CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1171|Reply: 5

Vaksin Covid-19: Ibu Hamil, Menyusu Anak Perlu Diberi Keutamaan

[Copy link]
Post time 27-1-2021 05:28 PM | Show all posts |Read mode
Ibu mengandung dan menyusukan anak juga perlu diberi keutamaan pengambilan vaksin Covid-19 apabila vaksin itu mula diagihkan kepada rakyat negara ini.


Pakar Perunding Perubatan Keluarga, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), Universiti Malaysia Sabah (UMS) Prof Madya Dr Mohd Nazri Mohd Daud berkata, golongan itu antara empat kategori individu perlu diberi keutamaan mendapatkan vaksin berkenaan.


Katanya, tiga golongan lagi yang perlu diberi keutamaan seperti dijelaskan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ialah petugas barisan hadapan, warga tua dan individu mempunyai sejarah penyakit kronik seperti kencing manis.




Gambar hiasan/BBC



"Satu golongan lagi ialah mereka yang memerlukan lebih perlindungan seperti ibu mengandung atau ibu yang menyusukan anak," katanya.


Beliau berkata demikian ketika membincangkan topik Vaksin Covid-19 dalam Siri Pendidikan dan Kesihatan Covid-19 yang disiarkan secara dalam talian melalui laman Facebook UMS.Official dan saluran YouTube UMS.Net, di sini.


KKM sebelum ini menjelaskan peringkat awal pemberian vaksin akan ditumpukan kepada golongan barisan hadapan yang terbabit dalam tugas mengendalikan pesakit Covid-19, disusuli warga tua dan mereka yang mengidap penyakit kronik.


Sementara itu, Dr Mohd Nazri, berkata individu sudah menerima dua dos vaksin Covid-19 apabila vaksin itu mula disuntik kepada rakyat negara ini nanti masih perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan KKM.

"Vaksin disuntik adalah bagi mengaktifkan sistem imuniti dalam badan untuk melawan atau mencegah penyakit, sekali gus mampu membendung penularan penyakit.

"Walaupun data ujian klinikal menyatakan hampir 95 peratus keberkesanan vaksin terhadap virus Covid-19, namun adalah lebih baik SOP terus dipatuhi.

"Ini kerana virus Covid-19 adalah sesuatu yang baharu dan kompleks, selain masih memerlukan kajian serta pengumpulan data jangka panjang untuk dibendung secara berkesan," katanya.


Menurutnya, masyarakat terutama golongan yang terdedah kepada risiko jangkitan Covid-19 amat digalakkan untuk mengambil vaksin apabila vaksin itu boleh didapati di negara ini.


Sebelum ini, KKM menerusi kenyataannya berkaitan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, menyatakan pemberian vaksin COVID-19 di negara ini dijadual bermula Mac depan dalam tiga fasa iaitu barisan hadapan, kumpulan rentan dan orang awam berumur 18 tahun ke atas.


KKM turut menjelaskan pemberian vaksin COVID-29 akan berjalan sepanjang tahun ini untuk memenuhi sasaran 70 peratus populasi Malaysia menerima vaksin berkenaan.




Sumber: Harian Metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2021 05:35 PM | Show all posts
dia habaq satu ayat tu, teruih jadi tajuk berita...

"Satu golongan lagi ialah mereka yang memerlukan lebih perlindungan seperti ibu mengandung atau ibu yang menyusukan anak," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2021 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti mamat ni xbaca factsheets pfizer Haha
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2021 11:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Sila beri vaksin pada semua ahli2 politik dahulu...
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2021 11:49 PM | Show all posts
Percaya sangat ke dengan vaksin mee segera ni ???

Fikir byk kali lah

jangan bunuh diri .

Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2021 12:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Pengeluar vaksin sendiri kata ibu mengandung X boleh di vaksin. Lawan tokey betul doktor ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-6-2024 06:09 AM GMT+8 , Processed in 0.053027 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list