CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1513|Reply: 11

Pendaftaran Vaksin Covid-19 Akan Dibuka Tak Lama Lagi - Adham Baba

[Copy link]
Post time 15-1-2021 04:24 PM | Show all posts |Read mode
Pendaftaran suntikan vaksin COVID-19 untuk rakyat Malaysia akan dibuka melalui tiga fasa, tidak lama lagi.


Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, Malaysia meletakkan sasaran 70 peratus daripada keseluruhan populasi negara bagi pembentukan imuniti kelompok di bawah Pelan Imunisasi Kebangsaan bagi penyakit COVID-19 pada 2021.


"Fasa pertama akan diberikan kepada petugas barisan hadapan, fasa kedua untuk kumpulan berisiko tinggi atau mereka yang berpenyakit kronik serta warga emas berumur 60 tahun ke atas dan fasa ketiga kepada orang awam berusia 18 tahun dan ke atas," katanya dalam satu perkongsian dalam Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di sini, pada Jumaat.


Mengulas lanjut, Adham berkata,vaksin Pfizer-BioNTech yang akan diterima Malaysia akhir bulan Februari depan itu sebelum ini mendapat kelulusan bersyarat daripada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).


Foto: REUTERS




Selain Malaysia, katanya, 49 buah negara lain juga memberi kelulusan malah ada negara telahpun mengguna vaksin itu.


"Untuk rekod, vaksin Pfizer juga menjadi vaksin COVID-19 yang pertama mendapat perakuan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk kegunaan kecemasan," jelasnya.


Dalam pada itu, mengenai peneriman rakyat terhadap vaksin COVID-19, Adham memberitahu, tinjauan oleh KKM secara dalam talian pada 21 hingga 28 Disember lalu mendapati sebahagian besar responden bersetuju.


"Tinjauan dalam talian ini disertai 212,000 responden dan daripada jumlah itu, 67 peratus bersetuju, 17 peratus tidak pasti dan 16 peratus tidak bersetuju.


"eratusan yang tidak pasti itu kerana mereka risau akan kesan sampingan dan keberkesanan vaksin terbabit. KKM akan membuat tinjauan dan kaji selidik dari semasa ke semasa untuk mengetahui peneriman rakyat," katanya lagi.


Beliau memaklumkan setakat 13 Januari lalu, kira-kira 32 juta penduduk dunia telah disuntik vaksin COVID-19 dan ia menunjukkan vaksin tersebut diterima. -CARI


Sumber: Awani

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2021 04:40 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 04:41 PM | Show all posts

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 04:46 PM | Show all posts
Pendaftaran untuk suntikan vaksin akan dibuka tak lama lagi

Pendaftaran untuk orang ramai menerima vaksin COVID-19 di negara ini akan dibuka tidak lama lagi, kata Menteri Kesihatan, YB Dato' Sri Dr Adham Baba.

Bercakap ketika menjadi tetamu program Bicara DR di RTM malam tadi, Dr Adham berkata, kerajaan mensasarkan memberi vaksin kepada 70% populasi atau 23 juta orang bagi membentuk imuniti berkelompok.

Mengikut Pelan Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, pemberian vaksin akan dilaksanakan dalam tiga fasa:

Fasa 1 - barisan hadapan
Fasa 2 - kumpulan berisiko tinggi (penyakit kronik) dan warga emas berumur 60 tahun ke atas
Fasa 3 - orang awam berumur 18 tahun ke atas

Dr Adham berkata, vaksin Pfizer-BioNTech yang akan diterima Malaysia akhir bulan Februari ini, telah diberi kelulusan bersyarat oleh NPRA.

Selain Malaysia, 49 buah negara lain juga telah memberi kelulusan malah ada negara telah pun mengguna vaksin itu, katanya.

Untuk rekod, vaksin Pfizer juga menjadi vaksin COVID-19 yang pertama mendapat perakuan WHO untuk kegunaan kecemasan.

Dr Adham berkata, 4 matlamat imunisasi COVID-19 iaitu:
1. Melindungi barisan hadapan
2. Mengurangkan kematian
3. Membentuk imuniti berkelompok
4. Memutuskan rantaian jangkitan

Mengenai penerimaan rakyat terhadap vaksin COVID-19, beliau berkata, tinjauan KKM mendapati sebahagian besar rakyat setuju.

Tinjauan dalam talian pada 21 Dis -28 Dis 2020 itu disertai 212,000 responden.

1. 67% setuju (90% yakin vaksin berkesan)
2. 17% tidak pasti
3. 16% tidak setuju.

Bagi 17% yang tidak pasti itu pula kerana  risau kesan sampingan dan keberkesanan vaksin.

KKM akan membuat tinjauan dan kaji selidik dari semasa ke semasa untuk mengetahui peneriman rakyat, katanya.

"Setakat 13 Jan,  kira-kira 32 juta orang di seluruh dunia telah disuntik vaksin COVID-19. Ini menunjukkan vaksin ini diterima masyarakat dunia.

"Namun, vaksin bukanlah penyelesaian. Selepas disuntik, kita masih perlu mempratikkan norma baharu," katanya.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 04:51 PM | Show all posts





Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg lebih tu dibiarkan tak dapat vaksin aka golongan b40
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-1-2021 05:21 PM | Show all posts
bukan patutnya:

Fasa 1 - kroni
Fasa 2 - barisan hadapan
Fasa 3 - kumpulan berisiko tinggi (penyakit kronik) dan warga emas berumur 60 tahun ke atas
Fasa 4 - orang awam berumur 18 tahun ke atas
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 12:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm mana nak daftar?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2021 08:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak daftar juga insyaAllah
Walau x berkesan sekalipun at least kita tahu tak berkesan

Dari tak ada yang nak cuba sampai bila pun xtau
Tapi dah banyak negara kan buat benda sama untuk vaksin yang sama

Peluang keberkesanan tu tinggi
Kena amik 2 shots kan?

Why borther why borthe why borther
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 01:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku nk masuk dlm golongan yg berlindung bawah herd immunity boleh . Iols bukan anti vaksin tp tah la iols prgnant byk kali dah kena inject ni xlarat dah.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Mentwri2 ni kena daftar x atau diorg ni frontliner
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 15-1-2021 05:21 PM
bukan patutnya:

Fasa 1 - kroni

bukan patutnya:

Fasa 1 - kayangan
Fasa 2 - frontliner
Fasa 3 - pekerja asing (caj majikan)
Fasa 4- kumpulan berisiko tinggi (penyakit kronik) dan warga emas berumur 60 tahun ke atas
Fasa 5 -M40
Fasa 6 - B40
Fasa 7- geng antivaks (atas pagar)

Gini acik rasa..hahah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 09:11 AM GMT+8 , Processed in 0.053127 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list