Penyanyi baru, Layla Sania muncul dengan single pertama dalam bahasa Mandarin, By Your Side.
Dia bersyukur diberi peluang untuk merealisasikan impian.
Foto: IG
"Saya dari tadika lagi memang sekolah Cina jadi saya memang fasih berbahasa Mandarin jadi daripada dulu lagi memang nak ada lagu Mandarin sendiri.
"Alhamdulillah, kini ada peluang nak keluarkan lagu Mandarin jadi saya rasa bersyukur sangat," katanya kepada Media Hiburan.
Tambah penyanyi ini dia tak mampu nak kawal sekiranya dibandingkan dengan Shila Amzah yang juga sinonim dengan lagu Mandarin.
"Saya lihat Shila Amzah sebagai seorang penyanyi yang sangat berbakat, seorang yang sangat berjaya sehingga berjaya tembus pasaran di China.
"Harap sangat suatu hari nanti saya pun boleh ikut jejak Langkah Shila Amzah sehingga ke China, InsyaAllah.
"Kalau ada yang bandingkan saya dengan Shila Amzah, terus terang saya tak boleh nak kawal benda tu sebab lain orang lain pendapat.
"Saya sangat gembira dengan diri saya sendiri dan kepada keluarga serta peminat yang sentiasa sokong saya," tambahnya.
Untuk pengetahuan, Layla mula dikenali selepas menyertai pertandingan 'I Can See Your Voice Malaysia' dan telah menyanyikan lagu oleh Tiger Huang yang berjudul You???re The Only One in My Heart. -CARI