaku di Sarawak dan Sabah, sehingga Khamis ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan hujan lebat dijangka berlaku di Sarawak melibatkan kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah.

"Amaran sama turut dikeluarkan di Sabah melibatkan kawasan pedalaman di Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan, Pantai Barat serta Labuan, hari ini.

"Hujan lebat juga dijangka berterusan di negeri Sabah melibatkan kawasan Sandakan (Telupid dan Sandakan) dan Beluran serta Kudat sehingga hari ini," menurut kenyataan itu. - BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2021 11:01 AM | Show all posts


SELAMATKAN BARANG… Penduduk kampung, Mohamad Fatihi,40, (depan) dibantu oleh rakannya kelihatan menggunakan sampan untuk memindahkan barangan elektrik ketika tinjauan di Kampung Rantau Panjang di Batu Kawa semalam. Kawasan tersebut merupakan antara beberapa kawasan yang terjejas akibat banjir di Kuching susulan hujan lebat sejak beberapa hari lalu. • Foto BERNAMA
KUCHING: Hujan lebat yang turun sejak semalam mengakibatkan beberapa kawasan di Kuching dinaiki air dan penduduk terpaksa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba, pihaknya menerima laporan kejadian berkenaan pada pukul 11.20 dan 11.14 malam (12 Januari) dan menggerakan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya dan Batu Lintang ke lokasi kejadian.

“Pasukan bomba telah melakukan operasi pemindahan mangsa yang terjejas akibat daripada banjir dari rumah mangsa ke tempat yang lebih selamat.

“Satakat pukul 4.00 petang semalam terdapat enam Pusat Pemindahan Sementera (PPS) telah dibuka untuk menempatkan mangsa bencana banjir di negeri ini.

“Di Zon Kuching empat PPS telah dibuka manakala di zon Samarahan (1), dan zon Miri (1) PPS.

Katanya, setakat semalam sebanyak 363 mangsa banjir daripada 140 keluarga ditempatkan di PPS. Sementara itu, di bahagian Serian dan Miri masing terdapat satu (1) Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka.

“Kini terdapat empat lokasi terjejas banjir yang telah dikenal pasti iaitu Kampung Sinar Budi, Kampung Dewa Wira, Kampung Bintawa dan Taman Malihah,” ujarnya.

kredit:utusansarawak 14Jan2021

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2021 04:11 PM | Show all posts
[SARAWAK]

Mangsa banjir meningkat 1,473

KUCHING: Mangsa banjir di Sarawak terus meningkat dengan melibatkan 1,473 mangsa dan 408 keluarga setakat pagi ini.

Jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, terdapat 21 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka untuk menempatkan mangsa-mangsa banjir dari Kuching, Samarahan, Serian dan Miri.


Menurutnya, bahagian Kuching terdapat 12 PPS dibuka bagi menempatkan 1,179 mangsa dan  318 keluarga.

Katanya, dua PPS dibuka di Samarahan menempatkan 28 keluarga dan 74 mangsa.

"Lima PPS di Serian menempatkan 60 keluarga dan 200 mangsa serta dua PPS di Miri menempatkan dua keluarga dan 20 mangsa," katanya.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam notis amaran ribut petir berkata, amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di beberapa kawasan di zon utara Sarawak meliputi kawasan di bahagian Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang.

Menurut notis amaran yang dikeluarkan pada jam 8.50 pagi itu, ribut petir itu dijangka akan berlaku sehingga jam 1 tengah hari ini.


Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-1-2021 04:15 PM | Show all posts





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2021 04:18 PM | Show all posts
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pagi ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa daerah di Selangor melibatkan Kuala Selangor, Klang dan Kuala Langat.

Dalam kenyataan pada Khamis, MetMalaysia memaklumkan keadaan sama juga berlaku di Miri (Marudi) dan Limbang di Sarawak.

Bahagian pedalaman di Sabah melibatkan Sipitang, Tenom, Kuala Penyu dan Beaufort turut mengalami keadaan cuaca yang sama manakala amaran ribut petir di Labuan pula adalah sehingga jam 9 pagi ini. – Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-1-2021 04:22 PM | Show all posts
BANJIR SARAWAK: 10 PPS DIBUKA, 646 PENDUDUK TERJEJAS

Setakat pukul 8 malam tadi, seramai 646 penduduk terjejas banjir membabitkan 170 keluarga telah ditempatkan di 10 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka di tiga daerah iaitu di Kuching, Miri dan Serian.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataan medianya memberitahu, enam PPS dibuka di Kuching dan dua masing-masing di Miri dan Serian.

Di Kuching, enam PPS dibuka iaitu PPS Balai Raya Taman Desa Wira Lorong 10A, PPS Dewan SK Matu Baru, PPS Dewan Serbaguna Masyarakat Malihah, PPS Shophouse Lot Batu Kawa, PPS SJK Chung Hua dan PPS Dewan Masyarakat Stapok.

Manakala dua PPS dibuka di Miri iaitu PPS Balai Raya Kampung Batu Satu dan PPS Surau Darul Iman Tudan Fasa Dua.

Di Serian, penduduk terjejas banjir ditempatkan di PPS Dewan Kampung Betong Kanowit dan PPS Dewan Kampung Lintang Baru.

PPS Dewan Kampung Lintang Baru yang dibuka pukul 7 malam tadi menempatkan 88 orang daripada 22 keluarga.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2021 04:25 PM | Show all posts
[SABAH]
Orang ramai diminta untuk berhati-hati berikutan fenomena air laut pasang di Tanjung Lipat, Likas, Kota Kinabalu, sebentar tadi.


Fenomena tersebut disahkan Jabatan Meteorologi Malaysia Cawangan Sabah.

Keadaan tersebut menyebabkan berlaku limpahan air laut sehingga ke persisir pantai.

Wartawan : Sarifa Monadzra Sarip/Olivia Chong
Video : pasukan PDRM/Anggota Peronda MPV/Bilik Gerakan, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu.






Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2021 04:27 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2021 04:28 PM | Show all posts
Tiga buah kampung di Sandakan dilanda banjir kilat semalam, melibatkan kampung Sungai Buaya Batu 10, Kampung Gum-Gum Batu 16 dan Rancangan Sungai Manila Batu 12, Sandakan.

Turut dilanda banjir kilat, Jalan Labuk yang menempatkan Sekatan Jalan Raya (SJR) di Batu 16 Sandakan akibat hujan berterusan sejak awal pagi, pada Rabu.

Sementara itu,  sebatang jambatan di Kampung Tinusa 2, roboh selepas dipukul ombak ketika fenomena air pasang besar, sejak Selasa lalu. Kejadian mengakibatkan 12 buah rumah  terputus hubungan, bagaimanapun penduduk hanya berpindah ke rumah keluarga masing-masing di kawasan perumahan yang selamat.
Sumber : wartawan Sandakafm/ APM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2021 04:46 AM | Show all posts
Bilangan mangsa banjir meningkat kepada 3,387 orang setakat pukul 4:00 petang, berbanding 1,826 orang pada 12:00 tengah hari, Khamis.
Kawasan terjejas, Bahagian Kuching, Samarahan, Serian dan Miri.







Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2021 04:47 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2021 04:48 AM | Show all posts





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2021 04:56 AM | Show all posts
Tempat yang sama.
Cuma yang membezakan adalah tahundan pembangunan sekeliling. Banjir tahun 1963 dikatakan antara banjir terbesar pernah berlaku di Kuching.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-1-2021 05:34 AM | Show all posts
kampung Satok





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2021 05:40 AM | Show all posts
ades ...
hati2 la korang yang berada d kawasan banjir...

semoga kita d lindungi NYA ... aamiin



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2021 04:03 PM | Show all posts
Mangsa banjir di Sarawak meningkat tiga kali ganda, 4,222 orang dipindahkan di 49 PPS pagi ini- JPBN Sarawak





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2021 04:04 PM | Show all posts





Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 03:50 PM GMT+8 , Processed in 0.272725 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list