CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1776|Reply: 7

[Dunia] Racun sehingga maut rakan kelas peroleh markah tertinggi

[Copy link]
Post time 2-2-2021 09:07 AM | Show all posts |Read mode
Racun rakan kelas peroleh markah tertinggi

https://www.hmetro.com.my/global ... eh-markah-tertinggi

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Februari 2021 @ 6:45 AM

Agensi


GAMBAR hiasan

Kaherah: Cemburu dengan rakan sekelas memperoleh markah tertinggi dalam kelas, tiga remaja perempuan di Alexandria, Mesir sanggup meletak racun dalam makanan pelajar terbaik itu hingga maut.

Tindakan kejam itu menyebabkan tiga pelajar perempuan itu ditahan polis.

Media tempatan melaporkan pendakwa raya Alexandria memutuskan untuk menahan tiga pelajar itu selama empat hari bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan.

Tiga suspek itu didakwa meletakkan racun dalam sepotong kek mangsa berikutan cemburu dengan markah tertinggi diperoleh mangsa dalam peperiksaan.

Mangsa yang maut, Israa Kamal Awadh sememangnya cukup dikenali dengan pencapaian akademik cemerlang di sekolah itu.

Dilaporkan, mangsa memperoleh gred cemerlang berbanding tiga suspek hingga mereka merancang plot untuk meracun mangsa.

Pendakwaan pada awalnya mengarahkan bedah siasat dilakukan ke atas mangsa kerana kes itu dilihat mencurigakan selain mangsa juga dilaporkan tidak mempunyai sebarang penyakit lain.

Hasil bedah siasat membawa penemuan mengejutkan apabila mangsa disahkan meninggal dunia akibat diracun.

Berdasarkan laporan media tempatan, enam pelajar sekolah dilaporkan makan kek itu ketika dalam perjalanan pulang ke rumah.

Tiga daripada mereka bagaimanapun dilaporkan mengalami muntah-muntah dan keletihan sebelum dikejarkan ke Hospital Universiti Amiri untuk rawatan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2021 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Biasa sbb bf.. takat markah tinggi mcm xlogik.. markah still berubah kalau bunuh pun..
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2021 12:54 PM | Show all posts
Macam dalam pilem Hollywood mesti rajin layan movie ni
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2021 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Jealous lettew
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2021 02:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2021 02:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingatkan kat korea
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-2-2021 01:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Aneh aneh.. Btw mana dpt racun
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2021 06:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalaupun budak pandai tu mati, tak akan kebijakan dia berpindah pada yg masih hidup
Mmg betul bodoh la yg membunuh ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2026 09:05 PM GMT+8 , Processed in 0.183454 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list