View: 1343|Reply: 5
|
[SARAWAK] Warga emas cedera ditetak dengan parang
[Copy link]
|
|
Warga emas cedera ditetak dengan parang, remaja 15 tahun diberkas
SIBU: Seorang wanita warga emas berusia 74 tahun cedera selepas dipercayai diserang oleh seorang remaja lelaki di Sungai Naman dekat sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, kejadian berlaku pada jam 8.30 pagi ketika mangsa sedang mencabut rumput di kediamannya.
"Suami mangsa terdengar suara isterinya meraung kesakitan. Semasa kejadian, suaminya di bahagian atas rumah manakala mangsa di tepi rumah sedang mencabut rumput.
"Suami lihat isterinya telah berlumuran darah dan mengatakan telah ditikam oleh budak lelaki yang dikenali. Suspek tinggal tidak jauh dari rumah mangsa.
"Mangsa mengalami kecederaan di leher, bahagian lengan kanan, jari kanan, dada dan lutut akibat ditikam," katanya dalam satu kenyataannya.
Stanley berkata, berdasarkan temu bual awal anggota penyiasat mendapati semasa kejadian dia sedang mencabut rumput di tepi longkang rumah .
Suspek, jelasnya, datang dari arah kebun tepi rumah mangsa.
"Suspek menetak tangan mangsa dan menyucuk leher mangsa menggunakan senjata parang. Suspek tidak ada mengeluarkan apa-apa perkataan. Mangsa ketakutan, menjerit dan terus melarikan diri," ujarnya lagi sambil menambah mangsa mengenali suspek kerana tinggal tidak jauh dari rumah mereka dan mangsa jarang melihat atau bertegur sapa dengan suspek.
Balai Polis Lanang menerima panggilan kecemasan dari suami mangsa pada jam 9 pagi.
Ketika pasukan polis tiba, mangsa dalam keadaan stabil dan dihantar ke hospital Sibu untuk rawatan lanjut.
Sementaraitu, Stanley memberitahu suspek telah ditangkap tidak lama selepas itu dan merampas sebilah parang dipercayai digunakan oleh suspek semasa kejadian namun suspek menafikan penglibatannya.
"Siasatan awal, suspek masih bersekolah dan berusia 15 tahun. Ibu bapanya telah bercerai dan suspek tinggal bersama abangnya.
"Temu bual bersama abangnya, semasa kejadian dia masih tidur dirumah dan hanya mengetahui kejadian dari penduduk kampung. Suspek juga tiada masalah kesihatan dan mental," ujarnya lagi.
Beliau berkata suspek ditahan bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
Watt Zacchaeus
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Akibat Marah Ditanya, Remaja Berusia 15 Tahun Bertindak Menetak Warga Emas Di Sibu
Warga emas menjadi mangsa keganasan remaja berusia 15 tahun yang bertindak menetaknya menggunakan parang kerana ditanya “kamu anak siapa?”.
Akibat Marah Ditanya, Remaja Berusia 15 Tahun Bertindak Menetak Warga Emas Di Sibu. Kejadian yang amat mengejutkan itu berlaku di Sibu apabila seorang remaja berusia 15 tahun ditahan kerana disyaki menetak jirannya yang merupakan warga emas semalam.
Menurut Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit, suspek ditahan di rumahnya yang terletak kira-kira 500 meter daripada rumah mangsa di Sungai Naman, Durin, Sibu.
Kejadian berlaku sekitar jam jam 8.30 pagi, ketika mangsa yang berusia 74 tahun sedang mencabut rumput berhampiran longkang di rumahnya sebelum didatangi suspek lalu menetakny, menurut Stanley.
Suspek menetak tangan wanita itu dan mencucuk leher mangsa
“Suspek datang dari arah kebun di tepi rumah mangsa dan terus menetak tangan wanita itu dan mencucuk leher mangsa menggunakan parang.
“Suspek tidak bercakap apa-apa dan mangsa yang ketakutan menjerit sebelum melarikan diri,” katanya dalam kenyataan, semalam.
Menjelaskan lanjut, Stanley berkata, kejadian disedari suami mangsa dan terus bertindak menghubungi pihak polis.
Mangsa mengalami luka di leher lengan kanan, jari tangan, dada dan lutut
“Mangsa mengalami luka di leher, lengan kanan, jari tangan, dada dan lutut. Polis turut merampas parang digunakan suspek,” katanya.
Tambahnya lagi, remaja berusia 15 tahun itu masih bersekolah dan merupakan anak bongsu daripada lima beradik dan ibu bapanya sudah bercerai.
“Serangan suspek terhadap mangsa dipercayai disebabkan marah kepada wanita itu kerana bertanya “kamu anak siapa?” ketika suspek melalui belakang rumahnya pada 29 Januari lalu,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
Harian Metro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kerna d tanya "anak sapa?"
sensitip kot soalan tu pada dia sebab mak pak dah bercerai ...
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|