CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1990|Reply: 6

Roslan Salleh Tinggalkan Dunia Lakonan, Gigih Berniaga Sambal Dan Kerepek

[Copy link]
Post time 1-2-2021 11:09 AM | Show all posts |Read mode
Meskipun sudah meninggalkan kerjaya lakonan kerana faktor usia dan masalah kesihatannya, pelakon veteran, Roslan Salleh, 64, tetap gigih berusaha mencari rezeki buat keluarga.


Tidak selesa hanya duduk diam berehat di rumah sahaja, Roslan masih terus menjalankan perniagaan kecil-kecilan yang aktif diusahakannya sejak beberapa tahun lalu.


Sekalipun kini negara berhadapan penularan Covid-19 yang belum menunjukkan tanda kes menurun, Roslan tetap berfikir rasional dan melihat positif.


Katanya selagi nyawa dikandung badan, hidup perlu diteruskan. Malah, dugaan yang diberikan Allah ini untuk melatih kita semua sabar, cekal dan tabah.




Kredit foto: Harian Metro




"erancangan Allah adalah terbaik. Cuma, sekarang keadaan Covid-19 ini belum reda dan kita kenalah berhati-hati untuk menjaga keselamatan diri serta keluarga.


"Keluar rumah bila perlu sahaja dan ada urusan kerja. Malah, terus ikut saranan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan ikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan," katanya.


Berbicara mengenai perniagaannya, Roslan berkata dia bersama isteri dan anak ada menjual produk makanan seperti sambal lado, daging dendeng dan sambal hitam yang dimasak sendiri. Selain itu, dia juga menjual kerepek ubi, kerepek bawang, kerepek nangka dan kerepek ubi pedas.


Katanya, bagi sesiapa yang berminat nak beli, boleh buat tempahan melalui mesej di media sosial seperti Instagram dan Facebook. Harga sangat berpatutan dan di luar Melaka, caj pos dikenakan.


"Berniaga ini, saya dah terbiasa dan bolehlah membantu menampung pendapatan keluarga. Setakat ini, alhamdulillah sambutan diterima pun baik.


"Bagi saya, berniaga memang kena buat. Kalau tak berniaga macam mana pula? Tapi, sikit-sikit sahajalah dan syukur juga mampu membantu pendapatan keluarga," katanya yang menetap di Masjid Tanah, Melaka.


Ditanya juga mengenai kerinduan terhadap bidang lakonan, Roslan yang kali terakhir berlakon sekitar empat tahun lalu, tidak menafikannya. Namun, katanya cukuplah rasa rindu itu hanya disimpan di dalam hati sahaja. -CARI


Sumber

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2021 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Lapar nye... sedap tu mkn dendeng daging ngan nasi hangat2.
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2021 06:42 PM | Show all posts
semoga berjaya pacik
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2021 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Molek bagus meniaga
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2021 07:51 PM | Show all posts
Aku jenuh pikir Roslan Shah tu pelakon sgt ke.
Salah roslan rupenye.
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2021 11:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada LG yer daging dendeng dia.. Dulu p jejalan melaka, jumpa dia, Belas2 bekas aku beli daging dendeng dia.. Memang sedap
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-2-2021 03:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Pkp ni mmg kena pandai buat bisnes
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 11:23 PM GMT+8 , Processed in 0.225026 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list