CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4011|Reply: 35

PKP : Berjoging Di Taman Rekreasi, 17 Individu Dikompaun

[Copy link]
Post time 25-1-2021 11:33 PM | Show all posts |Read mode





MELAKA – Seramai 17 individu termasuk penjawat awam dikenakan kompaun RM1,000 selepas didapati berjoging di Taman Rekreasi Sungai Undang, Alor Gajah semalam.


Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu, kesemua yang terlibat berusia antara 13 hingga 41 tahun.


Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Majid Mohd Ali, berkata, kesemua mereka dikompaun selepas didapati mengingkari prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.


“Mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) Melaka, orang awam tidak dibenarkan melakukan sebarang aktiviti riadah di taman-taman rekreasi dan hanya boleh melakukannya di kawasan perumahan.


“Kesemua yang dikenakan kompaun juga didapati tidak mengamalkan penjarakan fizikal,” katanya pada sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di Bukit Beruang di sini, hari ini.


Jelasnya, pada awalnya kira-kira 36 individu telah ditahan, namun kompaun hanya sempat dikeluarkan terhadap 17 individu sahaja manakala 19 yang lain melarikan diri apabila berlaku campur tangan pihak lain.


“Saya tidak mahu mengulas lanjut mengenai campur tangan itu tetapi merasa kecewa dengan kejadian tersebut yang bagi saya episod itu tidak sepatutnya berlaku.


“Saya mahu tekankan di sini, pihak polis negeri ini akan mengambil tindakan tegas terhadap sesiapa sahaja yang didapati mengingkari SOP berlandaskan undang-undang,” katanya.


Ujarnya, beliau juga tidak akan ‘tunduk’ dengan sebarang campur tangan pihak ketiga dalam menegakkan undang-undang bagi mengekang penularan pandemik Covid-19.


Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Badan Bukan Kerajaan (NGO), Pembangunan Belia dan Sukan, Datuk Mohd. Rafiq Naizamohideen berkata, hari ini pihaknya telah meminta semua agensi dan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk menutup taman rekreasi masing-masing.


“Pihak bertanggungjawab boleh melakukan inisiatif dengan menaikkan papan tanda atau meletakkan penghadang dilarang masuk di semua pintu masuk di taman rekreasi awam masing-masing.


“Saya juga harap semua pengawal keselamatan dan kakitangan yang menjaga semua taman rekreasi awam melakukan pemantau yang lebih bagi memastikan rakyat negeri ini tidak melanggar undang-undang atau peraturan ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan MKN, ” katanya.






Sumber : K! ONLINE

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2021 11:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau tak bagi orang pergi taman tu tutuplah sisterrr.
Kat kelompo ni ramai je joging kat taman haaa boleh pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2021 11:40 PM | Show all posts
lah aku pun baru tahu rupa2nya tak boleh berjogging kat taman rekreasi.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2021 11:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Kebodohan apakah ini?
Dkt putrajaya taman awan yg tutup awal pkp buka balik lepas kena komplen. Dkt cyber pun elok je org dok jogging dkt tasik tu
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2021 11:46 PM | Show all posts
Sepatutnya didalam keadaan sekarang  menjaga kesehatan dengan aturacara bersexcises selain bersexsize juga adalah sangat penting!
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2021 11:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana satu ni? Kejap boleh kejap tak. Dekat kiyel ni bersepah orang berlari & joging..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-1-2021 11:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya hamponnnnnnnn tak boleh lah? Dekat Desa ParkCity ni, tiap2 hari org berjoging yach. Weekend lagi hazab nuraka. Beramai2 park kureta tepi jalan, then acah2 tak together2. Padahal bertiga berlima.
Tadi ada binatang 3 ekor gigih panjat bukit semata nak bergambar dkt sign "Desa ParkCity" tu. Kebabian apakah? Kau dari ulu banat mana sisthur?? (kalau kau baca ni, aku nampak kau 3 org, shaitan. Nasib kau baik, laki aku tak kasi telephone police. Kalau ikut hawa napsy busuk perut aku, dah lama aku dah Helo Pulis kan kau. Lepas ni kau jgn buat lagi, hanat!)
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2021 11:56 PM From the mobile phone | Show all posts
kenapa mkn melaka tak selari dengan mkn malaysia?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2021 12:16 AM From the mobile phone | Show all posts
JunkMail replied at 25-1-2021 11:40 PM
Kalau tak bagi orang pergi taman tu tutuplah sisterrr.
Kat kelompo ni ramai je joging kat taman haa ...

Dkt taman di KL/putrajaya memang boleh nuar musa kasi
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 12:21 AM From the mobile phone | Show all posts
nikaido replied at 26-1-2021 12:16 AM
Dkt taman di KL/putrajaya memang boleh nuar musa kasi

Kekdahnyaaaa... Selaras tak boleh ke asyik buat orang confuse. Nak mengutip duit mudah lertewwww
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 12:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau ada yg tertanya2 kenapa nampak ada org jogging dkt tasik titiwangsa ka, botanical garden ka, sesungguhnya dkt KL memang boleh jogging

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 12:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Acik2 pun dah pandai lari bila nak kena saman. LMAO.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 01:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Bila nak jatuh kerajaan bangang ni?? Caca marba punya sop

Polis dan lain2 badan cuma tukang follow je
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 01:20 AM | Show all posts
aik? bukan ismail sabri bagi riadah kan haritu? mohon saman kerajaan melaka.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 02:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Huh bertabahlah org melaka, jogging dalam rumah dulu k
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 07:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa tak boleh jogging kat taman awam? Oh akak baru teringat KKM ada post kat twittter kalau berjogging tak payah pakai mask.

Agaknya oksigen tak tembus mask 3 layer tu macam virus kobid lmaooooooooo


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2021 07:53 AM From the mobile phone | Show all posts
rogayahtop replied at 26-1-2021 07:49 AM
Kenapa tak boleh jogging kat taman awam? Oh akak baru teringat KKM ada post kat twittter kalau berjo ...

Kalau kulit sensitip n peluh bahagian mulut tu mmg boleh jadi gatal2 dan jerawat..
Iols kalau briskwalk mmg takpakai sebab dolu iols pakai..habis merah bila buka mask...
Sanitizer kedai pon iols tak pakai..pakai sendiri punya..sebab habis tangan iols berbiji2 gatal..
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 08:04 AM | Show all posts
Kesudahannya orang duk jogging atas jalanraya  di sekeliling kawasan perumahan. Bahaya la jugak tu
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 08:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Kl selangor boleh jogging dr 6am - 8pm sahaja. Lebih dr tu dpt surat cinta - saman

Kita nk jog pn, kena la sentiasa beringat jaga jarak, kwn tak kwn, salam peluk cium bersentuhan mmg takde la.. borak pn berjarak. Kalau p tmn2 rekreasi tgk org ramai, pegi la cri tempat lain. Kalau semua tempat ramai org, jog je la setempat dlm rumah atau keliling tmn.. takde alasan takde tempat nk bersenam selain tmn2 rekreasi tuu..
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 08:17 AM | Show all posts
majoriti kes covid sekarang kluster tempat kerja.
opis yang masih ada orang ni yang patut nya di saman.
sebab duduk confine space ramai2.

yang exercise ni biarkan jer ler orang nak beriadah,
kasi kuat anti bodi dan sistem imun.
yang pi saman buat apa?
polis melaka budus macam tak sekolah
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 09:04 AM GMT+8 , Processed in 0.089830 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list