|
View: 2116|Reply: 9
|
Netizen Puji, Berterima Kasih Kepada Pak Nil Temu Bual Dr Amalina Isu Vaksin Cov
[Copy link]
|
|
|
Menjadi antara mereka yang pertama mendapat vaksin untuk Covid-19, pengacara terkemuka Datuk Aznil Haji Nawawi mengambil kesempatan untuk menemu bual Dr Amalina Bakri yang berada di London, United Kingdom (UK).
 Kredit foto: IG Pak Nil
Temu bual itu dilakukan secara live di Instagram milik Aznil yang mesra disapa Pak Nil.
"Di UK sekarang ni dah ada beberapa suntikan yang telah mendapat kelulusan dan saya mendapat suntikan vaksin daripada Pfizer, vaksin pertama diluluskan kerajaan UK.
"Kita ada sistem, pertama sekali diberikan kepada orang-orang tua yang lebih 80 tahun ke atas terutamanya mereka yang berada di rumah jagaan. Lepas tu mereka yang menjadi penjaga kepada orang-orang tua ini (caretakers), kemudian petugas kesihatan seperti doktor, jururawat, mereka yang berada di barisan hadapan (frontliners) yang menjaga pesakit di hospital dan kemudian mengikuti peringkat umur," jawab Amalina ketika ditanya Pak Nil tentang sistem pemberian vaksin di UK.
Tambah Amalina, pemberian vaksin adalah percuma kepada semua orang yang tinggal di UK. Apabila ditanya Pak Nil sama ada terdapat paksaan untuk mereka mengambil vaksin tersebut, Amalina memberitahu tiada paksaan.
"Kita tak memaksa. Orang ramai yang datang diberi pilihan selepas diberi kaunseling. Apabila kita menawarkan vaksin atau perubatan kepada orang ramai, kita beri maklumat yang teliti dan menyeluruh tentang vaksin tersebut. Jadi, menjadi pilihan mereka untuk mendapatkan vaksin atau tidak," katanya.
Amalina juga mendakwa dia menjadi antara doktor yang mencari sukarelawan dan menerangkan risiko kepada mereka serta mengawasi sebelum dan selepas pemberian vaksin bagi memastikan tiada reaksi alahan berbahaya kepada mereka.
 Kredit foto: IG Dr Amalina
Amalina juga berkongsi tentang perkawinannya yang terpaksa ditangguh ekoran pandemik itu dan akan berkongsi kepada semua apabila sudah mendapat tarikh sesuai.
Sumber: Gempak
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Bagus dia..
Still masih bole bertutur dalam Bahasa w.pun main language dia is english..
Terliat sikit je compare malaysian yg berbudu,berpetai tapi...haukkkkkkkkkkkkk |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
akhirnya, ada jugak content ig semenggah
eloklah paknil interview dr amalina |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Acik2nya Amalina jika bukan di IG. Baru tau. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
ya setuju dia ni bagus wpun ramai bangsa sendiri yg kutuk dia.dia telah menaikan MSia dan bangsa serta agama kita.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
pak nil sepatunya lighting kan belakang tu takde-
ia amat menggangu penonoton.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Bagus Dr A ni...panjang dan jelas penerangan tentang vaksin utk penduduk disana...kenapa xde dr di Malaysia yg boleh bagi penerangan sebegini utk kita2 disini? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
upkan..... |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|