CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1787|Reply: 2

Dah Banyak Kali Bancuh Racun Lipas Dalam Kopi Suami

[Copy link]
Post time 20-1-2021 05:51 AM | Show all posts |Read mode
Seorang wanita berusia 70 tahun ditahan dalam cubaan meracun suami menggunakan racun lipas dengan menuangkan ke dalam kopi di Queen, New York City.


Suncha Tinerva ditahan setelah didakwa berulang kali meracuni suaminya dengan racun serangga itu, kata pendakwa raya, menurut laporan portal Independent.




Gambar hiasan




Perbuatan itu dikesan selepas dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan tertuduh menuang racun serangga itu ke dalam kopi suaminya pada 12 Januari, menurut pejabat Peguam Daerah Queen Melinda Katz.

"Tinerva mengambil botol dari dalam kabinet di bawah sinki dan didakwa membancuh kopi sebanyak dua hingga tiga kali.

“Pada 14 Januari 2021 sekitar jam 10.40 malam, detektif menemui satu botol dengan penutup merah, dan label kuning bawah sinki," kata Katz kepada ABC News.


Orang ramai yang termakan asid borik yang digunakan untuk kawalan serangga boleh mengalami mual, muntah, sakit perut, cirit-birit, dermatitis, kegagalan buah pinggang, kegagalan akut sistem peredaran darah dan seterusnya boleh menyebabkan kematian, bergantung kepada paras asid borik yang masuk ke dalam badan.




Sumber: Sinar Harian

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2021 08:24 AM | Show all posts
Seorang wanita berusia 70 tahun ditahan dalam cubaan meracun suami menggunakan racun lipas dengan menuangkan ke dalam kopi di Queen, New York City.

Suncha Tinerva ditahan setelah didakwa berulang kali meracuni suaminya dengan racun serangga itu, kata pendakwa raya, menurut laporan portal Independent.

Apa punya ayat daaaa… perenggan pertama ditahan dalam CUBAAAN MERACUN. Perenggan kedua "BERULANG KALI MERACUNI"
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2021 09:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Acik dah 70 an ...mesti malas nak jaga somi dah ni..kalo cerai mesti x byak dpt duit...baik mati amik duit insuran.acik kokesen kena  belajar dgn aci sabirah camno nak bako laki
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 12:37 PM GMT+8 , Processed in 0.245032 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list