CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2128|Reply: 9

157 Kali Gagal Ujian, Kali Ke 158 Baru Berjaya Dapat Lesen Memandu

[Copy link]
Post time 15-1-2021 09:31 AM | Show all posts |Read mode
Tiada istilah jemu bagi seorang lelaki yang terus cuba mendapatkan lesen memandu walaupun sudah 157 kali menduduki ujian itu dan masih gagal.


Lelaki Inggeris berusia 42 tahun itu sudah menghabiskan 3,600 Pound Sterling (kira-kira RM19,850) untuk menduduki ujian memandu.


Namun akhirnya, dia dapat menarik nafas lega selepas lulus pada ujian ke-158.


Dalam pada itu, seorang wanita berusia 30-an di tempat kedua individu yang paling banyak menduduki lesen memandu dengan 117 kali.


Agensi Memandu dan Kenderaan Standard memaklumkan setiap kali menduduki ujian, wanita itu perlu membayar 23 Pound Sterling (kira-kira RM126).


Gambar Hiasan




Berdasarkan 117 kali menduduki ujian, wanita terbabit secara keseluruhan sudah menghabiskan 2,700 Pound Sterling (RM14,889).


Namun, kadar bayaran ujian itu akan jauh lebih tinggi sekiranya mendaftar menggunakan khidmat pihak ketiga.


Di tempat ketiga pula, seorang wanita berusia 48 tahun yang hanya lulus ujian memandu pada kali ke-94.


Bagi ujian praktikal pula, lelaki berusia 72 tahun menduduki ujian sebanyak 43 kali sebelum berjaya mendapat lesen memandu.


Ia diikuti wanita berusia 47 tahun yang mencuba sebanyak 41 kali.


Pengarah agensi, Mark Tongue berkata, gagal berkali-kali dalam ujian memandu adalah sesuatu yang benar-benar berlaku bagi calon lesen memandu.


Katanya, calon akan terus mencuba walaupun berulang kali gagal ujian berkenaan dan perlu membayar sejumlah wang untuk menduduki semula ujian.


"Mereka perlu diiktiraf kerana daya usaha yang tidak pernah jemu sehingga berjaya mendapat lesen memandu walaupun melalui 157 kali ujian," katanya. -CARI


Sumber: Harian Metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2021 09:42 AM | Show all posts
tak berputus asa..
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 09:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Chaiyok chaiyok!
Fighting!
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 10:05 AM | Show all posts
kalo kat tempat lain, (bukan Malaysia) kalo gagal da 2-3 kali, kali seterusnya dah boleh lulus.. tp kena kenyit2 sikit la
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 10:14 AM | Show all posts
mkn kepala ikan banyak sangat ke
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 04:39 PM | Show all posts
Usaha tangga kejayaan.  Tahniah kerana akhirnya berjaya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-1-2021 04:43 PM | Show all posts
dulu iols second time,   ekceli xde duit beli keyte pon ...   lama x renew lesen,  bila dah cukup duit beli, semua dah lupa,  kene gi study semula
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 10:17 PM | Show all posts
hendak seribu daya, itu sahaja yang boleh diperkatakan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2021 10:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Biasanya yg susah nak lulus ni memang dah pandai memandu kan.

Terutama yg ujian teori tu sbb iols ada kawan sampai 4 kali kali gagal hat teori tu padahal dia mmg masa sekolah lagi dah pandai bawak keta.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 10:46 PM | Show all posts
Masa buat lesen kete 3 tahun dulu di M Driving RM2300-2500 sampai lulus.
Di perlis basic ambik lesen D, manual/auto RM1350/1450. Gila.
B2 RM750 sampai lulus. Di perlis RM350.
Jadi mmg ramai la budak2 tu tak der lesen. X mampu nak buat. Wlpn boleh 3 kali byr.  

Anyway, patutnya di adakan silibus di sekolah. Mcm kelas tambahan utk budak2 form 1-3 option utk budak2 sekolah ni habiskan min 16 jam. Dan kemuncaknya test lesen motor next year teori dan praktikal. Dan dibuat di kawasan sekolah/JPJ kendalian JPJ. Dapat lesen B2 pun jadila. Bayaran minimum.

Dari situ boleh la di sumbatkan dlm kepala otak budak2 ni dr umur 13 tahun, etika ketika memandu, sifat2 baik ketika memandu. Rendah diri. Dan lain2/ Mcm zaman 80an-90an dulu ada subjek yg ajar sifat mulia tu. Buang sampah di mana, hormat org tua, bendera. Ape ke nama subjek tu aku tak ingat.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 08:25 AM GMT+8 , Processed in 0.136287 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list