Semua premis perniagaan diarahkan tutup pada jam 8 malam sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. foto AFIQ HAMBALI, 14 JANUARI 2021.
KUALA LUMPUR – Nampaknya tidak semua setuju dengan peraturan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali ini terutamanya soal premis makanan ditutup pukul 8 malam.
Rasa tidak puas hati itu dapat dilihat dalam ciapan dan hantaran di media sosial terutama kepada peniaga dan penghantar makanan.
Semua premis perniagaan diarahkan tutup pada jam 8 malam sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. foto AFIQ HAMBALI, 14 JANUARI 2021.
Bagi mereka premis makanan ditutup pukul 8 malam itu terlalu awal terutama di kawasan bandar dan Lembah Klang.
Ada juga merungut kerana premis pandu lalu restoran makanan segera sudah tutup pintu pukul 8 malam.
Bagi mereka peraturan itu tidak kena kerana arahan supaya restoran tidak membenarkan orang ramai duduk makan dalam premis sudah memadai.
Ada berpendapat lebih baik peraturan membenarkan premis makanan beroperasi sampai pukul 12 tengah malam kerana ia memudahkan orang ramai, peniaga dan mereka yang cari makan menjadi penghantar makanan seperti sebelum ini.
Semua premis perniagaan diarahkan tutup pada jam 8 malam sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. foto AFIQ HAMBALI, 14 JANUARI 2021.
“B*d*h punya Gov, apa issue tutup kedai jam 8pm. Walhal bukan boleh dine in pun. Trust me they’ll change to 12am back later. Setahun Covid19 pun takda perancangan tetap. St*p*d,” kata seorang netizen, Nabil Halimi.
Bagi seorang lagi netizen yang dikenali sebagai Z, peraturan itu memberi kesan buruk kepada peniaga sepertinya.
“Salam yb Dato Sri @IsmailSabri60. Kami peniaga terkesan dengan waktu penutupan awal 8pm. Pelanggan kebanyakan baru nak order pukul 8. Kalau sekurang kurangnya dibenarkan sampai 10pm dapat banyak perbezaan. Kami peniaga dan rider patuhi SOP tiada dine in. Minta dipertimbangkan,” katanya.
Apa yang pasti, kerajaan melalui Majlis Keselamatan Negara sudah pasti ada sebab menguatkuasakan peraturan untuk PKP 2.0 terutama dalam suasanan penularan Covid-19 semakin bermaharajalela.
Bagaimanapun, suara rakyat dan orang ramai – lebih-lebih lagi yang terkesan dengan norma baharu itu perlu didengari dan mungkin ada penyelesaian terbaik sepanjang tempoh dua minggu PKP diadakan ini.
Sumber - MalaysiaGazette |