CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1156|Reply: 2

Bantuan Pelan Data, Peranti Kepada Penuntut Untuk Kelas Online

[Copy link]
Post time 27-1-2021 02:29 PM | Show all posts |Read mode
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) kini dalam proses mendapatkan tawaran terbaik daripada syarikat pembekal pelan dan peranti, bagi memudahkan pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) mengikuti kelas secara atas talian (PdP), walau dimana sahaja mereka berada.




Kredit foto: NST




Menurut Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Noraini Ahmad berkata, inisiatif itu penting dalam usaha KPT mendapatkan hak pendidikan setara tanpa jurang antara bandar mahupun luar bandar.

"Sesungguhnya, akses kepada capaian internet sangat kritikal bagi membolehkan pelajar menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara dalam talian dengan kondusif.

"Tidak dinafikan, pelajar perlu menanggung kos yang tinggi bagi melanggani pakej pelan data untuk capaian internet tersebut," katanya dalam satu kenyataan.


Tambahnya lagi, sejak pelancaran Pakej Pelan Data dan Peranti kepada pelajar (IPT) daripada kategori B40 bersasar pada 30 Oktober 2020, sebanyak 195,028 pelan data dan 3,773 peranti telah diedarkan kepada pelajar berkenaan sehingga 31 Disember 2020.


Inisiatif KPT juga termasuk mendapatkan tawaran terbaik daripada syarikat pembekal pelan data dan peranti seperti berikut:









Sementara itu, sebanyak 3,997 buah komputer riba dan desktop sedang dalam proses perolehan oleh KPT untuk diedarkan kepada para pelajar.


Selain itu, pihaknya juga dalam perbincangan bersama Bank Simpanan Nasional bagi inisiatif pinjaman kewangan untuk pembelian komputer riba oleh pelajar IPT.




Sumber: Era.je

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2021 02:33 PM | Show all posts
buang duit kerajaan sahaja

lebih baik mahasiswa-mahasiswa ini bekerja di kilang-kilang atau menjadi buruh kasar kontrak mencuci longkang dan buruh binaan.

dapat segulung ijazah pun tetapi nanti tidak ada peluang pekerjaan tidak guna juga

Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2021 08:35 AM From the mobile phone | Show all posts
xphm kenapa yang kt IPT tu kena bagi. Depa mostly 99% mmg dh ada hp.. Laptop plak klu xde pon IPT ada computer kan.. Bg as loan dah la.. Nk bg free dh kenapa? Next year nk kena bagi lagi berapa Ratus Ribu woiiii


Lemak la budak ipt. G dating ada duit..beli mekap ada duit.. Part blaja semua terus pokai macam masa masuk blajar hr tu.. Drama terus kering duit. Pffft
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-6-2024 10:50 PM GMT+8 , Processed in 0.071452 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list