View: 10900|Reply: 61
|
Datin Elvina Mohamad Disumpah Seranah!
[Copy link]
|
|
Pelakon, Datin Elvina Mohamad tidak mampu menidakkan watak antagonis, Ruhila dalam drama Takdir Yang Tertulis memberi impak cukup besar dalam kerjaya selepas lebih tujuh tahun bergelar pelakon.
Sejak disiarkan menerusi menghiasi slot Samarinda, TV3 drama arahan Shahrulezad Mohameddin itu terus menyentak emosi penonton dan sohor setiap kali bersiaran.
Selain Elvina, drama 15 episod itu dibintangi Nad Zainal, Nazim Othman, Didie Alias, Alvin Chong dan Uchee Fukada. Lakonan Elvina dikatakan membangkitkan amarah penonton.
Elvina berkata, watak teman baik Juweta lakonan Nad berjaya dilakonkan dengan baik hingga mengundang sumpah seranah, nista dan cacian netizen dalam media sosial.
Foto: IG
"Watak Ruhila sangat memberi impak dalam kerjaya lakonan saya. Pada satu tahap, saya sendiri tak sanggup nak membaca komen negatif dalam media sosial.
"Saya dikecam, malah ada yang betul-betul terbuai emosi dengan karakter jahat Ruhila sampai menyumpah dan mengharapkan mendapat balasan setimpal.
"Saya jadi takut, tetapi dalam erti kata lain, saya puas hati, lakonan saya menjadi. Saya harus berterima kasih kepada pengarah kerana berjaya mengeluarkan sisi berbeza dalam lakonan," katanya kepada BH Online.
Elvina yang sebelum ini pernah menjadi kebencian menerusi drama Isteri Untuk Diiktiraf berkata, sudah tiga kali menjayakan watak antagonis.
"Kebanyakan watak diterima lebih kepada watak baik dan teraniaya. Sebelum ini, sukar mahu memperoleh watak jahat kerana saya berwajah lembut. Namun, watak antagonis kali ini menguji saya.
"Ruhila membawa sisi wanita yang nampak sopan, lembut dan ibarat pijak semut pun tak mati. Watak ini berselindung di sebalik wajah lembut dan muka suci. Watak ini tak perlu jadi jahat secara terang-terangan. Ada sebab Ruhila jadi begitu," kongsinya.
Elvina atau nama sebenarnya, Norazlina Mohamad berkata, ini kali kedua berlakon di bawah arahan Shahrulezad dan produksi, Radius One.
"Saya pernah berlakon menerusi drama Mariam Alisa di bawah arahan Shahrulezad, lima tahun lalu. Saya tak fikir dua kali untuk bersetuju menerima tawaran pengarah terkenal ini. Saya terima walaupun skrip belum siap sepenuhnya.
"Siapa yang tak mahu bekerja di bawah arahan Shahrulezad. Idea dan karyanya hebat, selain mendapat sambutan hebat penonton.
"Barisan pelakon pun 'best'. Kami tak tertekan di lokasi penggambaran, malah jadi lebih akrab. Kami banyak bincang supaya tiada yang tenggelam. Pengarah mahu semua watak seimbang dan tiada yang cuba 'bunuh' pelakon lain," katanya.
Katanya, dia lebih banyak meluangkan masa bersama suami dan anaknya yang kini berusia dua tahun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.
"Suami sibuk dengan perniagaan dan perlu keluar bekerja. Macam saya boleh fokus jaga anak dan perniagaan produk serum, L'Pure Beauty," katanya. -CARI
Sumber: Berita Harian
|
|
|
|
|
|
|
|
Alahhh menguaplah gossip2 mcm ni {:laugh
Balik2 kena maki lah, kena seranah lah, kena ludah, simbah air. Fefeling lakonan hebat nak mamps.
Bila tgk, lakonan beshe2 je. Hype je lebey. |
|
|
|
|
|
|
|
Baik datinnnn |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Masukkeluar at 1-2-2021 03:00 PM
kulit dia ni mmg lawa gila dlm tv..putih mulus flawless. aku tgk drama ni asik perhati kulit dia.lol! dia mmg lawa betul dlm drama ni dah mcm rupa heroin korea.
|
|
|
|
|
|
|
|
Baru tau dia ni datin. Tapi cantik betul elvina dalam cite ni |
|
|
|
|
|
|
|
cantik betul dia dlm cerita ni.. makeup nampak sesuai sgt..blusher ngan lipstick kena betul dgn muka dia.. |
|
|
|
|
|
|
|
ingatkan elvina tu nama betul |
|
|
|
|
|
|
|
Masukkeluar replied at 1-2-2021 02:55 PM
kulit dia ni mmg lawa gila dlm tv..putih mulus flawless. aku tgk drama ni asik perhati kulit dia.lol ...
kan lawa.. mmg padan bergandingan dgn alvin chong |
|
|
|
|
|
|
|
bkn ke dlm isteri x diiktiraf dia heroin dgn redza.. dlm demi rindumu dia jahat dgn normiang
muda lagi dia ni.. kawen awal |
|
|
|
|
|
|
|
mana datang nama elvina??? |
|
|
|
|
|
|
|
Cantik.. Dik migha sila masuk kedalam freezer ya.. Bagi laluan pada elvina n ezatty abdullah pulak |
|
|
|
|
|
|
|
cantik betul kulit dia dalam cite tu..jeles tengok.. dia ni ok la berlakon..watak acah2 sopan lembut tp jahat pun menjadi.."asalkan kita tak menzalimi juwita"..apooo, dah rampas laki juwita tak menzalimi amendanya |
|
|
|
|
|
|
|
pelakon utama dalam drama ni katanya semua last choice production..
janna nick, amyra rosli dgn diana danial yg 1st tv3 nak, tp semua tak available last last production
offer pd elvina dgn nad. alvin chong dgn dak nazim tu pun bkn pilihan utama jgk tp ok la bila jd drama menjadi jgk watak diorg |
|
|
|
|
|
|
|
Nasib baik bukan janna pelakon nye |
|
|
|
|
|
|
|
Iols suka dia ni..sejak drama cyst Isteri utk Diiktiraf tu lagi.. Repeat tengok 2 3 kali.
Natural dia berlakon dgn Redza tu. Lawa & takda gosip |
|
|
|
|
|
|
|
bagus dia ni pertahankan rumah tangga dia...straight forward cakap kat perempuan tu
nak jual insurance ke public mutual ke buat cara nak jual...jgn nak lelebih kat laki dia..... |
|
|
|
|
|
|
|
Syok tgk retis Malaysia ramai Dato dan Datin.
Bangga sgt rase jd rakyat Malaysia yang retisnye ramai ade pangkat.
Tahniah rakyat Malaysia. Negara lain xde macam ni
/s |
|
|
|
|
|
|
| |
|