View: 9248|Reply: 48
|
Untungnya Husna Mustaffa, Tak Payah Uji Bakat Terus Dapat Skrip
[Copy link]
|
|
Penampilan memukau ketika tampil memperaga pakaian dalam satu persembahan fesyen membuka rezeki Husna Mustaffa untuk terbabit dalam lakonan.
Husna, 34, atau nama sebenarnya Sharifah Husna Syed Mustaffa berkata, sudah rezekinya apabila seorang wanita menemuinya bagi menawarkan peluang berlakon.
"Dua hari selepas itu, saya dihubungi kakitangan syarikat produksi yang meminta saya datang menjalani uji bakat. Saya datang tapi dia tak suruh menjalani uji bakat, sebaliknya terus diberi skrip.
"Saya terkejut dan dari situ baharu saya tahu wanita yang saya jumpa itu ialah Datin Zaiton Mohd Jiwa, pengasas dan penerbit syarikat produksi Global Station Sdn Bhd.
"Drama pertama saya bersama Global Station adalah Isteri Tuan Ihsan yang diterbitkan pada 2016. Dari situlah saya mula berjinak-jinak dalam bidang lakonan," katanya membuka bicara.
Foto: IG
Husna secara jujur mengakui sebenarnya dia tak terfikir untuk menjadi pelakon. Walaupun mempunyai minat, dia tidak pernah terpanggil untuk mencuba nasib.
"Sudah lebih empat tahun saya dalam bidang lakonan. Cuma dalam tempoh dua tahun ini barulah saya berlakon secara serius.
"Saya masih lagi aktif dalam bidang peragaan dan iklan komersial televisyen. Cuma sekarang saya lebih fokus pada bidang lakonan.
"ada awalnya saya berlakon ikut apa yang diterangkan semasa di lokasi penggambaran. Tak dinafikan sebenarnya agak sukar kerana saya memang kurang pengalaman berlakon sebelum ini," katanya.
Bagi memantapkan lakonannya, Husna mengambil keputusan mengikuti kelas lakonan anjuran pelakon dan pengarah Zul Huzaimy untuk belajar asas lakonan.
"Alhamdulillah ia banyak membantu dan sekarang saya berlakon ikut yang diajar dan ditambah baik dengan pengalaman yang saya dapat sepanjang berlakon.
"Saya akui pada awalnya agak sukar dikenali dalam bidang lakonan kerana status saya sudah berkahwin dan masuk bidang ini juga sudah lewat iaitu pada usia 29 tahun.
"eluang yang diberikan saya gunakan sebaik mungkin dan dari situ penerbit dan pengarah boleh nampak komitmen saya dalam kerja. Saya tak menyasarkan populariti tapi saya nak orang lihat saya dengan bakat lakonan saya," katanya.
Tuah dan rezeki sentiasa menyebelahinya apabila ditawarkan watak utama dalam drama 26 episod berjudul Mencari Kiblat Cinta yang kini menemui penonton menerusi saluran TV Okey.
"Ini adalah drama pertama saya memegang watak utama dalam drama bersiri 26 episod. Saya rasa gementar semasa mesyuarat pertama untuk penerangan mengenai watak Danira.
"Sebelum ini saya hanya pernah pegang watak utama untuk telefilem sahaja. Saya bertanya kepada diri sendiri bolehkah saya buat? Tapi perasaan teruja itu lebih banyak, jadi saya buat keputusan untuk terima dan sekali gus mencabar diri," katanya.
Husna berkata, dia lega bercampur gembira apabila peminat memberikan komen positif terhadap lakonannya.
"Sepanjang proses penggambaran saya agak risau tak dapat memenuhi kehendak atau membawa watak dengan baik ataupun 'terbabas'.
"Dengan bantuan penerbit, Darling Ngasri, pengarah, Jo Yusof, kru dan semua pelakon, saya berjaya berikan lakonan yang baik.
"Bagaimanapun masih terlalu awal untuk saya berpuas hati kerana banyak lagi yang saya perlu belajar dan perbaiki untuk memberikan hasil yang lebih baik," katanya yang turut mengakui Danira adalah salah satu watak yang diidamkannya.
Selain dua drama ini, Husna juga pernah tampil dalam beberapa drama lain dan terbaharu Hati Yang Tersakiti yang ditayangkan menerusi slot Samarinda TV3 Oktober lalu.
"Semestinya saya akan cuba yang terbaik bila dapat sesuatu watak. Insya-Allah apabila pandemik Covid-19 tamat, saya akan masuk kelas lakonan lagi.
"Mulanya nak mencuba tapi sekarang saya dah serius berlakon. Bila serius saya akan buat betul-betul dan bagi komitmen sepenuhnya untuk berjaya.
"Saya sukakan watak mencabar kerana watak begini perlukan penyampaian secara dalaman. Malah drama terbaharu saya yang sudah selesai penggambaran juga mencabar kerana berkaitan kemurungan sehingga saya terkesan," katanya.
Ibu kepada dua anak ini juga tiada masalah membawakan watak bercinta namun dalam masa sama mengakui perlu mempunyai batas-batas yang perlu dijaga. -CARI
Sumber: Harian Metro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
pakej lengkap.. berlakon tak kayu.. bercakap tak macam keretapi..
i restu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah kahwin ke wanita ini? |
|
|
|
|
|
|
|
umur da 34thn tp still canteekk.... |
|
|
|
|
|
|
|
Lawo kalo x kawen lg blh jd next mira filzah |
|
|
|
|
|
|
|
Ada iras2 ezzaty isteri azwan kombos tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
lawa mcm Eja.. pelakon drama bulu lentik .. |
|
|
|
|
|
|
|
muka dia cm adik forumer cariforum. |
|
|
|
|
|
|
|
Sheols cantikk. Suka tengok blakon pun okay.. selalu jadi seketeri bos |
|
|
|
|
|
|
|
fadz84 replied at 27-1-2021 11:32 AM
Ada iras2 ezzaty isteri azwan kombos tu..
Baru nak ckp benda yg sama. Boleh ambik ezzaty - husna - reen rahim jd adk beradik. Lawa she ni ank 2 dah rupanya |
|
|
|
|
|
|
|
Cantik sheols ni, tak nampak macam dah 3series pon |
|
|
|
|
|
|
|
selalu berlakon jadi secretary atau pa boss-boss
cantik dia ni |
|
|
|
|
|
|
|
Cantikk! Kadang iras ezzaty kombos kadang iras datin cik puan aidijuma |
|
|
|
|
|
|
|
Iols tak penah tgk drama melayu tapi nk puji lembut cantik je perempuan ni |
|
|
|
|
|
|
|
cruz2 replied at 27-1-2021 01:15 PM
Cantikk! Kadang iras ezzaty kombos kadang iras datin cik puan aidijuma
aah mcm juma.. pekata buat drama psl.pmpn psiko dia jd watak tu.. sesuaiiii |
|
|
|
|
|
|
|
Aku harap di usia aku 34 tahun nanti pun, aku akan cantik macam ni |
|
|
|
|
|
|
|
lawanye.. macam fatiya masa zaman sebelum sendu pun ada |
|
|
|
|
|
|
| |
|