CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1678|Reply: 0

Honda Malaysia Perkenal Model Naik Taraf HR-V

[Copy link]
Post time 14-1-2021 12:23 PM | Show all posts |Read mode

Varian Honda HR-V RS


Berita Harian

Alzahrin Alias
zahrin@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Honda Malaysia memperkenalkan model dinaik taraf kenderaan utiliti sukan (SUV) kompaknya, Honda HR-V bagi empat pilihan varian iaitu Sport Hybrid i-DCD, RS, V dan E untuk pasaran tempatan.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toichi Ishiyama, berkata pihaknya menaik taraf model HR-V berdasarkan maklum balas pelanggan yang inginkan model baharu dalam memenuhi keperluan mereka.

Beliau berkata, salah satu ciri baharu dalam model dinaik taraf itu adalah sambungan hiburan Apple CarPlay.

"Sebagai salah satu daripada tiga model Honda terlaris, HR-V telah memberikan sumbangan besar kepada pencapaian syarikat dan menjadi model nombor satu bagi segmen kenderaan bukan nasional pada 2020.

"Honda Malaysia komited untuk memenuhi keperluan pelanggan melalui pemantauan berterusan terhadap permintaan pasaran dan maklum balas mereka," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ishiyama berkata, harga bagi empat varian dinaik taraf itu adalah pada RM104,000.21 (varian E); RM113,421.92 (varian V) dan RM118,581.81 (varian RS).

Manakala bagi varian Sport Hybrid i-DCD dinaik taraf pula, Honda Malaysia akan mengeluarkan harga baharu tidak lama lagi.

Model SUV popular Honda itu kini dilengkapi dengan pelbagai fungsi baru serta mempunyai pilihan warna Platinum White Pearl yang menarik.

Kesemua varian itu juga dilengkapi dengan Audio Display 7 bagi disesuaikan dengan Apple CarPlay dan Android Auto ditambah dengan dua port USB di konsol tengah untuk kemudahan tambahan.

Pelanggan boleh membuat tempahan HR-V dinaik taraf ini melalui platform dalam talian di prebook.honda.com.my atau mengunjungi peniaga sah Honda Malaysia.

Untuk maklumat lebih lanjut, pelanggan juga boleh menghubungi talian bebas tol Honda di 1-800-88-2020 atau melayari laman web www.honda.com.my.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 07:45 AM GMT+8 , Processed in 0.316762 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list