View: 4814|Reply: 31
|
'Gaji Aku RM1,200 Tapi Bos Bayar RM127 Je Masa Berhenti Kerja, Katanya Lupa Tola
[Copy link]
|
|
Edited by CARI-HBZ at 14-1-2021 11:53 PM
Beberapa bulan lepas, seorang kawan saya nak beli handphone baru. Setelah 7 tahun guna handphone lama, memang kena beli yang baru juga untuk memudahkan urusan harian.
Speaker rosak, bateri tahan hanya 30 minit. Kamera blur habis. Cuma dia minta bayar dua kali. Saya ok saja sebab dia ni memang pemurah. Masa guna kereta waja dulu, kalau rosak je dialah orang pertama akan bank in atau transfer walaupun saya tahu dia bukan ada duit sangat.
Tiba-tiba satu hari dia WhatsApp.
"Abu, aku bayar duit baki handphone nanti boleh?"
"Oh takpe. Take time bro. Ada masalah ke?"
"Takde. Cuma tu lah. Gaji lewat sikit"
"Bereh"
Saya pun ok saja. Moga dimudahkan urusannya. Cuma hati macam tak sedap. Ingat nak ziarah dia. Selang beberapa hari, saya pun pergilah ke kedai dia sebab kebetulan ada servis laptop berhampiran kedai dia kerja.
"Azri takde. Berhenti"
"Bila bos?"
"Saya tak tahu"
Bos dia pun macam layan tak layan. Saya telefon azri terus. Lima minit bercakap, saya terus letak dan pecut ke kawasan rumahnya. Saya nak dengar sendiri dari mulutnya.
Ya. Rupanya, dia dah berhenti kerja. Tapi dia tak bagitahu saya. Hari yang dia tak dapat nak bayar duit handphone yang dibeli, rupanya hari tu dia berhenti.
"Macam ni bu. Hari tu aku nekad berhenti sebab aku nak berniaga. Aku nak cuba kerja lain pula. Sebab kalau berniaga ni, aku ada masa dengan famili. Nak niaga depan rumah je"
Saya angguk dengar.
"Aku dah bagitahu bos sebulan awal lagi. Hari nak berhenti, bos bagi gaji. Aku pun pegang sampul macam nipis je. Biasa tebal. Sekali aku buka RM127 je ada. Gaji aku RM1,200. Aku terus patah balik tanya dia. Dia kata, dia lupa nak tolak KWSP aku. Jadi, kali ni gaji dia tolak bulan-bulan yang dia tak carum"
Allahu. Terdiam saya.
"Pastu, kau minta tak? Kau tak cakap dengan bos balik?"
"Aku tak tahu nak cakap apa. Aku tahan je. Aku minta ihsan dia. Kesianlah dekat aku. Sewa rumah lagi. Bil, anak bini. Aku memang down sangat masa tu"
Azri terus pulang. Masa dia menunggang motor, tiba-tiba ada kereta hon dan minta dia berhenti sebab pemandu tu kata dia bawa motor macam orang blur. Lampu merah pun langgar je.
"Aku memang blur bu. Aku tak tahu nak cakap apa. Dengan kos hidup yang tinggi ni, aku ada hanya RM127"
Berbulan berlalu, dia tak tahu nak buat apa. Setiap kali lepas subuh, dia akan ke surau. Lepas solat, menangis sampai tertidur. Tiada apa yang tinggal.
Satu hari, tuan rumah datang ketuk pintu. Dia terus ajak anak isteri menyorok dalam bilik. Tutup semua laptop. Dah dekat dua bulan tak bayar sewa. Dia rasa tuan rumah macam nak halau dia. Tiba-tiba tuan rumah bersuara dari luar.
"Azri, saya bukan nak minta sewa. Bukan nak halau awak. Saya nak bagitahu, kalau awak susah takpe. Sewa bulan lepas dan bulan ni saya halalkan"
Azri bagitahu, "Masa tu aku malu sangat. Aku keluar dan minta maaf berdiam diri pada tuan rumah". Tuan rumah kata takpe. Ada duit nanti bayarlah. Sementara nak cari kerja ni.
Kemudian esoknya, Azri cerita dia ke surau lagi selepas subuh. Habis solat, tiba-tiba ada seorang pakcik ni datang mendekati dia.
"Assalamualaikum"
"Waalaikumsalam" jawab Azri.
"Kamu ni, pakcik tengok dah sebulan lebih tak tinggal subuh di surau ya. Hari-hari ada"
Azri tersenyum saja.
"Macamni. Pakcik ni ada kebun. Hasil jualan kebun tu pakcik memang tak ambil duitnya. Biasanya pakcik kumpul dan bagi pada sesiapa yang pakcik rasa nak bagi. Jadi, pakcik rasa nak bagi kamu lah. Boleh?"
Kawan saya Azri ni cerita sambil menahan sebak. Bertakung air matanya.
"Kau tahu bu. Aku ikut dia balik subuh tu, dan di tangan aku, pakcik tu bagi RM2,600. Dua bulan gaji aku yang bos aku tolak dan tak bayar sebulan lagi. Aku menangis sungguh. Aku terduduk kat situ juga"
"Pakcik tu pesan kat aku, Gunalah duit ni untuk mulakan hidup baru. Selesaikan semua hutang-hutang. Jangan putus asa. Allah itu Maha besar dan Maha Kaya."
Kalian, begitulah kasih sayang Allah pada kita. Biasanya, memang Tuhan akan buatkan kita menangis sungguh padaNya. Maka, sebelum kita nak marah-marah dengan ujian, nak menyalahkan keadaan, buntu di mana nak mulakan, nak selesaikan masalah dan lain-lain, kembalikan dahulu semuanya kepada Allah.
Mohon sedar diri yang kita ni tiada langsung modal untuk berdepan dengan dunia dan akhirat melainkan berharap belas kasihan Allah kepada hamba yang diciptakan penuh kegagalan! Kita semua sedar kalau gagal tandanya tak cukup menangis lagi! Nak berusaha sehabis mungkin guna kederat atau tulang empat kerat itu, sesungguhnya jauh lebih mudah daripada nak memberi airmata untuk Allah, menangisi dosa dan salah kita yang banyaknya.
Dia, iaitu Allah terlalu cinta kepada rayuan hamba yang memohon itu ini dariNya. Tuhan tunggu itu. Menunggu hambaNya datang merayu. Bersujud dan berlutut, hingga tersembam kerana mahukan Allah dahulu. Lalu, perlahan-lahan Allah ambil hati kita, dan Allah kembali berikan dunia semula.
Untuk kalian yang diuji begini, panduannya ada di atas. Percayalah, keajaiban itu ada pada mereka yang percaya. Percaya yang pertama. Beriman kepada Allah.
Sumber: Ustaz Abu Hurairah Asifa/TheReporter |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tq for sharing...sebak baca. Org yg pernah lalui je faham.. Allah is indeed there for us. |
|
|
|
|
|
|
|
Mata aku basah baca ni |
|
|
|
|
|
|
|
Ye Allah akn bg bila kte btl2 bergantung hrp pd Allah bkn manusia.. |
|
|
|
|
|
|
|
pernah kena macam ni juga ke
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku paham apa dia lalui.. |
|
|
|
|
|
|
|
Cerita hasanah sbb nk viral |
|
|
|
|
|
|
|
jahat ke aku kalau pk ni hasanah. ingat aku sorang. ada gak pk sama. |
|
|
|
|
|
|
|
cam berbau hasanah tapi tu la hari ni hari jumaat mau kena hentam kalu aku komen mencerca kat benang ni..haha |
|
|
|
|
|
|
|
sedihnya
tp bau bau hasanah itu sgt kuat ya |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ladybugz at 15-1-2021 10:46 AM
sy sgt tersentuh dgn cerita ini. sungguh memahami walau sy tak pernah diuji sehebat ini. masa awal2 perkahwinan, dgn gaji yg sgt cukup2 mkan, pernah tgh2 bulan sbb awal2 keje, so kemasukan gaji tu x tentu haribulan lagi, sy betul2 kering, sy parking kereta (kereta pun pinjam) kat gas station lama sy termenung dlm kereta. x tau nk bgtau n nk buat mcmana nk beli brg basah tuk masak. duit sume mmg tau dah kering. semua bank account dah korek. betul2 buntu n sebak. dah lama termenung dan mintak doa bersungguh2 pada Allah. sy gagahkan diri pergi cek skali lg semua akaun bank yg dah kering di atm gas station tu. tiba2 satu akaun tu ada duit 1k lebih . sy terkejut yg amat sgt. sy jd takut sbb sy tahu mmg sy dah takde duit ape2 dah. sy call bank tanya, mcmana duit sy boleh byk mcm tu? die ckp ade yg transfer melalui cdm sehari sblm. sy terus pergi ke tempat kerja tanyakan adakah duit sy dimasukkan lebih awal, diorg ckp x, gaji belum msuk. makin sy keliru, sy call semua org suami, parents dan family. semua ckp takde buat masuk. sy makin risau n mintak pihak bank masukkan balik duit tu kat pemberi tu, tp tak boleh sbb duit tu melalui cash deposit machine. last2, sy menangis teresak2 sorg2 dlm kereta sbb buntu duit siapa la yg ada dlm akaun tu. mintak location tempat cdm tu pun pihak bank x boleh nk disclose n mintak sy pergi ke cawangan bank. cawangan plk bukan main jauh dr tempat sy berada waktu tu. minyak kereta pun x de byk dah. bank suh sy tunggu 5 hari, sbb biasanya kalau ade yy tersilap masuk diorg buat report n sy boleh masukkan duit tu balik dlm account tuannya balik. dgn berat hati sy ambil dlm rm 100 dlm akaun tu dulu sbb dah terdesak, dan tunggu tuan nya buat report dan akan gantikan balik rm 100 once gaji dah masuk dan sy akan minta maaf kat tuannya bila dah tau siapa. dah seminggu or 2 weeks gitu sy call lagi smpai org kat bank tu naiknrimas agak nya n pelik sbb sy ni complaint duit masuk biasa org complaint duit hilang. masih lg takde org yg buat report ape2, dan sampai skrg sy x tau sapakah gerangan tuan empunya duit yg dah masuk kat akaun sy. sy doakan org tu supaya Allah gandakanlah rezeki berlipat kali ganda dan betul2 penyelamat saya ketika saat sy sgt terdesak memerlukan duit. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku tak rasa cite ni hasanah, siapa biasa susah tau la mcm mana rasanya bila dah ikhtiar mcm2 tapi last sekali serah pada Allah jela. Tiba2 ada hamba Allah datang hulur.
Dulu masa aku drjah 6 kilang mak ayah aku jatuh bankrupt.. duit pampasan pun tak dapat. Masa tu parent aku selalu la gaduh sebab pikir cmna nak cover belanja sementara nak cari kerja baru. Pastu mak aku pi keje kedai makan, sehari dapat la 50,60..
Kedai yg mak aku keje ni ada seorng pak cik selalu mai makan dgn isteri dia. kitaorg kalau lepas balik sekolah mmg selalu duduk kt kedai mak aku keje tu. Pak cik tu dia selalu hulur 10 kt aku dgn adik aku.. dia kata sedekah. boleh kata hari2 la. Bayangkan duit tu mak aku simpan buat settle semua tertungak umah sewa smpailah parent aku dapat keje yg ok skit.
Satu haritu, terjumpa pakcik ni tersadai tepi jalan sebab kereta dia tayar pancit.. Mak aku punya seronok sebab lama dah doa nak balas balik kebaikan pakcik nie.
Sampai skrg umur aku dh 30 masih lagi still contact dgn family pakcik nie.. pakcik ni skrg umur dah 80thn..
Kadang Allah hntar org yang baik utk bantu kita supaya bila kita dah senang kita pula bantu org. |
|
|
|
|
|
|
|
Sentiasa berdoa. Allah Maha Pemurah. Kuncinya solat. |
|
|
|
|
|
|
|
Syukur, kuncinya apa pun, kita dekatkan diri ngan Allah |
|
|
|
|
|
|
|
Syukur, kuncinya apa pun, kita dekatkan diri ngan Allah |
|
|
|
|
|
|
|
Sebak wehhhh huhuhu
Semoga kita plak jadi mcm pakcik tu dpt tolong orang lain
|
|
|
|
|
|
|
|
sikit sangat RM127 tu untuk teruskan kehidupan..
|
|
|
|
|
|
|
|
pastu dia ada check tak majikan lama dia ada carum tak epf dia? |
|
|
|
|
|
|
| |
|