CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2011|Reply: 6

[SARAWAK] Kabinet Sarawak bincang rayuan tarik balik darurat

[Copy link]
Post time 24-1-2021 05:52 AM | Show all posts |Read mode
Rata-rata rakyat Sarawak tak setuju... takmo kah ambil ikhtibar dari apa yang dah berlaku kat Sabah...?

Tak termasuk hanya sebab "seorang" Kluster Pasai pun dah berapa daerah kat Sarawak ni menjadi zone merah ...




KUCHING: Anggota Kabinet Sarawak bercadang untuk merayu kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah R’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah supaya menarik
balik perisytiharan darurat di negeri itu sekiranya ia dapat mengawal penularan COVID-19.

Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Dr James Jemut Masing berkata demikian dalam pesanan aplikasi WhatsApp kepada Bernama setelah beberapa anggota Kabinet negeri mengadakan ‘perbincangan secara tidak formal’ mengenai perkara itu.

Katanya, jika rayuan itu dipertimbangkan dengan baik maka ia akan membuka jalan untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN12)  kerana tempoh Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak berakhir Jun ini.

“Ia dibincangkan secara tidak rasmi dalam kalangan rakan sekerja saya sebagai cara mengadakan PRN12 Sarawak (pilihan raya Negeri ke-12), b4 (sebelum) DUN (penggal DUN Sarawak) berakhir pada bulan Jun 2021 setelah MMKN (Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri atau Kabinet Negeri) (mesyuarat) pada 21.01.21 (Rabu),” demikian pesanan itu.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia di sini semalam dan Masing mengesahkan Abang Johari adalah antara mereka terlibat dalam perbincangan tidak rasmi itu.

"Ya,  Ketua Menteri (Abang Johari) ada di sana (dalam perbincangan tidak rasmi,” kata Masing.

Timbalan Ketua Menteri itu berkata arahan untuk mengadakan pilihan raya negeri itu bergantung kepada kemampuan negeri itu menunrunkan  jumlah kes baharu positif COVID-19.

“Baginda (Al-Sultan Abdullah) mengisytiharkan darurat kerana kita masih berdepan dengan pandemik ini dan dengan meletakkan darurat, ia akan menyekat pergerakan orang ramai.

“Tetapi jika Sarawak dapat melandaikan lengkuk jangkitan Covid-19, kita mungkin meminta Baginda supaya menarik balik darurat di Sarawak dan kemudian mengadakan pilihan raya ini,” katanya.

Pada 12 Jan lalu, Al-Sultan Abdullah memberi perkenan Pengisytiharan Proklamasi Darurat  dilaksanakan sehingga 1 Ogos depan, sebagai langkah proaktif membendung wabak COVID-19 di Malaysia.

Pada hari yang sama, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan bahawa Kabinet telah menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan darurat di bawah Fasal 1 Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.

Fasal 1 Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan darurat apabila wujud keadaan yang menyebabkan keselamatan, atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraman awam di dalam Persekutuan, atau mana-mana bahagian terancam.

Di bawah Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021, antara lain, memperuntukkan larangan mengadakan pilihan raya umum, pilihan raya negeri dan pilihan raya kecil serta persidangan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri sepanjang tempoh darurat dilaksanakan.

credit

Single Polls, Total 2 Users voted

Poll is finished

0.00% (0)
100.00% (2)
0.00% (0)
0.00% (0)
Your User group have no permission to vote

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-1-2021 06:41 AM | Show all posts
PSB bantah pilihan raya negeri ketika COVID-19 belum reda



KUCHING: Presiden Parti Sarawak Bersatu (PSB) Dato Sri Wong Soon Koh (gambar) membantah hasrat Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri ke-12 ketika COVID-19 belum reda.

Beliau berkata jika kerajaan GPS mahu terus mengadakan pilihan raya, kerajaan seolah-olah mempertaruhkan kesihatan dan nyawa rakyat.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai kenyataan Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Masing bahawa ahli Kabinet Sarawak bercadang untuk merayu kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah supaya menarik balik perisytiharan darurat di negeri ini sekiranya ia dapat mengawal penularan COVID-19.

Bagaimanapun, ia merupakan perbincangan tidak rasmi di kalangan pemimpin GPS.

Wong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bawang Assan berkata lagi, beliau hairan kabinet negeri masih memikirkan untuk mengadakan pilihan raya ketika Sarawak menghadapi wabak yang semakin parah.

Beliau berkata apa yang berlaku telah dibuktikan semasa pilihan raya negeri Sabah dan demi kesihatan serta kehidupan rakyat, kerajaan GPS perlu mempertimbangkan untuk mengadakan pilihan raya awal.

Katanya GPS masih diberi mandat sebagai kerajaan pada tempoh yang masih panjang dan masih ada enam bulan lagi.

Tidak perlu terburu-buru mengadakan pilihan raya dan kerajaan harus meletakkan kesihatan rakyat melebihi segalanya selain membantu rakyat mengatasi semua cabaran.

“Kami di PSB ingin mendesak kerajaan GPS untuk benar-benar mengutamakan tugas dan tanggungjawab mereka. Mengadakan pilihan raya awal bukan keutamaan,” katanya.

Beliau berpendapat kabinet sepatutnya pada saat kritikal ini menumpukan perhatian sepenuhnya untuk memerangi wabak selain memikirkan untuk tampil dengan langkah lebih berjaga-jaga dan berkesan mengendalikan krisis ini.

“Sudah tiba masanya kabinet tampil dengan lebih banyak bantuan bagi membantu rakyat mengatasi pelbagai cabaran,” katanya.

Beliau memberitahu kerajaan GPS telah mengambil langkah yang silap apabila mereka membenarkan kuarantin di rumah dan mencetuskan gelombang baharu.

“Kini sudah tiba masanya untuk mengenakan SOP lebih ketat bagi mengekang pandemik dan bukannya mengubah dasar dan peraturan menimbulkan kekeliruan masyarakat dan lebih buruk, rakyat semakin kecewa dengan langkah diambil kerajaan,” katanya.

Katanya, beliau memahami kesukaran yang dialami rakyat di Sibu ekoran daripada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Katanya beliau turut menerima aduan daripada penduduk di kawasannya dan berusaha untuk memenuhi keperluan mereka.

“Kami di PSB cuba yang terbaik untuk membantu rakyat dalam mengadapai masa sukar ini,” katanya.

Wong berkata, sebaliknya jika kerajaan GPS masih mahu mengendalikan pilihan raya awal, PSB sentiasa bersedia menghadapi semua cabaran.
Jessica Jawing

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-1-2021 06:49 AM | Show all posts
Kenyataan berbelah bagi PKR ( Parti Keadilan Rakyat ) ...

Setuju :
Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak Joshua Jabeng (kiri) berkata situasi COVID-19 di Sarawak bukan pada tahap darurat.


Kurang setuju...? Tak setuju...?
Sementara itu Presiden PKR Sarawak Larry Sng (kanan) berkata keselamatan rakyat negeri ini perlu diutamakan sebelum mempertimbangkan untuk mengadakan pilihan raya negeri dalam pandemik COVID-19.

Larry yang juga Ahli Parlimen Julau berkata ia adalah tidak bermakna jika pilihan raya negeri jika merisikokan nyawa rakyat.


Berita penuh :
KUCHING: Perisytiharan darurat perlu ditarik balik segera untuk negeri Sarawak bagi membolehkan Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) diadakan mengikut jadual.

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak Joshua Jabeng (kiri) berkata situasi COVID-19 di Sarawak bukan pada tahap darurat.

“Gabungan Parti Sarawak (GPS) perlu lakukan apa yang betul, sokong Pakatan Harapan (PH) merayu kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menarik balik perisytiharan darurat yang mana atas nasihat Perdana Menteri. Demokrasi harus dilindungi dan pilihan raya negeri harus diadakan seperti yang dijadual,” ujarnya ketika dihubungi hari ini.

Timbalan Ketua Menteri Tan Sri James Jemut Masing hari ini dilaporkan berkata ahli-ahli kabinet negeri telah mengadakan perbincangan tidak formal untuk merayu kepada Yang di-Pertuan Agong supaya menarik balik perisytiharan darurat di negeri ini sekiranya dapat mengawal penularan COVID-19.

Katanya jika rayuan itu dipertimbangkan dengan baik maka ia akan membuka jalan untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) kerana tempoh Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak berakhir Jun ini.

Sementara itu Presiden PKR Sarawak Larry Sng (kanan) berkata keselamatan rakyat negeri ini perlu diutamakan sebelum mempertimbangkan untuk mengadakan pilihan raya negeri dalam pandemik COVID-19.

Larry yang juga Ahli Parlimen Julau berkata ia adalah tidak bermakna jika pilihan raya negeri jika merisikokan nyawa rakyat.

“Keselamatan rakyat harus diutamakan. Hanya selepas majoriti rakyat Sarawak divaksin dan populasi kita menerima immuniti, baru lah kita boleh mengadakan pilihan raya,” katanya ketika dihubungi The Borneo Post.

Perisytiharan darurat telah diperkenan Yang di-Pertuan Agong pada 12 Januari lepas sehingga 1 Ogos depan sebagai langkah proaktif membendung wabak COVID-19 di negara.

Sepanjang tempoh darurat, di bawah Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2001, antara lain, memperuntukkan larangan mengadakan pilihan raya umum, pilihan raya negeri dan pilihan raya kecil serta persidangan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.


Agnes Tugong

Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2021 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Boleh pulak 'main cubaan 123' dgn virus ni....mohon depa(ahli politik)duduk/tggl sekali ngn drng(kluster pasai ni).Ada berani???

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-1-2021 01:43 PM | Show all posts
Skuau replied at 24-1-2021 11:44 AM
Boleh pulak 'main cubaan 123' dgn virus ni....mohon depa(ahli politik)duduk/tggl sekali ngn drng(klu ...
sebab kan "sorang" pun keadaan tak terkawal camni...
apalagi mengundi nanti...
adoi la


Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2021 01:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Kat tempat i ni rilek je bistro bukak, padat pulak tu malam2 weekend. Boleh eh bukak janji amik suhu and scan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 25-1-2021 05:59 AM | Show all posts
paiayam replied at 25-1-2021 01:31 AM
Kat tempat i ni rilek je bistro bukak, padat pulak tu malam2 weekend. Boleh eh bukak janji amik suhu ...
Tempat uols PKP ke ...?

Boleh report kalo gtu ...


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 12:20 AM GMT+8 , Processed in 0.430804 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list