CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 719|Reply: 0

[SABAH] RM150 Juta Nilai Kerosakan Akibat Banjir, Tanah Runtuh Di Sabah

[Copy link]
Post time 24-1-2021 04:23 PM | Show all posts |Read mode

Keadaan tanah runtuh membabitkan kawasan letak kereta di hadapan laluan masuk ke Taman Negara di Kundasang, Ranau. - Foto ihsan Kementerian Kerja Raya Saba


Berita Harian

Izwan Abdullah
[email protected]

RANAU: Kerosakan infrastruktur terutama jalan raya dan jambatan akibat tanah runtuh serta banjir di Sabah dianggarkan mencecah RM150 juta.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Bung Moktar Radin, berkata ia termasuk nilai kerosakan akibat tanah runtuh tapak letak kereta Taman Kinabalu di Kilometer 20, Jalan Ranau - Tamparuli di Kundasang Rabu lalu.

"Pada peringkat awal ada lebih 100 laluan terjejas akibat banjir dan tanah runtuh di Sabah tetapi tindakan pantas Jabatan Kerja Raya (JKR) membuat pembaikan, kini tinggal 17 yang masih tidak dapat dilalui.

"Anggaran nilai kerosakan akibat tanah runtuh di Kundasang antara RM35 juta hingga RM40 juta dan kalau untuk semua kawasan mungkin mencecah RM150 juta," katanya selepas meninjau lokasi tanah runtuh dekat Taman Kinabalu di Kundasang, hari ini.

Bung Moktar yang juga Menteri Kerja Raya negeri berkata, peruntukan untuk melaksanakan kerja pembaikan sudah ada, namun perlu menunggu kajian kekuatan tanah selesai sebelum pembaikan dapat dimulakan.

Mengenai tanah runtuh yang meranapkan tempat letak kereta dekat Taman Kinabalu di Kundasang, beliau berkata JKR negeri, pakar geologi dan Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri akan bekerjasama menangani isu itu.

"Ia untuk memastikan kawasan ini bukan saja selamat tetapi boleh didirikan semula sebab ini kawasan laluan penting untuk masyarakat dan pelancong. Peruntukan untuk menyiapkan pembaikan juga sudah ada dan hanya tinggal untuk memulakan kerja," katanya.

Kerja pembaikan boleh dimulakan sejurus kajian selesai, manakala kerajaan negeri akan memohon peruntukan daripada kerajaan Pusat untuk membiayai kos pembaikan.

Sementara itu, katanya jambatan yang runtuh di Kampung Telaga, Pitas ketika banjir baru-baru ini sudah siap dibaiki dan penduduk boleh menggunakannya semula.

Bagaimanapun, katanya beberapa lagi kampung di Pitas yang terjejas akibat banjir dan tanah runtuh masih terputus hubungan terutama di Kampung Liu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 11:28 PM GMT+8 , Processed in 1.023175 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list