View: 11970|Reply: 87
|
[Tempatan]
Pasal parkir helikopter depan rumah di Puchong. Datuk, Datuk Seri bergaduh
[Copy link]
|
|
Edited by R2D2 at 28-1-2021 10:20 PM
Bertengkar kerana helikopter
myMetro>mutakhir
Raja Noraina Raja Rahim
Serdang: Dua lelaki bertengkar di hadapan sebuah rumah di Puchong, di sini, dipercayai berkait langsung dengan helikopter yang diparkir di rumah berkenaan.
Rakaman video berdurasi 38 saat itu tular di media sosial hari ini.
Dalam rakaman itu turut memaparkan sebuah helikopter diparkir di perkarangan rumah berkenaan.
Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Razali Abu Samah ketika dihubungi, mengesahkan berlakunya pertengkaran itu.
Bagaimanapun, beliau berkata, tiada laporan polis diterima pihaknya setakat ini.
"Mereka berdua adalah kawan dan apa yang berlaku hanya perselisihan pendapat.
"Mereka juga sudah berdamai dan kita tidak terima apa-apa laporan," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 January 2021 @ 8:22 PM
**************
'Datuk, Datuk Seri bergaduh kerana salah faham'
MUHAMMAD AFHAM RAMLI | | 28 Januari 2021
SERDANG - Pertelingkahan dua lelaki bergelar Datuk dan Datuk Seri di pekarangan sebuah rumah, di Puchong, baru-baru ini dipercayai akibat salah faham.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Razali Abu Samah berkata, bagaimanapun kedua-dua lelaki terbabit telah berdamai.
"Kedua-dua mereka adalah sahabat dan pertelingkahan itu disebabkan salah faham antara mereka. Tiada perkara serius yang berlaku.
"Setakat ini tiada apa-apa laporan diterima berkaitan insiden itu dan kedua-dua lelaki itu sudah pun bersalaman..berbaik," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.
Terdahulu, tular satu rakaman video menunjukkan seorang lelaki bergelar Datuk yang tiba-tiba meluru masuk ke pekarangan sebuah rumah sebelum berlaku pertengkaran.
Difahamkan, kejadian yang berlaku pada Rabu itu menyebabkan pergaduhan mulut sebelum cuba dileraikan individu lain di rumah berkenaan.
Menariknya, terdapat sebuah helikopter diparkir di rumah milik lelaki bergelar Datuk Seri itu.
Berdasarkan rakaman itu, turut kelihatan beberapa buah motosikal berkuasa tinggi diparkir berhampiran helikopter berkenaan.
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Puchong neighbours quarrel over parked helicopter
By New Straits Times - January 28, 2021 @ 8:55pm
KUALA LUMPUR: A video showing two men quarrelling over a parked helicopter at a Puchong home has gone viral on the social media.
The 38-second video started with a man, wearing light-coloured t-shirt, walking into the porch of a house asking another man, believed the owner of the house, of why he had parked the helicopter at the porch.
The conversation goes: "Hello 'Datuk Seri', you park car, motorcycle at home now a helicopter."
Before shouting profanities, the owner replied:
"Why? Am I not allowed to park a helicopter at home?".
The quarrel continued before a younger man in black t-shirt came out of the house and separated the two men.
Meanwhile, Serdang police chief Assistant Commissioner Razali Abu Samah when contacted confirmed the incident.
He, however, said no report had been lodged over the incident and both men had reconciled.
|
|
|
|
|
|
|
|
pasti ini kerana perasaan hasad dengki
jadi churchill menyeru semua ummah forum untuk menjauhi sifat hasad dengki dan mula menerima nikmat yang ada
|
|
|
|
|
|
|
|
hebatnya parking heli di rumah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Mereka telah menaikkan permainan org kaya setingkat lebih tinggi... |
|
|
|
|
|
|
|
Tediaaa kayangan gaduh pasal parking heli terus ko.
Sejak bila lak heli org parking depan umah ya? Ke iols ke yg tak perasan maklumla takde heli.
Musim pkp ni sedap la yg ada heli leh rentas negeri situ sana sini. |
|
|
|
|
|
|
|
Jiran tu xkesah sebenarnya nak parking apa pun dah lawn dia sdr tp bunyi bising tu la yg jiran xtahan |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh ke parking heli dalam kawasan umah,,, tak sangkut ke chopper dia masa nak landing, aku terpikir ja maklum la aku ni gi keja naik beskal ja,, |
|
|
|
|
|
|
|
Orang kaya....siap parking heli tepi sliding door atau tingkap tu...rezeki masing2
|
|
|
|
|
|
|
|
fahdramli replied at 28-1-2021 11:41 PM
Boleh ke parking heli dalam kawasan umah,,, tak sangkut ke chopper dia masa nak landing, aku terpiki ...
Hehehe...pokok pon terpk bnda yg sm...
Kipas x sgkot ker...
|
|
|
|
|
|
|
|
Akan dtg x mustahil akan ada jualan rumah sekali dgn heli pad.. Maka berduyun2 la org kaya baru nk up gigih post kat insta.. semehhh |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_premierleag replied at 28-1-2021 10:37 PM
kalah geng2 MLM dan tokey kosmetik timbang kilo merkuri..sket2 tayang merc bmw mustang bagai
yang n ...
Hat ni diam2 je xkenal tokey apa terus heli |
|
|
|
|
|
|
|
cik_chili replied at 28-1-2021 10:41 PM
Mereka telah menaikkan permainan org kaya setingkat lebih tinggi...
Jap lg jijan semang akan suruh ank didik dia beli heli pulak. No heli, xboleh join kelas uranium |
|
|
|
|
|
|
|
Orang kaya ni secara sedar atau tak mendapat kekayaan dengan menekan orang miskin atau bawahan juga. Cannot brain fengan kemewahan yg mereka dapat, tak main ribuan tapi rata2 juta2..rumah, kenderaan... |
|
|
|
|
|
|
|
Aku plan aritu duit iSinar nak buat beli heli tapi tak jadi sebab takut jadi macam ni lah, gaduh dengan jiran masalah bunyi & parking. Lagi satu takut ada jiran yg hasad tengok kita beli heli
#beranganitupercuma |
|
|
|
|
|
|
|
Dua2 datuk seri tapi awat rumah tu tak bagi jadi seri dulu sebelum beli heli semua tu. |
|
|
|
|
|
|
| |
|