|
Berita pemergian pelawak veteran, Datuk Jamali Shadat, 78, yang tular di media sosial sejak awal pagi Sabtu adalah palsu dan tidak benar.
Kesal dengan penyebaran maklumat palsu itu, anaknya Fauzi Jamali, 48, memberitahu bapanya masih lagi hidup dan berada dalam keadaan baik.
"Itu berita palsu! Daripada Subuh saya terima banyak panggilan dan pertanyaan mengenai kesahihan berita itu.
"Janganlah sebarkan benda yang tak betul dan mereka yang nak kongsi berita itu pun pastikan dapat daripada sumber yang benar.
"Dia masih lagi hidup dan kita doakan yang baik-baik untuk kesihatannya,” katanya kepada mStar.
Sebelum itu, beberapa pengguna laman Facebook berkongsi status mengenai pemergian pelawak era 1980-an ini.
Sementara itu, Fauzi memaklumkan kondisi bapanya masih lagi dalam keadaan uzur, namun sudah ada selera makan.
Kredit foto: FB
"Doktor terpaksa menggunakan drip bagi memasukkan air ke dalam badan ayah selepas dia tidak mahu makan sejak minggu lalu.
"Keadaan masih sama tapi Alhamdulillah, ayah sudah ada sedikit selera makan, kita bagi dia makan sedikit tapi kerap,” ujarnya.
Sumber: mStar |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|