CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 753|Reply: 0

[SABAH] JANS Bukan Punca Gangguan Air - Bung Moktar

[Copy link]
Post time 30-1-2021 10:50 AM | Show all posts |Read mode


Berita Harian

Izwan Abdullah
[email protected]

KOTA KINABALU: Kementerian Kerja Raya Sabah menafikan dakwaan masalah bekalan air dihadapi penduduk Bandar Sierra, Telipok, dekat sini berpunca daripada kegagalan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) menyalurkan bekalan mencukupi ke kawasan itu.

Menterinya, Datuk Seri Bung Moktar Radin, sebaliknya berkata masalah gangguan bekalan air yang sering dialami penduduk kawasan perumahan itu disebabkan kegagalan pemaju membina tangki simpanan.

Katanya, masalah dihadapi sejak sekian lama itu tidak berlaku jika pemaju membina tangki untuk menyimpan bekalan air disalurkan JANS sebelum disalurkan ke kediaman penduduk.

"Bekalan air yang disalurkan JANS adalah mencukupi tetapi tiada tangki simpanan air. Kita tidak tahu apa masalah dihadapi pemaju menyebabkan ia gagal membina tempat simpanan air untuk bekalan penduduk di sini.

"Jadi, saya sudah minta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karambunai untuk membawa perkara ini ke Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) supaya DBKK boleh berbincang dengan pemaju bagi menyelesaikannya," katanya selepas meninjau masalah infrastruktur kawasan Sepanggar, di sini, semalam.

Bung Moktar yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah mengulas masalah air dihadapi penduduk Bandar Sierra yang banyak disebarkan dalam media sosial.

Yang turut hadir ialah Menteri Sains,Teknologi dan Inovasi yang juga ADUN Karambunai, Datuk Yakub Khan, Pembantu Menteri Kerja Raya negeri, Datuk Limus Jury; Pengarah JANS, Edward Lingkapo dan Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah, Ir Ali Ahmad Hamid.

Bung Moktar berkata,masalah air di Bandar Sierra perlu diselesaikan bersama DBKK dan pemaju kawasan berkenaan.

Pada masa sama, beliau berkata DBKK juga perlu menangani masalah banjir kilat yang sering berlaku di kawasan Sepanggar dengan kerjasama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri.

"Perkara itu perlu diambil perhatian kerana banyak rungutan penduduk di kawasan ini mengenai masalah banjir kilat yang berlaku setiap kali hujan berlarutan lebih dua jam," katanya.

Dalam hal lain, Bung Moktar berkata pihaknya akan meneliti aduan dan cadangan dikemukakan penduduk di sekitar Sepanggar mengenai masalah jalan raya di kawasan berkenaan.

Katanya, banyak aduan mengenai masalah jalan kampung yang tidak diselenggara menyebabkan rakyat berdepan kesukaran menggunakan kemudahan itu.

Beliau berkata, isu berkaitan setinggan, kecurian air dan elektrik juga antara masalah yang banyak dibangkitkan di kawasan Sepanggar yang memerlukan perhatian pihak berkuasa tempatan (PBT) dan agensi berkaitan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 10:55 PM GMT+8 , Processed in 0.546575 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list