CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5645|Reply: 46

Diejek Mata Sepet, Hidung Besar: Gadis 16 Tahun Ketagih Buat Pembedahan Plastik

[Copy link]
Post time 29-1-2021 01:55 PM | Show all posts |Read mode
Beijing: Dia baru berusia 16 tahun namun boleh dianggap antara individu paling muda yang 'ketagihan' pembedahan plastik di China.


Odditty Central melaporkan pada usia itu, Zhou Chuna mendakwa sudah melakukan lebih 100 prosedur invasif kosmetik sejak tiga tahun lalu untuk mencantikkan wajahnya.


Mempunyai 300,000 pengikut di platform Sina Weibo, dia membina kerjaya sebagai influencer (pempengaruh) menerusi pembedahan plastik dengan melakukan transformasi ekstrem daripada seorang gadis normal kepada individu berwajah seperti anak patung.


Kredit foto: Oddity Central





Dia bukanlah satu-satunya gadis yang beralih kepada perubahan kosmetik pada usia muda, tapi Zhou dianggap unik kerana jumlah prosedur dijalaninya adalah amat tinggi, tetapi dalam waktu singkat.


Walaupun mengakui mengalami kesan sampingan yang teruk kerana ketagihannya dalam pembedahan plastik seperti hilang ingatan dan parut kekal, dia tetap menganggapnya sebagai berbaloi.


Zhou sering berkongsi dengan pengikutnya bahawa di seorang yang hodoh sebelum ini sebelum dia melakukan pembedahan plastik.


Selain itu, dia menggambarkan matanya terlalu kecil, hidungnya terlalu besar dan selalu mengenangkan bagaimana rakan-rakan mengejeknya kerana penampilannya.


Mereka memberi gelaran memalukan, berlawak kasar dan memberikannya tugas berat ketika membersihkan kelas, sementara gadis cantik melakukan kerja mudah.


Disebabkan itu, dia sedar bahawa hidupnya tidak akan menjadi lebih baik kecuali dengan mengubah penampilannya.


Zhou turut mengakui sudah membelanjakan 4 juta yuan (kira-kira RM2.4 juta), kebanyakan daripadanya adalah sumbangan ibu bapanya yang mempunyai perniagaan. -CARI


Sumber: Harian Metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2021 02:07 PM | Show all posts
tiada beza

sama sahaja gred C

prffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffght

Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2021 02:44 PM | Show all posts
dh macam jurassic park muka dia
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2021 03:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Kawan2 yang lain pun muka lebih kurang ja dekkk, tak cermin dirikah yang mengejek tu
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2021 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Gila penyudahnya budak ni...
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2021 03:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Mengerikan sungguh muka baru kau dek!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-1-2021 03:21 PM | Show all posts
masa remaja mmg lah tunggu dewasa sikit sbb ada orang masa remaja xlawa tp jumpa semula selepas 10 tahun nampak lawa pulak
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2021 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Repair apa camni, buruk + pelik je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2021 03:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku ingatkan parents chinese ni garang2 tapi ada juga ye yg jenis spoiltkan anak sampai sanggup finance buat surgery camni...
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2021 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Itulah dunia. Yg cantik dipuji yg hodoh dikeji.

Walaupun yg mengeji tu xdek rupa sgt pon {:laugh
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2021 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok jek before repair. Dah repair lagi lah nampak scary
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2021 03:40 PM | Show all posts
Jitu replied at 29-1-2021 03:21 PM
masa remaja mmg lah tunggu dewasa sikit sbb ada orang masa remaja xlawa tp jumpa semula selepas 10 t ...

betul. kawan-kawan sekolah, lepas 10 tahun, tengok masing-masing dah hensem/cantik
perangai dah matang, tak cakap jerit-jerit. educated. experienced.

waktu remaja hormon tak stabil, normal la tu. perangai pun budak-budak lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2021 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Oh my. Kot ye pun nak repair buat la versi normal. Ni dah mcm alien. Sebelum & selepas bedah plastic, dua2 kena ejek. Apooooo
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2021 03:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Lawo berbakol2 lagi sebelum operate.
Pondan2 kat twitter tu pun suka betul mengeji sesama pondan. Tp yg mengejinya takde pulak pic sendiri, post lama2 very islamic gitu tup2 jdah masuk 50an adi azwan ali
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2021 03:46 PM | Show all posts
Adrif replied at 29-1-2021 03:40 PM
betul. kawan-kawan sekolah, lepas 10 tahun, tengok masing-masing dah hensem/cantik
perangai da ...

janji tak kepam, gemuk, boroi dan pandai jaga penampilan
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2021 03:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Xian kat budak tu..setakat muka anime tu,boleh gunakan teknik solekan ..tak tahu membazir menanggung azam..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2021 04:00 PM | Show all posts
muahhahahahhahahhahahah


yg mengata ko tu punnn sepet juga
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2021 04:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Lawo ape mata terbeliak doplohpat jam lagu tu
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2021 04:21 PM | Show all posts
dah terlebih overhaul ...
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2021 04:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Susah hidup kalau berpaksi pada pendapat orang dek {:hero
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 07:10 PM GMT+8 , Processed in 0.265069 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list