Kecoh kisah seorang lelaki yang bergelar Datuk memukul pelanggan di sebuah restoran kerana berang ditegur supaya tidak berbuat bising.
Akibatnya, polis telah menahan reman Datuk tersebut setelah video itu tular.
Lebih parah ialah pelanggan yang dipukul itu sebenarnya anak seorang yang bergelar Datuk juga. Malahan lebih hebat daripada Datuk yang memukul itu.
Dikhabarkan Datuk yang ditahan itu ialah pemilik syarikat tilam. Adakah terlalu 'berjasa' tilam tersebut hingga dianugerahkan gelaran Datuk? Atau gelaran itu sebenarnya boleh dijual beli?
Sementara itu, mangsa adalah anak Datuk Kwan Foh Kwai iaitu Naib Presiden Dewan Perniagaan Cina, Perak menyerahkan segala tindakan kepada pihak polis.
Foto : FB
Mungkin di portal Bahasa Melayu ianya tidak terlalu hingar-bingar, namun di portal Bahasa Cina, netizen menyelongkar banyak perkara hingga terlondeh segala kisah.
Jadi, selain pemilik syarikat tilam, didakwa suspek juga memiliki kelab karaoke dan beberapa perniagaan lain.
Hingga ada yang membuat parodi bahawa untuk menjadi Datuk, beberapa perkara diperlukan dalam bentuk info grafik.
Foto : FB
Ada juga yang meminta pemberi anugerah iaitu Yang DiPertuan Agong menarik balik gelaran tersebut kerana jenayah yang dilakukan.
Foto : Twitter
Netizen juga bersetuju gelaran Datuk tidak begitu dipandang tinggi setelah pelbagai kejadian mencemarkan gelaran tersebut.
Foto : Twitter
Datuk di mana-mana. Anda ada pengalaman yang menarik mengenai gelaran datuk ini? - CARI
|